Skip to main content

Posts

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.
Recent posts

Masak memasak

Bab memasak bukan la menda yang simple bagi aku. Salah satu sebab ialah aku sejenis yang tak suka makan masakan sendiri. Bile tak selera nak makan, maka tertutuplah selera untuk memasak. Tapi, sebb anak-anak aku rase aku dah kne ubah mindset itu. Anak-anak dah besar perlukan zat dan makanan yang sihat. So you like it or not. Masak lah dengan niat amanah dan ibadah untuk keluarga.. Insafnye la ape yang aku tulis ni.. Not easy, but insyaallah it worth. Allah tahu kamu struggle lawan nafsu kamu yang malas masak tu.. Sampai boleh nangis sebb masak je.. Ape la

Hard Work

Lama betul aku tak menulis. Satu perkara baik yang aku perasan semasa dan selepas PKP ni koata perkataan aku semakin kurang. Everything compress dalam fikiran dan jarang diluahkan. Alhamdulillah aku rasa itu agak bagus dalam etika menjaga lisan seorang yang bernama wanita.  Di usia yang masuk 3 series ni, memang betul kata orang, hidup kita dah bergelumang tanggujawap di setiap penjuru. Semua butuhkan perhatian dan komitmen penuh at all time. Jadi Demi Masa! Every second is money, life, love and commitment. Hope to contribute as much as possible. Challenges will always come and go. Itu asam garam kehidupan. 2022 will not be an easy year for my career. Quarter 1 almost at the end. Welcome quarter 2. More to go. More hard word, time and focus required along the way. 

Nama saya puteri Ismalina

Dulu masa saya kecik saya selalu angan-angan nak pakai baju kembang masa majlis kawen. Macam tuan puteri cerita-cerita Inggeris. Tapi tak pula terbayang pakai baju kembang tapi pakai tudung. Jadi mas tu saya anggap itu satu angan-angan pak pandir yang mustahil dikecapi. Harini tak sangka baju princess ni boleh dipakai walaupun bertudung. Kalau kene gaya dan temanya memang sangat manis, jadi memori seumur hidup. Ape pun saya tumpang gembira sebab uols look so stunning in your wedding dress. Dua sahabat baik saya pakai dress princess..Yang terbaru Mira kawan sekolah rendah.

Cerita tempat kerja aku

Orang selalu tanya aku kerja mana, nak mudah aku pun jawap KL Sentral. Diorang mesti akan ingat aku kerja kat dalam bangunan KL Sentral yang tempat orang turun naik tren tu. Untuk tidak rase bersalah aku pun akan panjangkan sikit penjelasan aku tu "bukan betul-betul dalam bangunan tu, pejabat saya sekitar situ". Kira paling ringkas la tu. Nak panjang lagi, aku pun sebut la "Platinum Sentral dekat-dekat SPAD..." . Diorang pun akan oooooo..mengangguk laju tapi muka keliru. Ape-ape la kan Sabtu lepas aku berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar, rombongan makcik makcik Kiah ke Singapura yang tempat kerja aku buat. Pertama kali seumur hidup aku tinggalkan Malaysia. Rase biasa aje tak la teruja sangat. Ape yang lebih menerujakan sebab makan buffet di Hotel Renaissance Johor Bahru. Teruja sebab makanan banyak ya amat. Malangnya sebab selera makan aku dah kelaut sebab baru lepas turun bas. Letih ..Maka pada aku, kadar makanan yang aku suap malam dan sarapan pagi a...