Skip to main content

menunaikan haji gune duit KWSP

assalamualaikum...
Sempena bulan zulhijjah ini ana petik berita dari Berita Harian Online bertarikh 29 Oktober 2009....mari kita baca dan apa komen dan respon antum terhadap perkara ini??? wajar ke???....rukun islam kelima...xpentingkah untuk melaksanakan rukun islam pada pandangan kita??



'KWSP untuk simpanan lepas bersara bukan tunai haji'

KERAJAAN tidak bercadang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 50 tahun mengeluarkan sebahagian simpanannya untuk menunaikan haji.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata tujuan skim KWSP adalah untuk menyediakan simpanan persaraan bagi membiayai sara hidup apabila anggotanya sudah bersara.

"Pengeluaran dibenarkan oleh skim KWSP adalah hanya bagi tujuan yang berkaitan dengan persaraan atau menambah nilai simpanan untuk persaraan.


"Jadi, pengeluaran bagi tujuan menunaikan haji bukan saja tidak menepati objektif dan falsafah skim KWSP tetapi akan menjejaskan persaraan anggotanya pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan ingin membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan untuk menunaikan haji.

Dr Awang Adek berkata, pencarum KWSP yang berumur 50 hingga 54 tahun boleh mengeluarkan simpanan dalam Akaun II iaitu 30 peratus daripada jumlah simpanan di bawah Pengeluaran 50 Tahun untuk pelbagai tujuan termasuklah mengerjakan ibadat haji.

"Oleh itu, ahli boleh menggunakan kemudahan pengeluaran ini untuk menunaikan haji," katanya.

Selain itu, katanya, negara sudah memiliki Tabung Haji yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menyimpan bagi tujuan berkenaan.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak akan memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans 1996 dan Peraturan 6, Peraturan KWSP 2001.

Katanya, peruntukan Seksyen 167 Akta Insurans 1996 (Akta) menetapkan jika penama dalam sesuatu polisi bukan suami, isteri atau anak kepada pemilik polisi, maka penama hanya berhak menerima wang polisi sebagai wasi atau pentadbir.

"Penama juga berperanan sebagai wasi atau pentadbir jika penama bukan ibu atau bapa kepada pemilik polisi yang tidak berkahwin," katanya.





maka rasenye ana akan menunaikan haji lepas 50thn..tu pun kalau panjang umur...isu ini dibincangkan dalam radio IKIM pagi 29 oktober,pelbagai respon yng dikeudarakan daripada masyarakat malaysia, ade mak cik dari kampung ana jasin,melaka (ana xkenal pun)...menyatakan bahawa menuanaikan haji adalah ibadah yang baik dan kerajaan patut membenarkan wang simpanan KWSP untuk di keluarkan bagi tujuan berkenaan katenya "ini ibadah yang baik bukan xbaik,jadi apa salahnya"...pendapat lain pula kerajaan patut menbenarkan pencarum KWSP yng berumur bawah 50 thun untuk berbuat demikian kerana golongan ini dah mampu dan layak menunaikan haji, tambahan pula ini tututan agama dan ALLAH harus diutamakn terutama yang sudah mampu...dan kerajaan sepatutnya lebih memahami kerana kebanyakan pemimpin kerajaan adalah beragama islam..Malaysia kn negara "islam"...so why not...

Ade juga pendapat bahawa instead of kerajaan buat potongan gaji untuk KWPS yang tujuannya i'allah akan menjadi biaya selapas bersara,kerajaan juga patut membuat potongan gaji sebagai usaha untuk membantu rakyat terutama yang tidak mampu untuk memastikan semua rakyat yang beragama islam untuk melaksanakan rukun islam kelima tersebut..ramai yang sangat setuju dengan cadangan ini termasuklah ana sendiri...




Bayaran Haji bagi musim haji 1430 Hijrah ialah :

TMPT
DEWASA 15 thn ke bawah
Semnjg
RM 9,980.00 RM 9,011.00
Sabah
RM 10,110.00 RM 9,141.00
Sarawak
RM 10,065.00 RM 9,096.00

Bayaran yang dikenakan untuk menunaikan haji oleh pihak tabung haji adalah seperti diatas...kalau ade sistem potongan gaji untuk menunaikan ibadah haji, macam ini barulah negara islam yang mantop..kalau ana kerja contohnya umur 23 thun dengan gaji starting RM1000,setiap bulan potong 5% dari duit gaji(potong banyak sikit,nak pegi cepat), iaitu RM50 sebulan, jadi setahun dapat kumpul RM600 , dalam masa lebih kurang 17 thun kemudian dah boleh pegi,mase tu ana umur 40 tahun...emm...i'allah umur 40thun tu kalau umat nabi muhammad s.a.w masih kuat dan tegap lagi,anak2 pon i'allah dah besa..jadi bolehlah menunaikan haji dengan tenang, tak perlu nak tunggu umur 55tahun nak tunggu duit KWSP baru dapat pegi..jimat 15 thun...kalau 55thun tu kelua pulak duit KWSP ,pegi lah lagi haji...

tapi itulah masalah orng kite,bak kate seorang ustaz ni(xingat ana dgr kat mane) ade duit je buat haji,setiap thun buat haji...tidak salah tapi tu amalan kite secare personal dgn ALLAH untuk jage hubungan dgn pencipta kita iaitu habluminallah, tapi macam mane pulak habluminannas ??? apekata sedekah zakat banyak sikit...tapi ni dah out of topic..xpe2 salingan

Makanya....ape kate survay???? sape tak nak jadi tetamu ALLAH ???


Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...