Skip to main content

mujahadah menuntut ilmu



assalamualaikum s.w.t

salam keimanan buat sahabat pembaca sekalian..
alhamdulillah kerana tidak semena2nya hati ana terdetik untuk membuat blog sendiri
semuanya tidak dirancang dengan rapi,namun ana seperti diseru2 untuk mempunyai blog sendiri syukran jazillah..jazakallahuhair kepada semua yg terlibat secara langsung dan yg tidak langsung dalam pembikinan blog yang serba kekurangan ini...

menandangkan ramai sahabat ana mendakwa ana ni suka bercerita maka dengan ini ada baiknya ana memiliki blog sendiri untuk dijadikan tempat tumpahnya semua cerita-cerita dan pengalaman ana...tapi jangan pula disalah tafsir...yang ingin dikongsikan bukanlah rutin harian,mambasuh baju,menyapu sampah atau menanak nasi dan bukan juga pengalaman seorang muslimat sehebat khadijah,aisyah,asiah mahupun mashitah tetapi hanya perkongsian daripada pengalaman seorang muslimat biasa yang serba kekurangan,malah cetek pula ilmu pengetahuanya..sebagai permulaan ingin ana kongsikan sebuah cerita yang mentarbiah diri ana dari seorang insan ,luahnya dengan bersungguh2...

suatu hari yang hening tutor ana buat pra-test tuk persediaan test y nak kitorang amik ni...lepas kami habis jawap soalan2 pra-test tu,tutor ana pesan "sape dapat markah paling rendah kene menyanyi atau menari kat depan,tak kire la.. lelaki ke perempuan"...stat dari tu ana pun macam tak sedap hati sebab ana rasa ana buat test tu tak serius...maka di takdirkan allah akibat kelalaian ana sendiri,maka mmg betullah gerak hati ana mase tu...rase malu yang teramat sangat...

dah la malu sebab dapat markah paling corot,yang paling sedihnye ana mengenangkan imej islam yang ana bawak....alangkah teruknya kesalahan yang ana dah buat...boleh menjatuhkan dan menfitnah agama islam yang disanjungi...sedihnye tak tergambar..nasib baiklah tutor ana tu faham situasi ana dan tak pakse ana menyanyi kat depan kelas,kalau tidak....allah sahaje yang tahu betapa berdosanya ana rasa masa tu....

kesal benar hati ni...inikah yang ana katakan selama ini bahawa ana sayang allah,sayang nabi n sayangkan rasul....ternyata ana selama ni bercakap dusta shaje...tak terbukti langsung dengan amalan ana...beginikah yang ana katakan yang ana nak bawah islam!! ana nak tegakkan agama islam dimuka bumi ini!! kalau macam inilah keadaannya...ana memang sengaja berangan2 kosong....malah tipu semata-mata!! semakin deras air matanya mengalir

ini tidak diambil kira pandangan mad'u yang sepatutnya ana bawak untuk mengenali allah dan islam , apatah lagi dari kacamata masyarakat yang sering berprasangka.. ..pasti hilang thiqoh mereka pada ana...ana harus segera bertaubat dan berubah dari kelalaian ana dalam akedemik ana,nasib ana baik sebab ini tak diambil kira dalam coursework...kalaulah keputusan akhir semesta ana menerima nasib yang sama...nauzulillah kelu lidah nak berkata2

allah masih sayangkan sahabat ana ni,Allah nak die segera bangun dari kelalaiannya,sabda rasulallah


"sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dia berilmu,
sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu ,
sesiapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu,"


lihatlah islam di zaman kegemilanggan ilmuanya,ketika ibnu khaldun yang menjadi manusia terawal mempelopari bidang sosilogi dan ibnu sinar dengan penemuan2 hebat dalam bidang perubatan..bukan meraka ini calang2 orngnya..meraka menghafal al quran,malah ibnu sinar menghafal al-quran pada umur 10 thun...memang hebat umat islam ini..

tapi bolehkah kita hanya berbangga dengan kejayaan nenek moyang kite dahulu...pasti akan hilang kemegahan ini kelak jika kita,pada hari ini seakan2 merancang untuk menjatuhkan kewibawaan islam di mata masyarakat dunia yang semakin memandang tinggi dan menyanjung arus kemodenan teknologi ...saban hari islam terus dicaci maki,dihina dah kian diperlekahkan,islam semakin dihimpit kesusahan dan kekejaman musuh-musuhnya....

bangkitlah wahai sahabat pembacaku,bukan senapang yang perlu kau pikul,bukan bom yang perlu kau lemparkan ke muka musuhmu,tapi cukuplah pena dan akedemikmu yan perlu kau jaga....jihad dan dakwahmu tetap menjadi keutamaan tetapi bukan menjadi penyebab kelalaimu dalam pelajaran,sabda rasulallah

"barang sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia masuk
dalam golongan orng yang berjuang sehingga ia kembali"

jadikanlah langkahmu ke kuliah sebagai saie mu (ketika haji),buku dak pena mu sebagai tasbih dan hafalanmu sebagai zikt yang kau lakukan kerana allah demi mendapt redhanya...nescaya kau tidak akan kecewa duhai sahabatku...firman allah dalam surah az-zumar : 9 dan surah al alaq :1-4..menyebut perihal menunutut ilmu


"....Katakanlah(muhammad): "Adakah sama kedudukan
orang-orangyang mengetahui (berilmu)

dengan orang-orang yang tidak mengetahui
(tidak berilmu)?"
Sesungguhnya orang yang
berakallah yang dapat menerima pelajaran."


(az-zumar : 9)



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam"

(al-alaq :1-4)
tidakkah kau melihat peri-pentingnya ilmu disebalik kegemilangan dan keharuman nama agama islam yang selama ini kau junjung...goncangkanlah dunia dengan ilmu yang kau perolehi dari Tuhanmu yang maha bijaksana..

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...