Exam Slip Poster untuk Pre SEDEX yang ditunda Mungkinkah ini examination slip yang terakhir untuk diri ana semeste ini?? I'allah moga-moga ianya yang terakhir dan terindah. Sebak T.T tambah-tambah baru pulang dari jaulah bersama sahabat dan adik-adik cute keselatan tanah air. Selalu sahaja hati membuak-buak untuk meninggalkan segala yang ade di kampus UTP ini. Teringin nak merasa kehidupan baru. Namun kali ini lain rasenya. FYP yang mendesak dan memaksa-maksa untuk disiapkan terasa manis dan menggembirakan. Masa tidur yang tidak tentu hala kebelakangan ini rase amat indah, sayang nak memejam mata dikala masa-masa akhir sebagai graduan UTP. Mungkin inilah namanye manusia, menghargai tatkala masa telah suntuk dan menyesal tatkala telah kehilangan dan tiada lagi di hadapan mata. Tatkala merenung buku ini, hati terdetik mungkinkah buku ini hadiah hari lahir terakhir dari seorang sahabat yang amat-amat ana kasihi kerana Allah. Selepas graduasi nanti adakah lagi sahaba...