Kali terakhir saya ke sini adalah 15 tahun lalu. Seingat saya, saya menaiki bas bersama kawan-kawan sekolah rendah selepas tamat peperiksaan UPSR. Masa yang agak singkat, menyebabkan lawatan ke tanah tinggi itu kelihatan agak samar-samar dalam memori saya. Yang pasti, saya bawa pulang beberapa pokok kaktus dan key chain bunga. Percutian kali ini seolah-olah membalas dendam yang tersemat dalam hati sekian lama. Tiga hari dua malam(ok itu satu tempoh yang sangat cukup). Betul kata orang, hujan emas negara orang hujan batu tempat sendiri. Saya rindu Melaka dan Kuala Lumpur. Sejuk di tanah tinggi itu bukan kehidupan saya. Mungkin kami datang pada musin hujan, menyebabkan cuaca disana begitu sejuk bagi saya. Tidur tak begitu lena, mandi bukan tak basah tapi lebih mengerikan dari itu. Mandi menjadi satu agenda yang paling saya harap saya boleh tunda (tak nak mandi!!). Alhamdulillah terima kasih kepada pemanas air, tapi itu tidak lama, lepas mandi sejuknye terasa hingga ke tulang (ku...