Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tazkirah

Jernih Bersih Lembut Hati

Punca sikap zahir manusia ini adalah bermula daripada raja dalam diri, iaitu hati. Hati sangat berkait langsung dengan ibadah yang disebut sebagai SOLAT. Solat melembutkan hati, menjernihkan hati. Apabila hati lembut dan baik dengan solat, maka sifat-sifat buruk dan keji tadi dapat dibuang dan akhirnya tidak timbul masalah-masalah yang lebih besar. Sebab itu sekiranya seorang Muslim dan Mukmin itu mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh serta benar-benar yakin kepada Allah melalui solatnya maka seharusnya dalam kehidupannya tidak ada istilah tertekan, tension atau stress. Ustazah Norhafizah Musa - Mutiara Usrati

Tidak Sedar yang Saya Tidak Tahu

Saya berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Maksudnye keluarga yang sederhana, kehidupan, belanjawan dan agama juga sederhana. Makan cukup alhamdulillah tidak pernah lapar, baju baru alhamdulillah setiap kali raya dan dari segi agama solat 5 waktu sehari semalam. Tiada yang lebih dan kurang. Membesar di kawasan Felda, menumpang kesenangan dan kemudahan anak-anak Felda. Sebenarnye nak bercerita tentang kehidupan beragama. Nak dibandingkan dengan keluarga suami. Keluarga saya sedikit jauh ketinggalan. Bapa mertua saya guru AL-Quran. Ibu mertua juga mempunyai suara lunak dan anak-anak mewarisi kelunakan suaranye untuk bertaranum. Anak-anak bersekolah di sekolah arab yang pastinya mempunyai asas bahasa arab. Menantu juga punyai latar belakang agama yang baik. Ustaz dan ustazah rata-ratanya. Keluarga saya, biasa-biasa sahaja. Termenung sejenak mencari dimana punca. Punca mengapa ia berat disana tetapi ringan disini. Bagaimana ianya boleh jadi tidak seimbang. Amat bertuah anak-anak Mak...

Lirik Lagu - Rabbani Yang Benar

LIRIK LAGU YANG BENAR - RABBANI Di sini berdiri Atas ihsan Yang Esa Tubuh dikandung nyawa Yang dipinjam dari-Nya Di sana nanti kita Akan pulang kembali Lengkapkanlah di dada Dengan pedoman suci Di sini sementara Di sana selamanya La ilaha illallah Tiada Tuhan selain-Nya Sanjung-sanjunglah Dia Sanjung Maha Pencinta Syukur-syukur pada-Nya Hidup dalam sejahtera Moga-moga arah kita Di atas jalan yang benar Di duniawi ini Kita serba memilih Baik atau sebaliknya Semua plihan kita Tiba akhirat nanti Dihitungkan semula Percaturan yang benar Bawa kita ke jannah Di sini sementara, Di sana selamanya La ilaha illallah,  Tiada Tuhan selain-Nya Sanjung-sanjunglah Dia Sanjung Maha Pencinta Syukur-syukur pada-Nya Hidup dalam sejahtera Moga-moga arah kita Di atas jalan yang benar Tunjukkan yang benar Bimbingkan yang benar Suluhkan yang benar Tetapkan yang benar Tunjukkan yang benar Bimbingk...

NMK Style : Pertimbangan Akal

Bermain dengan warna dan bentuk suatu kepuasan yang luar biasa untuk saya. Biarpun tidak sempurna dan banyak yang perlu diperbaiki, tetapi dari sudut pandang saya sendiri saya begitu teruja akan setiap hasil seni seumpama ini. Ada bunga-bunga yang tersusun disatu sudut situ, ada kelipan bintang di sisi sudut sana dan ada pelbagai jenis tulisan yang terletak elok di sisi sudut sini. Semuanya tersusun, seolah-oleh mereka berkomunikasi untuk menyusun atur sesama sendiri. Saya tidak memuji hasil karya saya sendiri, kerana poster dan flyers saya, yang tidak seberapa itu, kebanyakannya diambil inspirasi dari pelbagai sumber yang jauh lebih baik. Namun yang pasti dalam hati saya berbisik, bagaimana sesuatu hasil seni manusia boleh jadi secantik itu. Saya teruja sendiri dan saya mengakui bahawa banyak karya seni manusia seperti lukisan , banner, poster, montaj, caligrafy dan pelbagai lagi hasil air tangan manusia itu indah dan سبحان الله  amat mengkagumkan. Tidak mengira yang lahir...

