Skip to main content

nak masuk perut mak lain

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera Selamanya...sahabat ana foward tadi..lepas je bace trus ana copy masuk dalam blog...syahdu dan terharu !!!

Allah Anugerahkan. ...!! Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kamilah.

Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa
tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu
bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea
logik
untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah
seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebihsempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.
Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya

bertanya.>

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..h..h. ...

Adik boleh usaha lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.

"Adik...... tak baik cakap macam tu dengan abah!"saya berkata perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah.Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.

"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya,
ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih- Sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan
takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah
anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.

"Kerana Kasih-Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga

kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah

Adik dengan Kasih- Sayang . Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR."katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...- terharu sungguh..... ..!!

Begitulah indahnya danhebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,> kalau
tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan
Dunia ini........"

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "



gambar hiasan

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...