Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Berita

Hanya Kerana Satu Undi Rahsia

3.6 Juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Satu jumlah yang besar. Saya faham mengapa terdapat golongan yang enggan turun mengundi sekalipun telah layak untuk berbuat demikian. Sebenarnye nak mengundi ni bukan perkara senang. Nak pilih untuk memberi sokongan pada parti mana, pada siapa itu sangat sukar. Lebih sukar daripada nak mencari jodoh terutama sejak berbondong-bondong parti baru tertubuh. Sejak parti yang wujud sekian lama berpecah, sejak pemimpin lama muncul kembali ke arena politik. Pelbagai kerenah dan ragam dalam dunia politik. Sehingga saya sendiri pada satu masa dahulu melihat politik ini kotor dan tidak langsung memberi manfaat. Buang masa, buang beras, buang karen dan buang duit. Parti A kate parti B rasuah, Parti B kate parti C penipu, Parti A fitnah Parti B komplot dengar parti D E dan C. Parti K hina kaum Z, Parti Y hina Agama J. Sampai bila nak habis semua tuduhan-tuduhan seperti ini. Sebagai golongan marhain yang kel...

Menonton Pelawanan Bola Jaring Akhir SEA Game 2017

Hujung minggu lepas saya secara kebetulan menonton pelawanan akhir bola jaring sukan SEA. Waktu tu dah 18 gol dijaringkan oleh pasukan Malaysia dan tertulis di skrin tv '2nd' set. Jadi saya pun saja tidak menukar saluran Astro Arena kerana nak menunggu sape yang menang. Memang saya amat yakin Malaysia akan menang melihat kepada jumlah gol yang dijaringkan oleh kedua-dua pasukan jauh berbeza. Corak permainan pun sangat hebat, hampir satu gol setiap minit amat tidak membosankan. Penantian yang saya kira sekejap terasa lama. Dari 18 gol menjadi 21. Dalam hati saya "bile nak habis ni". Mungkin kene jaringkan 27 gol kot. Sebab badminton 21 dah menang. Ya sila gelak.. Saya menyamakan bola jaring dengan badminton. Langsung tidak terfikir permainan lain untuk disamakan peraturanya. Saya siap meng'google' berape jumlah gol untuk pelawanan bola jaring. Dan saya pelik 2 3 kali saya google kenapa tak mendapat sebarang info yang saya kehendaki. Lagi menarik, ibu j...

Pray for Mesir 529

Misi pagi ini mengodam mana-mana laman sesawang untuk mencari berita. Tahu cerita, punca dan mengapa. Kata kuncinya adalah 529 Mesir. Membaca semua berita perkembangan mesir, hati ini menangis. Sungguh berat ujian yang allah berikan kepada negara ini umumnya dan HAMAS khususnye. Fitnah berleluasa, yang salah dikatakan benar dan yang benar dihukum mati. Nah! itulah dunia. Kejam dan tidak berperikemanuasiaan. Mahkamah bukan lagi tempat pengadilan, penjara bukan lagi untuk penjenayah dan demokrasi bukan lagi untuk rakyat. Allah...kami kini di hujung zaman. Kezaliman dilihat indah. Manusia tidak lagi takut menyalahgunakan kuasa. Jawatan dan amanah telah diselewang, tikam belakang dan segala bentuk khianat yang bukan kepalang teruknya. Tidak kalah, pelakon tambahan yang menambah luka. Sang Media Massa yang begitu tidak telus dalam laporan..setiap hari terus menerus menyebar dakyah kepada dunia. Pengganas, itu gelaran untuk meraka yang membawa risalah Islam sedang rakyat mengiktiraf...

Harga Minyak naik, ade yang mungkiri janjinya

Thinking twice of having car now

Politik Matang : Islam dan perjuangan

Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir. Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur. Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar. Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut: "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.  Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam." Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu...

I am rich, so what??

Medical Info :Do you know??

New experience and new knowledge today. Thanks doctor for the info. I just realize that our body not only need oxygen, but really appreciate the existence of carbon dioxide CO2. My mom was fainted today. As usual, it's complicated to say but Alhamdulillah nothing serious. We went back home safely after about 4 hours waiting and hearing the lecture from the doctor. One of the topic was, leck of CO2 in the body cause blackout [just like electric circuit]. Then, as usual again..I'm start google'ing and I found this...[ow, my very little sister had just get her satellite few weeks ago] "Reduces the CO2 concentration level in the bloodstream, below the normal 40 mm of Hg, thereby resulting in an increased level of pH value. Since CO2 increases the acidity in the blood, a low CO2 level leads to increased alkalinity in the blood. This, in turn, leads to the constriction of blood vessels that supply blood to the brain. Moreover, transport of essential electrolytes fo...