Tonton : QADR

QADR Filem baru..bukan setakat filem terbitan terbaru, tetapi juga gaya baru dalam dunia perfileman. Mungkin belum jadi trend kerana baru sebuah filem bertema "kemasyarakatan" dalam lingkungan waktu ini. Apa pun jalan ceritanya begitu mengamit perhatian..mesti "Tonton".. tak pasti nak letak tajuk ape untuk entry yang pendek ni. Tengah malam yang sunyi begini, jika dikenangkan pengakhiran kite, boleh berdiri bulu roma agaknye... Motivasi untuk diri sendiri "Berazamlah untuk menjadi baik dan solehah setiap hari wahai diri yang jahil lagi berdosa..." Juga sebuah perkongsian, doa yang bagi saye amat dalam maknanya. Doa yang cukup membuat seseorang mengalir air mata tatkala menadah tangan di kala sunyi dingin malam memohon simpati pada Rabbnya. Semoga bermanfaan untuk pembaca sekalian...

Perancangan Allah Lebih Baik

Perbincangan di office hari ni berkisar tajuk poligami. Saya hanya mendengar dari jauh, tidak mengambil bahagian walaupun berkali-kali diajak. Ade kerja yang perlu diselesaikan. Mungkin juga cuba mengelak untuk berbincang hal-hal serius ini. Belum tiba masa dan waktunye. Bila waktunya?? huuu..bila ALlah menguji diriku dengan keadaan itu. Dan di saat itu apa yang mampu hanyalah menadah tangan dan berdoa agar diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menerima keaadaan itu seadanya. Sape tak nak payung emas, dikala harga minyak meningkat mata wang Malaysia mula menunjukkan tanda-tanda penurunan. Namun, emas tidak semurah coklat cadbury atau big apple. Amat bernilai dan berharga. Ada yang menangis, ada yang mati dan sanggup berbunuhan sesama saudara kerananya. Susah nak didapati emas..Perlu semangat dan ketabahan yang luar biasa. Sedangkan diriku yang tidak luar biasa ini, semestinya butuh waktu persediaan untuk berjuang mendapatkan emas yang nilainya luar biasa tinggi.

Amanat Ust Azhar Idrus PRU-13

"Kalau kite tidak sokong kerajaan kite nak makan ape!!" "Makan nasik la, bukan makan pasir!!" Wahai masyarakat, rezeki Allah bagi..sokong Ulama!!

Little Sisters

Pesanan akak untuk adik-adik... "Allah maha mengetahui sedangan kite tidak.. bukan kite tak punyai banyak pilihan..tetapi kite tak tahu tahap kemampuan kite dimana selagi kite belum cuba dan percaya bahawa taklifan Allah itu wasilah tarbiyyah yang terbaik,datang secara langsung dari Allah. Maka carilah hikmah disebalik apa yang kite tidak suka itu dgn pergantunggan yang tinggi pada Allah. Percayalah syurga Allah dikelilingi duri yang tajam dan menyakitkan..syahid hanya akan diperolehi selepas kite bermandi darah, peluh dan air mata. Salam perjuangan.." Juga untuk diri akk sendiri...

Gaji

Duit mungkin bukan segalanya. Tapi segalanya perlukan duit. Duit bukan tuhan, tapi duit boleh tolong kite dekat dengan tuhan..sedekah, zakat dan infaq dijalan Allah. The more we give the more we get. Ikhlas, memberi bukan untuk menerima, tapi kalau terima Allahamdulillah. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Segala amal kite dilihat oleh Tuhan, kite amanah atau tidak Allah maha mengetahui. Kite memberi bantuan bukan apabila kite butuhkan sokongan sahaja, tapi kite memberi kerana itu adalah satu tugasan dan tanggung jawap atas taklifan yang tuhan berikan..mengertilah wahai sekalian khalifah dunia bahawa gaji Akhirat itu lebih bermakna. Daya Material Sdn Bhd...Jalan Dutamas, mahu atau tidak mahu? Gaji dunia...

TAQWA

Alhamdulillah rase lega dan tenang apabila selesai Viva Final Year Project ( FYP ) awal tengah hari tadi. 2 soalan yang diajukan oleh internal examiner juga dapat dijawap dengan baik (^_^)v. Alhamdulillah Allah bantu lembutkan hati examiner daripada tanya soalan yang tak mampu dijawap. Kini tiba masa untuk menyiapkan final report yang perlu dihantar 19 Desember nanti. All the best all!! Pecutan terakhir... Employee Benefits Hari ini 12.12.12 class Human Resource Managemant (HRM) diteruskan lagi dengan tajuk baru; feadah @ kelebihan untuk pekerja. Persoalanya, yang mana lebih utama bagi seorang pekerja.. antara jumlah gaji bulanan atau faedah tambahan seperti pembiayan perubatan, bonus, alaun dll ? For me both of this aspect are equally important. That is why, most of UTP graduate put their high hope and expactaion to be with Petronas. Otherwise, Petronas would be our benchmark .It is either you work with Petronas, or company that offer same amount as offered by Petronas.....

