Sudah dihujung tahun 2017. Cepat sungguh masa berlalu. Pelbagai program telah dihadiri, menjadi peserta mahupun menjadi ahli jawatankuasa. Banyak tugasan menanti, banyak juga tanggungjawab sedang memerhati giliranyanya untuk dilunaskan. Hujung minggu lepas telah berlangsung talkshow Wanita Super Mangurus Stress. Alhamdulillah sangat bermanfaat. Boleh tonton rakaman talkshow di FB Page Nisa Wilayah disini . Terima kasih kepada semua yang menyokong terutama kepada suami yang menjaga anak-anak ketika ummi-ummi berprogram.