5 KM/H Difference

Would this change your mind about speeding? For me, it is!! I watch this video, 1st time during Balik Kampung Campaign conducted by HSE department. It did change my mind when I see on my naked eyes the effect, when accident happens. From there, I promised myself to slow down my speed. Previously just after I get my license, I drove WRM to my hometown with speed of 130-140km/h in heavy raining . Kak Raihan was the witness. Mybe for some of you, it is normal. Nothing weird. It just 130km/h. But!! for me, at that time I know it was very dangerous!! but then, thinking nothing will happen I just ignore it. As long as I could reach my hometown as soon as possible, nothing will stop me. Alhamdulillah, I am still alive until today. Allah safe me. Belum cukup amalan dan banyak dosa mungkin.. ..By the way, Selamat memandu sempena ziarah raya dan kenduri kendara..Pandu cermat jiwa selamat..if YOU are speeding YOU are not just killing yourself but also people in your car ..stop SPEEDING and...

Pengumuman

Salam and Hi, For PETRONAS scholar, ESU had been announce during this evening engagement that after this September, the payment for monthly living cost will be paid once in a three month. It mean for October, November, and December, there are no more RM500 per month but they will put RM1500 on October to cover the three consecutive (October, November, December) months. Nice trial, this will challenge my management skill on how to spend all those money wisely. I'm affraid the money will "fly without wings"...hopefully not..InsyaAllah

Apa yang sedang berlaku??

Assalamualaikum w.b.t Salam 1 Malaysia, Salam BERSIH..Syukur kehadrat Allah s.a.w kerana masih mengizinkan diri yang hina ini bernafas dan terus-menerus menagih keampunanNya dan meneruskan perjuangan dakwah yang tiada berpenghujung ini. Alhamdulillah, hujung minggu telah melabuhkan tirainya dan hari ini minggu baru menjelma. Semoga masa-masa yang telah berlalu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Hari ini, dah dekat-dekat lunch hour ana mengakses online newpaper. Bace dan terus membaca, untuk mengetahui pekembangan semasa. Klik demi klik, mata ana tertarik membaca kisah tanah kelahiran sendiri. Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan . Sedikit quote daripada artikel tersebut.. Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan M...

RM160 000 vs RM1

"Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air. Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi." MasyaAllah, terbeliak biji mata ana membaca akhbar Malaysiakini sekejap tadi. Bil elektrik rumah ana dikampung hanya RM20. Jika lebih 30 pasti ibu akan membebel dan berkuliah panjang. Mulalah semua peralatan elektrik dicatu dan dikurangkan penggunaanya. Lampu akan cepat-cepat dipahamkan setelah digunakan. Kipas selalunya hanya berputar ditahap 2 atau 3 sahaja. Bagi ana itu dah cukup ...

Kepimpinan Bukan kerana Kebendaan

Sabda Rasulallah s.a.w Dari Abu Musa katanya : Aku masuk menemui rasulallal s.a.w bersama dua orang lelaki dari anak bapa saudaraku. Lalu salah seorang daripada keduanya menyatakan: “ Wahai Rasulallah, lantiklah daku ke atas setengah dari apa yang Allah serahkan kepadamu”, yang seorang lagi menyatakan hal yang sama. Lalu Rasulallah menjawab: “ Sesungguhnya kami, demi Allah, tidak akan menyerahkan kerja ini kepada seseorang yang memintanya atau seseorang yang amat inginkannya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i) Kata ustaz Mustafa Mashur dalam kitab Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiah; dari segi kenyataan, kedudukan pemimpin dalam organisasi bukanlah antara perkara yang menjadi keinginan untuk memiliki pangkat, harta dan kuasa. Sebaliknya kepimpinan dalam organisasi adalah tanggungjawab dan amanah yang mana pada hari khiamat adalah menjadi perhitungan, kesusahan dan penyesalan kecuali kepada sesiapa yang menunaikan hak Allah. Mungkin juga kita telah te...

Dunia yang memperdaya

Asalamualaikum w.b.t Walaupun dah agak lewat malam, ana kerahkan juga jari yang dah lenguh-lenguh akibat berjam-jam menari diatas papan kekunci laptop untuk menulis suatu khabar untuk makluman pembaca. Post kali ini juga tidak ana rancang ekoran kekangan masa dan tekanan menyiapkan project yang kebanyakannya berkaitan design website-website dan software di minit-minit terakhir sebelum exam week kira-kira 2 minggu lagi. Bak kate orang tu "last touch up". "Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan" Alhamdulillah, nampaknye kadar pengangguran akan berkurangan tidak lama lagi. Dan pastinya mahasiswa dan mahasiswi yang akan menamatkan pelajaran tidak lama lagi gembira membaca keratan akhbar di atas. Tidak perlu pening kepala,kerjaya idaman sedia menanti di luar sana . Tapi pekerjaan ...

Islamic Fashion

Assalamualaikum w.b.t Datin Rosmah Mansor kembali menghangatkan Malaysia dengan isu baru...sebelum ini namanye naik dalam pembentangan bajet 2011 kini dalam dunia fasyen.Em..kebelakangan ini ana amati Datin Rosmah kita ini kerap kali berada di muka hadapan surat khabar.Alhamdulillah ana pemerhati setia yang mengikuti setiap berita-berita yang disiarkan. Ini isu fesyen Islam yang dibawa oleh Datin Rosmah Mansor. Sarat dengan idea baru, cuma pendapat ana mungkin nama "Islamic Fashion" itu adalah terlalu, teramat sangat-sangat tidak sesuai untuk digunakan. Mungkin mana yang paling sesuai adalah "Datin Rosmah feshion" baru cocok!!..dan kalau letak nama sebegitu pasti beliau akan dikenang walaupun telah dijemput bertemu ALLAH. "This recent interest in Muslim fashion signals the changing dynamics of the ever-increasing interaction among Eastern and Western cultures. Nowadays, Muslim women can choose from a broad selection of designs to create a look that...

