Tidak punyai banyak masa untuk menulis panjang sejak belakangan ini. Cuma ingin berkongsi tempat baru yang menarik dikunjungi seisi keluarga. Santai-santai petang, untuk merehatkan minda yang seharian bekerja, menghilangkan kebosanan terperuk di rumah atau memupuk rasa kasih pada haiwan untuk anak-anak. Ala-ala tempat rekeriasi ala-ala mini zoo. Unsung place located in Kampung Changkat. Tempat yang bersih dan selesa. Untuk pencinta haiwan tapi tak berpeluang lagi untuk mempunyai haiwan peliharaan sendiri, tempat ini mungkin boleh dijadikan tempat lepas rindu kepada haiwan-haiwan peliharaan yang comel. Yang so-so je dangan haiwan, minat tapi tak la fanetik sangat seperti saya, tempat ni bagus untuk melepaskan semua keletihan aktiviti harian. Tenang bile tengok haiwan comel seperti burung dan arnab. Suasana bersih dan selesa dengan padang yang menghijau siap ade kuda gagah dan sado-sado berkeliaran sekitar padang memang rase macam bukan kat Malaysia. (tak tau nak kate kat mana s...