CINTA

Tiang-tiang besar dan bangunan jam Kepala singa disisi kerusi Who is this?? Dunia tanpa sempadan. I'm currently at Segi Collage Damansara for Dis. Rupt Competition. Cuci mata dan cuci jiwa :). Nice place, feel like I'm in Rom. No lie, refer to the above pictures. Just presented my project yesterday but unable to proceed to the final battlefield this Friday ( T.T ). No worries, another battlefield is coming. Wait for me viva. Feel like going home now. It's fruits season.. "bile along nak balik amik rambutan ni, dah banyak dah" "ibu pos laju je...(^^)v" Cerita yang seterusnya, berkisar tajuk hangit which is CINTA. I'm now 22 years old, maka saya telah layak bercerita tantang tajuk ini...malu (-_-)''....Tapi setelah termenung sejenak, rasenya perkataan CINTA tu seolah-olah berat dan susah untuk diperkatakan, maka kite mudahkan bahasa dan kite berikan ia nama baru iaitu KASIH SAYANG. Adik-adik 18 tahun ke bawah pun boleh bace ...

Tenang itu dari hati

Exam Slip Poster untuk Pre SEDEX yang ditunda Mungkinkah ini examination slip yang terakhir untuk diri ana semeste ini?? I'allah moga-moga ianya yang terakhir dan terindah. Sebak T.T tambah-tambah baru pulang dari jaulah bersama sahabat dan adik-adik cute keselatan tanah air. Selalu sahaja hati membuak-buak untuk meninggalkan segala yang ade di kampus UTP ini. Teringin nak merasa kehidupan baru. Namun kali ini lain rasenya. FYP yang mendesak dan memaksa-maksa untuk disiapkan terasa manis dan menggembirakan. Masa tidur yang tidak tentu hala kebelakangan ini rase amat indah, sayang nak memejam mata dikala masa-masa akhir sebagai graduan UTP.  Mungkin inilah namanye manusia, menghargai tatkala masa telah suntuk dan menyesal tatkala telah kehilangan dan tiada lagi di hadapan mata. Tatkala merenung buku ini, hati terdetik mungkinkah buku ini hadiah hari lahir terakhir dari seorang sahabat yang amat-amat ana kasihi kerana Allah. Selepas graduasi nanti adakah lagi sahaba...

i-Inova : Allah itu Maha ADIL

The only thing yang best hujung minggu ni Hidup yang tidak adil, kerana dunia itu tidak pernah pun adil. Baru bace aritkel Dunia Tempat Berpenat. .Allah terus bagi modul on the spot. Terduga hati, mata sikit lagi nak berjurai air hujan (T_T). Nafas seolah-olah tersekat namun bibir tetap digagahkan untuk mengukir senyuman. Duhai hati yang terluka, bersabarlah kerana bukan kamu sahaja yang Allah uji. Para rasul terdahulu juga turut diuji dengan lebih getir lagi. Minggu yang tidak dapat digambarkan. Jasad menuju ke Nilai dengan hati yang tidak pernah tenteram meninggalkan UTP (sayang juga aku pade u ini) dan sebab-sebab yang tidak dapat diceritakan (tenangkan hatiku dan ampuniku wahai Allah). Final Year Project orang lain yang di tambah baik dan dibawa bertanding dalan i-innova USIM minggu ni kisahnya dapat bronze. Yang bestnye, hari kedua yang memboringkan, ana pun ambil kesempatan untuk explore project orang lain sendirian(nak tambah pengetahuan am la kononnya). Unfortunatly...

KeredhaanMu

Dalam fasa ribut yang agak kencang (^_^'') Ya Allah bagilah saye kekuatan untuk saya hadapi fasa-fasa hidup yang getir ini. Saya tak miliki apa-apa tanpa rahmat dan kasih sayangMu wahai Allah. Saya tak mampu hadapi semua ujian ini tanpa pinjaman kesabaran dan ketabahan dariMu wahai Allah. Saya bukan sesiapa didunia tanpa ihsan dan belas dari Mu wahai Allah. Saya tidak mampu bertahan lama lagi tanpa pinjaman iman dariMu wahai Allah Ampunkan semua dosa saya wahai Allah. Saya tahu saya selalu lalai dalam mengingatiMu wahai Allah, saya juga tahu amal soleh saya terlalu sedikit untuk saya jadikan bekalan menemani diri saya kelak. Wahai Allah saya tahu saya seraing ulangi kesalahan yang tidak wajar saya lakukan. Ampuni saya wahai Allah. Berilah saya kekuatan meninggalkan semua kelalaian dunia ini. Berikanlah saya segala kebaikan dalam perjalanan saya untuk menemuiMu wahai Allah yang saya rindui. Wahai Allah saya pasti saya bakal merindui dan mengenangi saat-saat yang getir i...

