Skip to main content

menCARI atau menJADI ??

assalamalaikum w.b.t
sedikit cerita yang sempat ana bace dalam mail box tadi...nak tulis tiada idea dan tambah lagi kekangan mase ... tak pe lah,kite same-same ambil pengajaran cerita


“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.



“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? Apatah lagi jika dipilih berdasarkan rupa semata-mata.



Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa berkenalan, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Siapa sangka semasa berkenalan dialah Sailormoon dialah heroin tetapi selepas berumahtangga,menjadi sebaliknya.



Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.



Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.



Sayid Qutub berkata:

Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.

Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.

Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan perasaan-perasaannya, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.



Semoga Allah permudahkan urusan kita .... Marilah kita menJADI bukan menCARI ...


Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

Masak memasak

Bab memasak bukan la menda yang simple bagi aku. Salah satu sebab ialah aku sejenis yang tak suka makan masakan sendiri. Bile tak selera nak makan, maka tertutuplah selera untuk memasak. Tapi, sebb anak-anak aku rase aku dah kne ubah mindset itu. Anak-anak dah besar perlukan zat dan makanan yang sihat. So you like it or not. Masak lah dengan niat amanah dan ibadah untuk keluarga.. Insafnye la ape yang aku tulis ni.. Not easy, but insyaallah it worth. Allah tahu kamu struggle lawan nafsu kamu yang malas masak tu.. Sampai boleh nangis sebb masak je.. Ape la