Skip to main content

duhai diri yang lemah


salam perkongsian buat pembaca yang dirahmati allah s.w.t

Seringkali diri ini terasa amat lemah tatakala nasihat dah teguran tidak di terima olah insan yang ingin di betulkan. Niat murniku ini, aku zahirkan kerana kasih dan sayangku kepadanya kerana allah. Namun pelbagai jawapan dan alasan yang aku peroleh. Akal yang sering berperasangka ini kadang kala sukar menerima . Hati dan fikiran lalu memberontak, menafikan semua hujah yang diberi . Nafsu pula mula mengambil tempatnya di posisi teratas,bersedia mendendangkan irama-irama meghasut dan menipu daya . Akal dan hati mula menurut,hanyut dan rela di perkotak-katikan. Lemah dan tidak kuat untuk melawan tatkala dirantai oleh nafsu marah. Panas,seolah-olah ade api yang murak membakar hati ini . Mujur tarbiah dan pengalaman mematangkan diri. Berjujuran air mata tatkala mengadu kepada allah akan kegagalanku ini

Yang perlu dipersoalkan bukan kisahnya tetapi diri ini yang perlu dimengerti.
Duhai diri....pandanglah dia dari kaca mata dakwah yang berselubung kasih sayang. Bukan mudah apabila kesalahan dan kelamahan diri ditegur,apatah lagi oleh insan yang dianggapnya sangat memahami. Muhasabah semula dirimu duhai diri...mungkin dosamu yang masih menggunung,mungkin taubat dan doamu terhijab kerana kesalahan dan kejahilan yang belum kau bersihkan, hingga nasihat dan teguranmu tidak sampai ke hatinya. Fikirkanlah duhai diri...jangan kau mudah menyalahkan insan lain sebelum dirimu. Siasat semula amalanmu, solatmu, zikirmu, tahjudmu ,puasamu dan semuanya. Carilah dimana silapnya sehingga kau tidak berjaya memenagi hatinya dan sedangkan engkau mengatakan yang benar.

Jangan mudah putus asa duhai diri...tidakkah kau melihat betapa getirnya hidup dalam dunia yang kau gelarkan sebagai dakwah. Ambillah pengajaran daripada kaum-kaum sebelummu. Lihatlah kisah bagaimana nabi nuh yang anak dan isterinya sendiri tidak menerima ajakannya untuk berada di jalan yang benar, kaumnya sendiri mendustakan kebanaran yang dibawa, langsung tidak diendah risalah yang diserukan dengan penuh hemah.

"Sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kamu Nuh, maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan: "Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman)"
(al-Qamar - 9)


Nabi junjungan pula, hidupnya penuh onak dan duri. Dituduh penyair semata-mata,di ejek sebagai gila,di kecam sebagai pedusta. Hidup getirnya dari awal kelahiran kedunia, sehinggalah keakhir hayat . Pelbagai ujian dan dugaan ditempuhi dengan tabah, sabar dan redha. Allah menjadi penaman setia dan tempat bergantung harap walau dalam berbagai-bagai ancaman. Tidak mengenal erti putus asa, dendam, apatah lagi marah kepada orang yang tidak menerima ajakannya untuk mengesakan allah. Cacian dan hinaan,tidak pernah memudarkan semangatnya,langkahnya digagahkan demi menegakkan agama islam yang benar-benar dikasihi dan demi mendambakan keredhaan kekasihnya yang abadi.

"Maka mereka berkata: "Bagaimana kita akan mengikuti seorang manusia (biasa) di antara kita?" Sesungguhnya kalau kita begitu benar-benar berada dalam keadaan sesat dan gila."
(al-qamar-24)

duhai diri...bersyukurlah kerana allah membukakan hati mu dan memberimu secebis dari sifat keberanianya kepadamu untuk menyampaikan kebanaran. Berdoalah semoga allah sentiasa menguatkan semangatmu dan sudi memilihmu untuk terus berada dalam jalan yang penuh menjanjikan syurga yang hakiki .

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung. "
(ali-imran-104)

duhai diri...sememangnya kau diciptakan bersifat lemah dan tidak terlepas dari melakukan dosa, tetapi ingatlah duhai diri, tuhanmu maha pengampun. selagi engkau tidak menyekutukanya selagi itulah dosa-dosamu akan diampuni jika kau mohon setulusnya.

"kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan[105] dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. "
(al-baqarah-160)


syurga allah itu tinggi harganya. Bukan boleh dibayar dengan harta dunia tetapi dengan hati yang tulus ikhlas berjuang dijalan yang diwarisi dari para nabi. Engkau bukanlah pemula atau penghujung perjuangan,tetapi engkau mata-mata rantai yang bersedia meneruskan usaha suci nabi-nabi dan saudara-saudaramu yang terdahulu. Bermunajatlah kepada allah agar suatu hari nanti seluruh umat manusia hanya akan mengakui bahawa "tiada tuhan selain allah dan nabi muhammad pesuruh allah"

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...