Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Keluarga

Tea and Milk Bar

Setiap orang ade minat masing-masing. Umpama macam hobi dan kesukaan atau cara melepaskan tekanan. Perkara yang bile kite buat tu kite nak buat sehabis baik, kita buat walaupun kite penat, kite buat kite rasa gembira dan puas hati. Menghias dan menyusun atur rumah tu antara minat saya. Mungkin mewarisi minat ibu. Bukan la minat sangat, tapi ibu saya jenis kemas dan bersih dalam hal ehwal persekitaran rumah. Dalam kebijaksanaan ibu menyimpan duit, tuk masa depan anak-anak..ibu tak lokek keluarkan sikit duit tuk beli perhiasan rumah. Yang lagi best, sebab ibu tukang jahit, ibu buat sendiri alas meja, cadar..ibu kait alas almari dan jahit cross-stitch untuk hiasan dinding. Mungkin rumah kami tak secantik rumah yang upah pereka hiasan dalaman dan masa tu internet pun tak brape laju lagi nak google idea dekorasi ni, jadi pakai hias ikut sukati aje la.. tapi nak ceritanya, saya suka duduk rumah dari beraktiviti diluar, malah suka jemput kawan-kawan datang rumah study group etc, dan saya...

Hadiah istimewa

Backdated post sempena hari ulang tahun ke 5 perkahwinan. Alhamdullah syukur pada Allah. Sempat sis design kad ucapan..nak post sini sebagai kenangan. Tapi ucapan tu blur skit sengaja tak nak bagi jelas.. Sis banyak dosa huhuhu. Acara tahunan kita makan. Tahun ni makan di Mee Besen Melaka. Best!!

Nasi Arab bulan Zulkaedah

"Abang, saya tapau nasi arab" Macam biasa la aktiviti lepas jamuan office mesti ade aje yang saya akan tapau bawa pulang. Ade geng tapau kite join aje le.. Senang jimat dan sedap. Makan malam percuma seisi keluarga!! Lagi pun kalau saya makan sedap sikit, mesti teringat anak-anak huhu..sindrom mak-mak. Yang nak jadi ceritanya ayat paling tak boleh blah en suami.. "Lupe lak SBM beraya di bulan Zulkaedah :P" Ok.. gelak guling-guling aje la. Puasa 29 hari,raya 35 hari. Sukahati!! Ape pun ongkampong panggil belated raya. Gambar sikit-sikit. Bos besau dan Geng IT.. Seko je bunge.. Akak-akak designer ..

4 Perkara Tentang Buat Kuih Raya Sendiri

Alhamdulillah, diberi lagi nafas dan sempat lagi menulis. Lama juga tak timbul berita, al maklumlah, sibuk daripada Mei dengan PRU  ( Macam la hakak bertanding kan huhu) Malas nak ulas berkaitan PRU ni. Panjang cerita nanti tak habis. uols bace la kat twitter, sampai ke hari ini masih banyak bunyi di sana sini. Iols still follow sebab nak tengok how is the Malaysia Baru ni. Ni nak cerita pasal 4 Perkara tentang buat kuih raya sendiri. 1. Jimat Kos Sebagai amatur yang baru belajar buat kuih raya, barulah diketahui bahawa barang untuk buat kuih raya ni tak la mahal mane pun. Banding dengan harga sebekas kuih raya yang dah siap memang jauh beza. Contoh kuih semperit susu..pakai tiga bahan aje pun 250g mentega, 1 cawan susu pekat dan 500g tepung jagung. Harga bahan mentah tak sampai RM10 dan kuih semperit boleh dapat 2 3 balang (bergantung pada saiz balang). Kalau beli, 1 bekas kecil tidak kurang dari RM18. Beli mesti 2 3 balang sebab nak bawa balik kampung, nak bawa rumah mertu...

