Skip to main content

cukuplah allah bagiku


Doa Menghilangkan Kesedihan, Tekanan Hutang & Malas
Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"

Lantas sahabat tadi menjawab: "Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."

"Apa dia?" kata Rasulullah.

"Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas Baginda SAW bertanya: "Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah."

Lantas Baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT; setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT."


“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”






“SELAMAT MENEMPUHI MINGGU FINAL EXAM”

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...

Kerabu Pucuk Paku Tanpa Santan

Sebagai simpanan untuk diri sendiri. Resepi ini mudah aje. Tapi tak bermaksud 3 minit dah boleh siap. Rumit jugak la langkah-langkahnya. Tapi saya rasa ini resepi yang lebih mudah berbanding resepi-resepi lain yang saya jumpa di internet. Saya memilih untuk tidak menggunakan santan sebab kebanyakan kerabu yang saya makan di kedai-kedai tidak ada kuah santan pun. Ade yang saya jumpa bersantan tapi kurang sedap. So ini resepi ciptaan sendiri. Boleh jadi juga resepi kedai-kedai tapi mereka mungkin tak ade blog nak update resepi mereka :P. Pes   1.5 Inci belacan dibakar 2 ekor isi selar (direbus dan diambil isi)  4 batang cili padi  Garam secukupnya Sayur 2 cekak Pucuk paku  (dicelur)  4 genggam toge (dicelur)  1 biji bawang besar dihiris 3  biji cili merah dihiris 10 biji limau kasturi amik air sahaja Langkah penyediaan. Tumbuk semua bahan pes Campur pes yang dah ditumbuk dan gaul