• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Tuesday, February 19, 2019

Nama saya puteri Ismalina

Dulu masa saya kecik saya selalu angan-angan nak pakai baju kembang masa majlis kawen. Macam tuan puteri cerita-cerita Inggeris. Tapi tak pula terbayang pakai baju kembang tapi pakai tudung. Jadi mas tu saya anggap itu satu angan-angan pak pandir yang mustahil dikecapi.

Harini tak sangka baju princess ni boleh dipakai walaupun bertudung. Kalau kene gaya dan temanya memang sangat manis, jadi memori seumur hidup. Ape pun saya tumpang gembira sebab uols look so stunning in your wedding dress. Dua sahabat baik saya pakai dress princess..Yang terbaru Mira kawan sekolah rendah.


Cerita tempat kerja aku

Orang selalu tanya aku kerja mana, nak mudah aku pun jawap KL Sentral. Diorang mesti akan ingat aku kerja kat dalam bangunan KL Sentral yang tempat orang turun naik tren tu. Untuk tidak rase bersalah aku pun akan panjangkan sikit penjelasan aku tu "bukan betul-betul dalam bangunan tu, pejabat saya sekitar situ". Kira paling ringkas la tu. Nak panjang lagi, aku pun sebut la "Platinum Sentral dekat-dekat SPAD..." . Diorang pun akan oooooo..mengangguk laju tapi muka keliru. Ape-ape la kan

Sabtu lepas aku berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar, rombongan makcik makcik Kiah ke Singapura yang tempat kerja aku buat. Pertama kali seumur hidup aku tinggalkan Malaysia. Rase biasa aje tak la teruja sangat. Ape yang lebih menerujakan sebab makan buffet di Hotel Renaissance Johor Bahru. Teruja sebab makanan banyak ya amat. Malangnya sebab selera makan aku dah kelaut sebab baru lepas turun bas. Letih ..Maka pada aku, kadar makanan yang aku suap malam dan sarapan pagi adalah sangat sedikit (lebih 3 pinggan jugak).

Sebenarnya aku teras begitu insaf bile tengok makanan yang berlambakan terhidang. Belum kira berapa tan yang tidak dihabiskan dan dibuang. Teringat iklan tv yang pasal pembaziran makanan dan bilangan kanak-kanak yang kesekolah dalam keadaan lapar. Betapa sisa makanan pun sangat sedap pada mereka. Nak-nak pulak aku lepas layan buku Komrad Cerita Bilik Guru. Insaf dan syukur pada Allah atas semua kesempatan ini.



Secara keseluruhan aku bagi 4/5 bintang untuk buku ini. Penulis pertama Fadli Salleh memang best. Aku sampai ketawa terkekeh-kekeh sorang dan tiba-tiba ade pulak air bertakung di kelopak mata membaca cerita Cikgu Fadli. Tak jemu baca, sehari aku tekun baca sepanjang perjalanan ke JB. Tiga lagi penulis ade mesej tersendiri yang aku lihat nasihat cikgu-cikgu sangat.

Monday, February 11, 2019

Tea and Milk Bar

Setiap orang ade minat masing-masing. Umpama macam hobi dan kesukaan atau cara melepaskan tekanan. Perkara yang bile kite buat tu kite nak buat sehabis baik, kita buat walaupun kite penat, kite buat kite rasa gembira dan puas hati.

Menghias dan menyusun atur rumah tu antara minat saya. Mungkin mewarisi minat ibu. Bukan la minat sangat, tapi ibu saya jenis kemas dan bersih dalam hal ehwal persekitaran rumah. Dalam kebijaksanaan ibu menyimpan duit, tuk masa depan anak-anak..ibu tak lokek keluarkan sikit duit tuk beli perhiasan rumah.

Yang lagi best, sebab ibu tukang jahit, ibu buat sendiri alas meja, cadar..ibu kait alas almari dan jahit cross-stitch untuk hiasan dinding. Mungkin rumah kami tak secantik rumah yang upah pereka hiasan dalaman dan masa tu internet pun tak brape laju lagi nak google idea dekorasi ni, jadi pakai hias ikut sukati aje la.. tapi nak ceritanya, saya suka duduk rumah dari beraktiviti diluar, malah suka jemput kawan-kawan datang rumah study group etc, dan saya bangga sebab rumah saya bersih dan cantik.

Walaupun masa kat nismilan itu rumah sewa dua bilik je, tapi dua tahun sekali akan tukar tikar getah kat bahagian ruang tamu. Rumah papan mana ade tile mase tu. Gigih kami adik beradik mengangkat perabot rumah nak memasang tikar getah baru. Bukan kecik-kecik babe, ade dua almari besar pinggan mangkuk ibu, satu almari tv, satu mesin jahit ibu dan satu set kerusi ruang tamu. Kadang-kadang tikar di dapur pun tukar, so kne la angkat peti ais 1 pintu, almari pinggan dan almari dapur masak.

Ibu, saya dan angah aje masa tu. Adik lelaki kecik lagi, ayah plak kerja balik malam, jadi tak sempat nak tunggu ayah. Dan yang lebih memori tu, sebab kami menghias sebab nak sambut raya. Persiapan raya ibu tak boleh terlalu awal, nanti tak best warna tikar cepat pudar.. Jadi maknanya kami menukar tikar getah tu 2 minggu sebelum Syawal (minggu akhir tu biasanya buat kuih raya). Dalam erti kata lain mengemas dalam bulan Ramadhan!! Bayangkan betapa semangatnye weolss..

Masa tu saya layan aje ape ibu suruh buat, angkat itu ini..saya pula jenis teliti, tak boleh benda senget benget, mesti lurus taknak bengkang bengkok, habuk sikit kat sudut/celahan mane pun tak boleh ade. Jadi kami berdua ni macam melengkapi. Sekepala la menghias rumah. Bile pindah Melaka pulak ibu selalu mengecat rumah. Kalau saya mengecat mesti kene rata, 2 3 lapis pun takpe. Dari pagi sampai malam menilik dinding. Tapi tu zaman single, banyak masa la katakan. Memang best best sebab ade geng minat sama.


**



Mengimbau memori masa kecil bila saya google idea nak buat ruang untuk susun semua pekakas berkaitan minuman di satu tempat kat rumah. Serabut tengok bekas susu, termos, cawan atas meja makan. Mudah sikit nak susun atur dan nak kelihatan kemas dan tidak mengganggu ruang makan. Sekarang ni, semua pekakas minum ni ade di mana-mana aje. Jadi kenapa tak disekalikan kan??. Mudah nak buat air/susu..

Beberapa idea yang dapat dari internet. Moga ada masa nak buat satu kat rumah.