Hari Lahir ke-3 Anak sulong

Dapat buat sambutan hari lahir untuk anak ummi Muhammad Mu'min Bin Muhammad Zulhaziman. 30 Mac 2018 genap usianya 3 tahun. Dalam proses nak bebas dari diapers. Sikit lagi, nak betul-betul bebas, nak latih waktu malam dan waktu tidur tanpa diapers agak mencabar sebab die tidur sambil minum susu botol. Insyallah. Orang kata muka macam ummi, perangai namapk banyak nurun abah. Soft spoken dan cepat tesentuh. Kuat menangis dan susah dipujuk itu nurun ummi rasenya. Yang lain, seperti juga kanak-kanak biasa aktif, cerdas dan cerdik. Alhamdulillah. Ade nama adik sekali sebab birthday adik tak beli kek. Combo birthday cake!! 

Sambal Belacan Tidak Lumat

Kisah dibangku sekolah Saya dan adik selalu tertanya-tanya atau lebih kurang macam merungut knape sambal belacan ibu tidak ditumbuk betul-betul. Kepingan cili besar sehingga berupaya menyelimuti 1 ke 2 gigi dalam satu masa. Iya MENYELIMUTI. Jadi bahan jenaka kami adik beradik, cili selimut gigi. Kami rahsiakan dari ibu gelaran tu, bisik-bisik aje. Tapi bile ibu tahu, ibu pun tidak kecil hati, ibu pun gelak sekali. Bila kami ade di rumah ibu akan suruh anak-anak daranya yang tumbuk sambal belacan. Pandai ibu pancing hati kami. Ibu kata kami tumbuk lumat, halus.. Kembang semangkuk hati, terus tumbuk dengan tekun. Hasilnya selalu tidak mengecewakan ibu. Setelah sekian lama kisah itu, saya pun terfikir, rasanya macam tahu mengapa ibu tak tumbuk sambal belacan lumat dan halus macam kami tumbuk. Mungkin pengalaman dan pandangan orang lain berbeza, tetapi jike menurut hati dan pengalaman sendiri, saya rasa kerana faktor MASA. Ibu seorang suri rumah, tetapi bukan suri rumah sahaja. B...

Rubinga Heritage Horse Riding, Kampung Changkat

Tidak punyai banyak masa untuk menulis panjang sejak belakangan ini. Cuma ingin berkongsi tempat baru yang menarik dikunjungi seisi keluarga. Santai-santai petang, untuk merehatkan minda yang seharian bekerja, menghilangkan kebosanan terperuk di rumah atau memupuk rasa kasih pada haiwan untuk anak-anak. Ala-ala tempat rekeriasi ala-ala mini zoo. Unsung place located in Kampung Changkat. Tempat yang bersih dan selesa. Untuk pencinta haiwan tapi tak berpeluang lagi untuk mempunyai haiwan peliharaan sendiri, tempat ini mungkin boleh dijadikan tempat lepas rindu kepada haiwan-haiwan peliharaan yang comel. Yang so-so je dangan haiwan, minat tapi tak la fanetik sangat seperti saya, tempat ni bagus untuk melepaskan semua keletihan aktiviti harian. Tenang bile tengok haiwan comel seperti burung dan arnab. Suasana bersih dan selesa dengan padang yang menghijau siap ade kuda gagah dan sado-sado berkeliaran sekitar padang memang rase macam bukan kat Malaysia. (tak tau nak kate kat mana s...

Lipat Baju lebih cepat

Terpandang dua bakul baju yang kering. Satu bakul biru besar baju saya dan suami,satu bakul kelabu lebih kecil sedikit tetapi isi melimpah keluar, baju Mu'min dan Mu'izz. Telah dibasuh dan disidai dengan bantuan suami dan mesin basuh. Diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul kerana nak sidai baju yang baru dibasuh sebentar tadi. Antara kerja-kerja rumah yang selalu saya skip kerana pada pandangan saya ada kerja lain yang perlu dilunaskan dahulu. Saban hari, daripada satu bakul sahaja bertambah menjadi dua, isi separuh penuh sehinggalah bakul melimpah, memuntahkan isi (ayat novel). Sebenarnya menunggu hujung minggu untuk dihadap dan dilipat sehingga habis...Minggu ini cuti hari wilayah jadi kite balik kampung mertua, minggu hadapan ibu saya akan menunaikan Umrah maka nak juga menghantar beliau ke lapangan terbang. Hujung minggu tidak berada dirumah pulak.. Minggu bertambah..bakul besar hijau dah menampakkan diri, mengisi baju-baju yang telah kering. Baju yang berlipat dalam...