Menara Warisan

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah pagi selepas subuh tadi Allah lapangkan masa ana untuk mentadabur alam di tasik UTP. Walaupun hanya dapat berjoging kurang daripada 400m dek kerena urat kaki yang secara tiba-tiba menegang tetapi,ana tetap bersyukur kerana masih dikekalkan nikmat pengelihatan untuk menghayati keindahan alam. Syukran kepada sahabat-sahabat yang mengajak ana, sekali gus mengetuk pintu hati yang kadang kala malas untuk beriadah. ikan UTP yang bertasbih memuji nama Tuhan yang menciptakan *** setelah perut diisik dengan nasi goreng kampung Batu Pahat [kredit untuk Mai] dan tom yam kangar [kredit untuk rose] ana pun menyambung "taipan" untuk entry blog hatikubermunajat yang ke-92 ini. Tadi, sebelum ana terhenti sebentar dari menaip untuk menolong sahabat-sahabat masak ana membaca berita dari Malaysia Kini . Teringat semalam ana sempat menonton Berita Utama TV3 di asrama adik smart group di Village 1. Sedar tidak sedar kementerian sekarang se...

Konsert Gay

Assalamualaikum w.b.t Sebelum ana menghayun kaki menuju ke kafe untuk meeting project Software Engineering, jari ana seolah-olah tidak rela untuk ikut jika si jari tidak menulis berita yang baru dibaca oleh sahabatnya si mata. Antum mungkin dah sangat tahu akan isu yang "aneh" ini. ana tidak redha sebenarnye gambar ini berada dalam blog ana tapi, sbagai gambaran kepada pembaca, penjelasan dan muhasabah diri Aneh tapi benar. Konsert grand yang diadakan di Stadium Bukit Jalil semalam menggambarkan betapa dahaganye rakyat Malaysia akan hiburan sehingga konsert yang mengundang artis barat yang GAY pun mendapat sambutan. Seday dan bimbang menyelubungi hati-hati insan yang selama ini berusaha keras mengajak manusia mengesakan ALLAH, akhirnye ini hasilnye. Jika Rasulallah s.a.w berada di zaman ini pasti baginda akan berduka melihat umatnye yang tidak lagi hirau akan perintah ALLAH Yang Esa. Jika Umar Al-khattab masih lagi didunia pasti peperangan akan berlaku s...

Keterbukaan dan Kepekaan Rakan Masjid UTP

Berikut merupakan antara gambar diskusi Rakan Masjid UTP dan pihak jawatankuasa Music Pursuit Pihak Rakan Masjid UTP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Music Pursuit kerana sanggup duduk semeja dengan pihak kami untuk sama-sama berdiskusi dalam memastikan keharmonian porgram yang akan dijalankan. Terima kasih juga kepada wakil dari pihak MPP kerana datang untuk menjadi pihak ketiga. Alhamdulillah,perbincangan yang diadakan pada hari Selasa yang lepas bertempat di bilik MPP berjalan dengan cukup harmoni sekali. Setelah perbincangan selama dua jam, pelbagai idea dan cadangan dilontarkan oleh kedua-dua belah pihak. Akhirnya, terdapat beberapa perkara yang dipersetujui bersama dan akan dijadikan panduan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Untuk itu, kami betul-betul mengharapkan komitmen dari semua pihak agar apa-apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jadi untuk diskusi yang berikutnya, pihak Rakan Masjid UTP akan meng...

Rancangan Infotainmen papar maklumat berunsur negatif

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengemukakan fatwa mengharamkan Infotainmen, rancangan hiburan yang ditayangkan di televisyen Indonesia dan ditonton berjuta peminat terutama wanita, berikutan kandungannya yang tidak membangun minda dan tidak mendidik. MUI melalui ketuanya, yang juga Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (NU), Hasyim Muzadi memberi beberapa alasan mengapa Infotainmen diharamkan. “Kami membuat penilaian ke atas Infotainmen berdasarkan kandungan dan pengisian rancangannya. Jika kandungan rancangan dipenuhi gosip, melaga-lagakan antara satu sama lain, menghancurkan kebahagiaan rumah tangga orang lain seperti yang dilakukan Infotainmen, ia amat dilarang agama,” katanya. Hasyim turut merujuk hasil Mesyuarat Kebangsaan Alim Ulama NU di Surabaya pada 2006 yang sudah mengharamkan Infotainmen berikutan kandungannya dipenuhi gosip, fitnah dan khabar angin. “Kes pertelagahan antara aktres Indonesia, Luna Maya dengan Infotainmen wajar dijadikan contoh bagaimana pr...