Skip to main content

Cerita tempat kerja aku

Orang selalu tanya aku kerja mana, nak mudah aku pun jawap KL Sentral. Diorang mesti akan ingat aku kerja kat dalam bangunan KL Sentral yang tempat orang turun naik tren tu. Untuk tidak rase bersalah aku pun akan panjangkan sikit penjelasan aku tu "bukan betul-betul dalam bangunan tu, pejabat saya sekitar situ". Kira paling ringkas la tu. Nak panjang lagi, aku pun sebut la "Platinum Sentral dekat-dekat SPAD..." . Diorang pun akan oooooo..mengangguk laju tapi muka keliru. Ape-ape la kan

Sabtu lepas aku berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar, rombongan makcik makcik Kiah ke Singapura yang tempat kerja aku buat. Pertama kali seumur hidup aku tinggalkan Malaysia. Rase biasa aje tak la teruja sangat. Ape yang lebih menerujakan sebab makan buffet di Hotel Renaissance Johor Bahru. Teruja sebab makanan banyak ya amat. Malangnya sebab selera makan aku dah kelaut sebab baru lepas turun bas. Letih ..Maka pada aku, kadar makanan yang aku suap malam dan sarapan pagi adalah sangat sedikit (lebih 3 pinggan jugak).

Sebenarnya aku teras begitu insaf bile tengok makanan yang berlambakan terhidang. Belum kira berapa tan yang tidak dihabiskan dan dibuang. Teringat iklan tv yang pasal pembaziran makanan dan bilangan kanak-kanak yang kesekolah dalam keadaan lapar. Betapa sisa makanan pun sangat sedap pada mereka. Nak-nak pulak aku lepas layan buku Komrad Cerita Bilik Guru. Insaf dan syukur pada Allah atas semua kesempatan ini.



Secara keseluruhan aku bagi 4/5 bintang untuk buku ini. Penulis pertama Fadli Salleh memang best. Aku sampai ketawa terkekeh-kekeh sorang dan tiba-tiba ade pulak air bertakung di kelopak mata membaca cerita Cikgu Fadli. Tak jemu baca, sehari aku tekun baca sepanjang perjalanan ke JB. Tiga lagi penulis ade mesej tersendiri yang aku lihat nasihat cikgu-cikgu sangat.

Comments

  1. Wynn casino review - DrmCD
    Wynn is an interesting and trusted online 성남 출장마사지 casino. You'll find lots of promotions and offers from 시흥 출장마사지 top 제천 출장마사지 software 경상북도 출장안마 providers, and you can even play  Rating: 청주 출장샵 4 · ‎1 review

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

Masak memasak

Bab memasak bukan la menda yang simple bagi aku. Salah satu sebab ialah aku sejenis yang tak suka makan masakan sendiri. Bile tak selera nak makan, maka tertutuplah selera untuk memasak. Tapi, sebb anak-anak aku rase aku dah kne ubah mindset itu. Anak-anak dah besar perlukan zat dan makanan yang sihat. So you like it or not. Masak lah dengan niat amanah dan ibadah untuk keluarga.. Insafnye la ape yang aku tulis ni.. Not easy, but insyaallah it worth. Allah tahu kamu struggle lawan nafsu kamu yang malas masak tu.. Sampai boleh nangis sebb masak je.. Ape la