Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

menjawap 6 soalan

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama," Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) " Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan ". Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban ...

menunaikan haji gune duit KWSP

assalamualaikum... Sempena bulan zulhijjah ini ana petik berita dari Berita Harian Online bertarikh 29 Oktober 2009....mari kita baca dan apa komen dan respon antum terhadap perkara ini??? wajar ke???....rukun islam kelima...xpentingkah untuk melaksanakan rukun islam pada pandangan kita?? 'KWSP untuk simpanan lepas bersara bukan tunai haji' KERAJAAN tidak bercadang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 50 tahun mengeluarkan sebahagian simpanannya untuk menunaikan haji. Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata tujuan skim KWSP adalah untuk menyediakan simpanan persaraan bagi membiayai sara hidup apabila anggotanya sudah bersara. "Pengeluaran dibenarkan oleh skim KWSP adalah hanya bagi tujuan yang berkaitan dengan persaraan atau menambah nilai simpanan untuk persaraan. "Jadi, pengeluaran bagi tujuan menunaikan haji bukan saja tidak menepati objektif dan falsafah skim KWSP tetapi akan menjejas...

UTP election

Assalamualaikum Harini pelajar utp akan menjalankan tanggungjawap mereka untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar UTP..berikut adalah calon-calon yang bertanding dan poster-poster serta gambar yang berkanaan dgn pilihan raya kempus utp

insan utusan allah

Alhamdulillah pade hari minggu lepas yang telah lepas ana dan haousemate ana dengan izin allah berkesempatan menikmati dan mentadabur alam ciptaan allah. kami rehlah di teluk batik, tanggal 16 oktober kami bertolak jam 7 pagi dengan menaiki kereta kembara yang disewa daripada abang senior(xkenal). Harga kete yang kami sewa RM6 je sebuah~~xde la...kete tu di sewakn kepade kami sejam RM6 dan kami menyewa selama 7 jam jumlah kena bayar RM42 tapi dapat diskaun jadi RM40 ringgit.ALHAMDULILLAH perancangan yang cukup teliti,tapi tidak mengambil mase yang panjang sebab semua anak dare ni mmg berdedikasi dan x perlu nak diarah2,pandai je buat keje (ye la sume dah nak kawen-dah pegi kusus kawen belum???) makanan kami bawak sendiri,al-maklum la nak jimat duit,student ni poket cepat kering...perancangan awalnye...."kite kene stat masak malam sebab nk betolak awal2 pagi,dalam kol 6,so pagi tu kite panaskn je makanan tu"kate si S ...o0Oo0Oo0 (awalnye subuh lomm masuk lagi kak oi)....

final dah dekat

assalamualaikum lame x update blog...kali ana nak kongsi satu cerita yang berkaitan ilmu,semoga antum semua mengambil pengajaran.. pada suatu hari ahli basrah berdebat sesama mereka, berkata salah seorng daripada mereka bahawa harta lebih baik dari ilmu. mereka menghantar utusan untuk mendapatkan jawapan dari ibnu Abbas.ibnu Abbas menjawab "ilmu itu lebih baik dari harta". utusan itu pun meminta penjelasan dari ibnu Abbas mengenai jwapanya , ibnu Abbas berkata "Katakanlah kepada mereka bahawa ilmu itu warisan dari para nabi sedangkan harta itu warisan Firaun. Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu menjaga kamu. ilmu tidak berkurang jika di infakkan sedangkan harta apabila diinfakkan pasti akan berkurang. orang yang berharta tidak lagi dikenang selapas meninggal dunia dan orng yang berilmu akan terus dikenang selapas kematianya. kemudian utusan itu pun pulang lalu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli basrah.

perempuan + wanita + muslimat

wanita lebih cepat dari lelaki dalam menangis dan dalam mengingati perkara yang membuat dia menangis dan tertawa bila dia mampu.Wanita juga pelita dan bintang bagi lelaki .Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

Tidak mengikut sunnah :Ideologi Barat

Alhamdulillah hari ini ana blajar bab 10 discrete math . Discrete math ini kalau sahabat pembaca nak tahu,die subjek berkaitan mathematik yang ade dalam komputer . Nak ceritanya ana dapat mengesan sesuatu dalam subject ini . Mari kita lihat rajah di bawah Gambar ini dipanggil sebagai tree (pokok) . titik yang berlebel 'a' itu dipanggil 'root' . kalau tengok sekali imbas mmg langsung tak macam pokok . Tapi lecturer ana kate kite dapat lihat rupe sebuah pokok kalau kita terbalikkan rajah ini "o0o0o0o, macam itu rupenya" ... yang kami belajar tadi ade 3 ketogori tree . 1)POSTORDER TRIVERSAL 2)PREORDER TRIVERSAL 3) INORDER TRIVERSAL yang membezakan setiap tree ini adalah care membacanya.(ini ana gune bahasa mudah tkut ade yang xpaham) 1)baca dari kiri ke kanan lalu naik ke 'root' 2)baca dari root turun ke kiri dan terus ke kanan 3)baca dari kiri naik ke 'root' dan turun ke kanan antum jangan pening2 tuk pahamkan ape yang ana...

islam is the only way of life

Manusia hakikatnya hanyalah ciptaan allah s.w.t. Suatu ciptaan yang tidak mampu difikirkan kewujudan dan penciptaannya dengan akal dan logik semata2 . Bukan ingin diagung-agungkan penciptaan manusia tetapi memikirkan hakikat kejadian makhluk yang terlalu komplek sehingga tidak mampu diungkapkan dengan kata2. jika di fikirkan adakah mampu kita menyelongkari semua kejadian ini tanpa petunjuk allah. Mari sama2 kita singkap sedikit hakikat kejadian manusia berdasarkan bukti2 dalam al-quran. "Dan sessungguhnya telah kami ciptakan manusia dari sari tanah,kemudian kami jadikannya air mani yang tersimpan kukuh dalam tempat yang terpelihara,kemudian kami jadikan air mani itu segumpal darah,kami jadikan tulang-belulang,maka kami liputi tulang-belulang itu dengan daging,kamudian kami jadikannya suatu bentuk yang lain. maha suci allah yang sebaik-baik pencipta" ">(al-mukninun :12-15) Dalam buku la tahzan,persoalan yang diajukan kepada pembaca benar2 membuat kita berfik...

sahabat

wahai sahabat, tatkala kau berpenat lelah menegakkan agama allah lantas al-malik menghitungnya dengan kasih sayang langkahmu adalah segunung pahala untuk akhirat pengorbananmu adalah batuan besar pemberat timbangan wahai sahabat, dirimu yang kau korbankan untuk islam bukanlah sia2 masa mudamu kau alunkan dengan irama perjuangan kakimu rancak menari tarian perperangan bibirmu lancar mendendangkan lagu2 jihad wahai sahabat, tuhanmu tidak pernah mungkir janji syurga yang kau nanti pasti kau kecapi berbekal taqwa dalam hati teruslah berjuang sehingga akhir ayat nanti "Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri y...