Hari Kelahiran Mu'izz

19 Januari hari kelahiran Mu'izz. Kami pergi shellout untuk makan malam, simple celebration, yang kenyangnya mak dan ayah. Birthday boy macam biasa, panjat turun naik meja kerusi. Huhu nak makan macam perang .. 2 lelaki kan boleh bayang kalau dua-dua turun naik meja kerusi dikala mak ayah kelaparan dan berhajat menghabiskan setalam shell out. Sape yang tak pandang kamera? Kebetulan saya kene ke PD pada hujung minggu. Jadi satu bentuk sambutan lagi, bermalam di hotel. Awal check in dua beradik ini kemain gembira bile malam adik dah mula rindukan buai die. Jadi nak tidurkan tu macam-macam cara. Yang paling best sebab umi peminat laut. Lepas asar  tentatif santai-santai jadi tanpa betangguh terus ke laut main air. Bukan senang nak dapat gambar tengah laut macam ni ok. Tudung umi plak spoil. Sebenarnya sapa yang galak sangat main air laut. Anak ke mak?? "Dia mungkin tak punyai ibu yang terbaik. Tapi dia miliki Tuhan, Allah Rabbil Alami. Pemilik langit ...

Kemas ada makna

Saya puji dan sangat kagum dengan orang yang rumahnya teratur dan kemas (yang tak ade pembantu rumah la). Biar rumah kecil, buruk nak roboh sekalipun. Saya pernah lihat dalam tv rancangan Bersamamu. Rumahnye kecil, boleh dipanggil pondok sebab kecil dan dibina daripada papan. Tapi bila masuk dalam rumah, barangan almari, katil, kerusi meja teratur dan tengok di sekeliling rumahnya bersih. Lamannye kemas, susah nak jumpa sampah, rumput-rumput ada tapi tak tinggi, dipotong, maksudnye di jaga dan tidak terbiar. Kalau nak puji tu banyak lagi yang boleh ditulis disini. Banyak lagi contoh-contoh yang pernah saya jumpa, cuma nak katenye kemas tidak perlu duit banyak. Tidak same dengan nak mencantikkan rumah. Rumah cantik pada saya perlukan kos. Nak cat rumah, nak hiasan dalaman, nak tile, nak langsir, nak carpet, nak frame gambar, pasu bunga dan macam-macam lagi. Dan ya, sape tak suka punyai rumah yang cantik kan.. Kalau pergi IKEA tu amik gambar semua sudut, acah-acah rumah sendiri. Bil...

Si BuahTembikai Merah

Alhamdulillah... tak lama lagi genap setahun menyusukan Mu'izz (exclusive breastfeeding) Syukur ya Allah. Nikmat yang tidak ternilai dari Allah. Cuma kene berkerja keras sikit sebab stok susu semakin berkurangan dalam peti ais. Permintaan semakin bertambah. Daripada 2 beg (7oz per bag) kepada 3 bag sehari walaupun dah mula makan. Untuk anak kedua ini, ade pembaharuan dari segi milk booster. I love it!! Milk booster saya tembikai. Ye buah tembikai yang merah tu. Kulit hijau dan banyak air tu. Memang itulah kegemaran saya suami isteri anak beranak. Beli sebijik sekali hadap pun boleh habis makan. Sebenarnya kekadang tak cukup, berebut mak ngan anak-anak. Tiba-tiba ditakdirkan menjadi sepadan pula sebagai makanan penambah susu. New discover past few days. Bahagia rasa. Berita yang sangat mengujakan bagi seorang pencinta buah macam saya. Tak sah sehari tak makan buah. Stok buah sentiasa ade di rumah. Selalunya borong di pasar pagi Greenwood. Murah dan pelbagai jenis buah ade. Tak ...

