Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Amanah

Amanah itu sakit dan amanah itu berat. Allah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. Firman Allah. “Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143) Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup. Apa jua bentuk amanah yang kita galasi harus disempurnakan dengan baik dan bersungguh -sungguh. Go...Go...Caiyok!!!

Tanyalah ustaz

Masa lebih kurang sebulan di rumah yang kini telah dilengkapi dengan internet tidak begitu membantu pemilik blog ini untuk mengupdatenya selalu. Mungkin kerana terlalu menikmati masa-masa indah bersama insan-insan tersayang di rumah. Meluangkan sebanyak mungkin masa berkualiti bersama mereka. Mengqadha' masa-masa emas yang dipenuhi dengan aktiviti lain. Kini akhibatnya, telah merindui dengan kesedihan yang bergenangan serta niat untuk balik raye cina. Bukan untuk makan besar, cuma terbayang wajah pengasih ibu dan ceria adik-adik yang ingin dinikmati lagi. Teringat masa-masa bersama; masak, makan, menjahit, mengemas dan semua yang dirindui. Juga masa menuntut ilmu bersama. Cukuplah ayat-ayat sedih di atas...straight to the point. Ana teringat salah satu soalan pernah diajukan oleh ustaz azhar dalam kuliahnya. Bagaimana kalau isteri dan anak-anak kite tidak mahu ikut pergi kuliah-kuliah agama. Ustaz pun jawap bersulam jenaka yang memecahkan perut. Point penting yang ustaz te...