UTnM

"Assamualaikum Dr. Suzi""Waalaikumsalam haa Isma..ape cerite?" "huhu..Dr. boleh saye jumpe Dr..asyik tangguh-tangguh je" "orite, kalau macam tu datang Khamis pukul 12" "boleh-boleh..." "but I've got class, so kalau I lambat you tunggu kat office ye" "okey Dr..thank you." (^_^)v Semesta ni ana tidak register untuk FYP II tapi plan tu complete at least 70% prototype and report. Supaya semesta depan lebih mudah dan fokus untuk plan selepas bergraduasi juga all out gerak kerja  yang boleh digerakkan. Banyak yang perlu difikirkan. Planning untuk diri sendiri sebagai pekerja bermajikankan manusia dan bermajikan Allah, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai sahabat dan pelbagai lagi...Cume, dalam mase terdekat ni perlu plan untuk balik kampung dan menghantar Umar ke kelinik kesihatan. Kos yang diperlukan untuk rawatan kali ni agak memberangsangkan (^_^)'' ..Ya Allah sucikan hartaku..ameen. "along ja...

Hidup satu perjuangan

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan" (Sahih Bukhari)  "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (Ibnu Majah) "Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap-gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya...

Zikrullah

Berita pemergian sahabiah UPSI kemarin ana kira amat memberi kesan pade semua. 6 jam drive pulang ke melaka semalam memang sangat mencabar, rase malaikat israil duduk sebelah. Dalam hujan lebat yang menlimitkan jarak penglihatan dan bilangan kenderaan yang agak banyak pelbagai zikir dan doa dibaca. Rase belum cukup amalan nak menemui Allah dalam masa terdekat ini. Timbunan dosa yang mengunung dan tanggungjawap yang belum sempurna, manginsafkan diri sendiri...Zikrullah Zikrullah

Hijab itu bagaimana?

Kate orang "orang yang tutup aurat dengan sempurna tidak semestinya baik" Ustaz kate "betul-betul....tapi orang yang baik, semestinya tutup aurat dengan sempurna" Perintah menutup aurat bukan daripada manusia, tapi dari Allah Al-Kholiq. Jika perintah pencipta tidak kita patuhi. Adakah kita dikira baik. Analoginya seperti perisian computer yang dibina oleh seorang jurutera perisian bernama kak long (bukan nama sebenar). Perisian yang diprogramkan sepatutnya berkeupayaan untuk membuat kiraan matematik mudah seperti 4+4=8. Namun selepas suatu masa, jawapan yang diberikan 4+4=19. Jadi, adakah kite mangira perisian itu berfungsi dengan baik?? Seperti juga manusia. Fungsinye di dunia adalah menjadi 3 perkara.. menjadi khalifah untuk memimpin (al-baqarah:30) menjadi pendakwah atau daie untuk mengajak kepada yang baik dan mencegah yang mungkar (ali-'imran:110) dan menjadi hamba untuk mengabdikan diri pada Allah (az-zariyat:56). Hamba yang baik, kene ikut c...

Niqab: Yes @ No?

Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada cabaran fitnah individu, tuntutan budaya, tempat, tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan merata pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya. Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama dipilih. Niqab menjadi utama dipilih oleh wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. (Khususnya dalam sebuah masyarakat yang memang membudayakan niqab). Tidak berniqab pula menjadi utama dipilih oleh wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini. Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fi...

Wanita hiasan dunia

Suke pakai jubah?? Suke..suke..suke.. gaya upin ipin .. Sekarang ni jubah telah didatangkan dengan pelbagai gaya dan fasyen dengan harga yang berpatutan. Semalam baru sahabat ana borong 2 helai jubah di Axis Atrium dengan harga RM85 sepasang. Memang menarik, ada yang dihiasa sulaman benang dan manik, ada juga yang menggunakan manik tampal. Fabrik pun cantik, mudah digosok dan tebal. Kemarin sahabat seorang lagi juga membeli sehalai jubah di kedai yang sama. Jubahnye dihiasi corak flora bertanah hitam kalau tak silap. Comel juga, ala-ala hawaii (^_^)v.. lepas ni kene cari tudung yang matching dengan jubah baru tu... hehe..sahabat-sahabat sayekan banyak tudung...share la... Ini fesyen kami berenam. Baju saye baju awak, baju awak baju saya juga..dan inilah wanita, baju, kain dan tudung mesti matching. Kalau yang lebih teliti tu, handshock dan stokin pun perlu harmoni dengan tema pakaian... Kalau tidak tak confident nak keluar rumah. Tidak semestinya perlu cantik, asalka...