Stabil jiwa, Tenang

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan,walaupun sekadar bermanis muka ketika kamu menemui saudaramu." (HR.Muslim:2626) Betul, saya selalu ambil ringan bab senyum/manis muka. Terutamanya dengan anak-anak dan suami. Kadangkala bila dah ternaik hangin tu memang susah nak senyum. Kesian anak-anak terkebil-kebil apabila suara umi dah mula tinggi. Tak berganjak die dari tempat tadi..mata terus memandang saya. Mungkin nak minta maaf tapi tak pandai nak susun ayat. Umi terus tak pandang, ego ni tinggi. Mentang-mentang aku ibu!! Kali pertama mendengar hadith ini masa tinggal sebumbung dengan kawan-kawan di Pantai Permai, Pantai Dalam. Baru lepas grad. Teringat ketika itu, saya berfikir sekejap apabila memahami hadith Nabi ini. Setuju benar. Bila serumah kite tahu hati budi masing-masing, kenal bukan sekejap, dah bertahun-tahun berkawan. Kenal, bila waktu kawan tu gembira, kenal, bila waktu sedihnya tiba, kenal juga bila waktu stress sesama-sen...

Buka tirai 2018 di atas bukit

Kali terakhir saya ke sini adalah 15 tahun lalu. Seingat saya, saya menaiki bas bersama kawan-kawan sekolah rendah selepas tamat peperiksaan UPSR. Masa yang agak singkat, menyebabkan lawatan ke tanah tinggi itu kelihatan agak samar-samar dalam memori saya. Yang pasti, saya bawa pulang beberapa pokok kaktus dan key chain bunga. Percutian kali ini seolah-olah membalas dendam yang tersemat dalam hati sekian lama. Tiga hari dua malam(ok itu satu tempoh yang sangat cukup). Betul kata orang, hujan emas negara orang hujan batu tempat sendiri. Saya rindu Melaka dan Kuala Lumpur. Sejuk di tanah tinggi itu bukan kehidupan saya. Mungkin kami datang pada musin hujan, menyebabkan cuaca disana begitu sejuk bagi saya. Tidur tak begitu lena, mandi bukan tak basah tapi lebih mengerikan dari itu. Mandi menjadi satu agenda yang paling saya harap saya boleh tunda (tak nak mandi!!). Alhamdulillah terima kasih kepada pemanas air, tapi itu tidak lama, lepas mandi sejuknye terasa hingga ke tulang (ku...

Review Buku : Why Mars and Venus Collide?

Normal ke rumah tangga saya? Buku yang sangat baik untuk memahami emosi lelaki dan wanita dari sudut pandang sains. Pada pendapat saya ia membantu saya memahami orang-orang serumah saya. Siapa? 3 orang lelaki gagah, kacak bergaya Mu'min, Mu'izz dan En. Zul (handsome man of all!!). Juga untuk memahami wanita-wanita sekeliling saya. Diri sendiri, ibu, adik dan rakan-rakan taulan. Mengapa mereka bertindak sedemikian. Mengapa bukan seperti yang saya inginkan, Mengapa bukan begitu tetapi begini?  Kenapa cara lelaki tujukkan kasih sayang tak sama macam perempuan?  This book really answer all questions that I have in mind about people around me. Help me explains why I should not feel bad about people. Telling me that he or she is a normal human being. Tak pasti kenapa nak letak gambar ni dalam post kalini. Susah tau nak dapat gambar  macam ni..fatherly sangat Sehingga hari ini saya baru membaca 4 ke 5 bab. Yup belum habis. Kenapa belum habis? sebab  kurang masa...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...