Punca sikap zahir manusia ini adalah bermula daripada raja dalam diri, iaitu hati. Hati sangat berkait langsung dengan ibadah yang disebut sebagai SOLAT. Solat melembutkan hati, menjernihkan hati. Apabila hati lembut dan baik dengan solat, maka sifat-sifat buruk dan keji tadi dapat dibuang dan akhirnya tidak timbul masalah-masalah yang lebih besar. Sebab itu sekiranya seorang Muslim dan Mukmin itu mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh serta benar-benar yakin kepada Allah melalui solatnya maka seharusnya dalam kehidupannya tidak ada istilah tertekan, tension atau stress. Ustazah Norhafizah Musa - Mutiara Usrati