Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Putera kedua ummi Mu'izz

Setelah sekian lama tidak menulis. Akal terasa tumpul dan pemikiran jadi semakin perlahan untuk mengolah kata-kata. Fuyoo..berbaur jiwang disitu. Apapun idea penulisan saya ketika ini sememangnya semakin kurang. Dilanda kesibukan mengurus anak-anak, kerjaya, tanggungjawab sosial dan sedikit urusniaga atas talian.  Puji dan syukur kepada Allah saw atas kelahiran cahaya mata kedua yang diberi nama Muhammad Mu'izz bin Muhammad Zulhaziman. Hari ini genap umurnya 6 bulan. Kelahiran putera kedua disambut oleh Dr Zana Zalinda di Hospital Tunku Azizah Setapak. Proses kelahiran yang mudah dan cepat, syukur Alhamdulillah, tidak menolak hakikat bahawa melahirkan itu sememangnya sakit. Terasa nak menitiskan air  mata bila mengenang kembali detik-detik sukar mengharungi fasa 'active labor'. Sesungguhnya Allah jua yang maha mengetahui keadaanya. Kisahnya dinukilankan agar saya punyai ingatan dikala saya menyelak lembaran diari saya di laman blog ini nanti. Saya mula rasa ...