Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Review Buku : Why Mars and Venus Collide?

Normal ke rumah tangga saya? Buku yang sangat baik untuk memahami emosi lelaki dan wanita dari sudut pandang sains. Pada pendapat saya ia membantu saya memahami orang-orang serumah saya. Siapa? 3 orang lelaki gagah, kacak bergaya Mu'min, Mu'izz dan En. Zul (handsome man of all!!). Juga untuk memahami wanita-wanita sekeliling saya. Diri sendiri, ibu, adik dan rakan-rakan taulan. Mengapa mereka bertindak sedemikian. Mengapa bukan seperti yang saya inginkan, Mengapa bukan begitu tetapi begini?  Kenapa cara lelaki tujukkan kasih sayang tak sama macam perempuan?  This book really answer all questions that I have in mind about people around me. Help me explains why I should not feel bad about people. Telling me that he or she is a normal human being. Tak pasti kenapa nak letak gambar ni dalam post kalini. Susah tau nak dapat gambar  macam ni..fatherly sangat Sehingga hari ini saya baru membaca 4 ke 5 bab. Yup belum habis. Kenapa belum habis? sebab  kurang masa...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Dari Perlis ke Kuala Lumpur

Misi menziarahi sahabat di Perlis tak tertangkap gambarnye. Apa pun tetap tersimpan kemas dalam memori insyaallah.. Sahabat dunia akhirat tu. Masa tu baru terasa betapa saya rindukan celotehnya. Walaupun dah lama tak jumpe tapi mesra macam jumpa hari-hari. Betapa saya rindukan gurau senda dan lawak mereng kami masa belajar di UTP dulu. Betapa saya rindukan musafir bersamanya, pemanduannya yang berhemah dan sangat saye kagumi, tapi sehingga kini saya gagal mencontohinya. Betapa saya sangat selesa dengan kemesraan dan ramahnya. Senyum dan ketawanya yang tak palsu meraikan cerita/luahan sahabatnye. Hangat tangan dan pipi bila bersalaman dengan beliau saya tak tipu.. aura orang2 yang ikhlas dalam berukhuwah kerana Allah. Dia bukan orang-orang biasa, orang yang ade sesuatu yang ramai orang mudah tertarik pada beliau.. Influence kate omputeh. Memiliki baris gigi yang cantik mungkin itu faktor utama beliau tidak lokek senyuman. Sapaan pertama yang buat orang yang tak kenal pun jadi tak...