Skip to main content

sannah helwah ayah

Ishak bin Musip lahir pada 18 november 1952...anak kepada pasangan bahagia Musip bin Babok dan Alus binti Sidin , yang tinggal di Bt 19 Kampung Simpang Kerayong, Jasin Melaka ... mendapat pendidikan sehingga ke peringkat (kalau sekarang ni peringkat) SPM...kini betugas sebagai pengawal keselamatan di MRSM Jasin (aka MRSM Tun Ghafar Baba) ... pernah bertugas sebagai pemandu lori Felda dengan pendapatan alhamdulillah cukup untuk 3 orang anak dan isteri...berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa melayu, inggeris(ayah ana dulu sekolah inggeris), cina dah tamil , as well as arab (bismillah...)...hobi beliau kini(setakat pemerhatian ana dan maklumat daripada saksi2 yang boleh dipercayai->ibu) ayah ana suka membaca..peminat filem2 lama dan P.Ramlee...lauk kegemaran ayah ana kari ayam,ulam petai @ ulam raja...saiz kasut 7 ... ini ayat skima untuk memperkenalkn seseorng...





ana paling kagum dgn ayah ana(sifat lain pun kagum jugak-> cuma ini yang paling dikagumi) ni sebab beliau ni seorng yang penyanyang , ana pernah cerita kat group STE (Soaring The Eagle->untuk scholer Petronas)ana berkaitan sifat penyayang ayah ana ni... alhamdulillah allah memberi kekuatan untuk ana cerita tanpa rase malu tentang keluarga ana , kalau orng tengok profile ana n family ana, mungkin mereka akan mengkelasifikasikn keluarga ana ini miskin ..em, mungkin jugak... tapi itu jika dinilai berdasarkan pekerjaan ayah ana, tapi sebenarnye allah lebihkan rezeki kami, sebab keluarga ana kecil sahaja, tambahan lagi ana adik beradik mendapat bantuan pelajaran, ana Petronas , angah JPA , abang (adik) ade jugak dapat daripade pihak kerajaan setiap bulan , tapi ana tidak berapa pasti ape ke namenye...





satu sifat yang ana jarang nampak pade lelaki lain yang bergelar ayah ialah, ayah ana ni jika pulang dari tempat kerja pasti akan bawa sesuatu untuk anak-anak dan isteri . paling-paling tidak pun kalau dah ujung bulan (mase ana kecik dulu kami susuh skit la) ayah tak ade duit beliau bawa balik gula sebiji seorng untuk anak2 at least ... pernah jugak, sebab dah malam kedai tak buka, ayah bawa balik buah mangga kadang kadang betik (sebab tu kami adik beradik suke makan buah2an)yang ayah petik kat kilang tempat ayah parking lori . kirenya ayah tak nak kepulangannye tu mengecewakan anak-anak . pernah ayah tak bawa balik ape2 ayah mintak maaf kat kami ... alhamdulillah ibu dah jalankn tanggungjawapnye sebaik mungkin , ibu selalu puji sifat ayah tu, die selalu pesan

"kalau ibu pergi dulu,along jage ayah baik-baik ye, kalau perlu carikan orng gaji.."
boleh lagi ibu kate "kalau ayah nak kawin, lagi bagus ade orng jage die.." kami adik-beradik angguk2 je sebab kecik lag kot..paham sikit je...nasihat ibu selalu sebut kebaikan ayah, jdi bila ayah tak bawa balik ape-ape kami takde la kecawa..kalu ter'kecewa' pun ..mesti kami saling ingatkan "ayah bukan sengaje"..

kalau ayah gaji..ayah bawak kami kelua makan sedap2(sedap dari hari2 biasa). sebelum KFC diboikot itulah tempat paling special...keluarga kami ni mengamalkan jimat cermat sebab mak ana ni, ana bolah kata macam Zeti Aktar Aziz tu..perancang kewangan yng baek..orng lain dah anggap KFC tu macam warung mamak, tapi kami ...KFC tu lah hotel 5 bintang...ibu kate bukan dia takde duit tpi ibu nak ajar kami ni susah macam ibu dulu...ibu cerite, ibu dulu kalu nak makan kena pgi sawah tengah2 hari yng panas tu baru dapt makan ...then ayam seekor kongsi sepuluh orng sebab ibu ade 8 beradik campur mak ayahnye=10 ornang...dan bukan senang nak dapat makan ayam,sebulan sekali pun susah (ana sekarang kat utp; hari2 mkn ayam,sampai jemu)..alhamdulillah


ibu suke bercerita,ibu kte kete dan rumah kami yang disewakan sekarang ni hasil ibu jimat cermat selepas ibu kawin dengan ayah, walau pun mase awal perkahwinan ayah kerja bawak trektor, tapi ibu ade simpanan sendiri...bila ayah dah bawak lori besa(lori tangki minyak sawit yang 20 biji tayar tu), gaji pun bertambah ... nak-nak lagi mase malaysia ade masalah bekalan air, ayah ditugaskan hantar air kat KL, mase itu ibu kate gaji ayah mencecah tiga ribu(mmg macam tu la tren gaji pemandu lori,rajin kerja byk gaji,xkerja xde la gaji)...ibu pun mula simpan lebih banyak..sampailah akhirnya dapat beli sebuah kereta proton saga, tapi baru tukar kereta sebab kereta tu dah agak nazak...yang lebih mengharukan ibu kate ayah nak tukar kereta tu sebab ayah kate senang nk hantar along kat perak...kereta lama tu takut sampai separuh jalan je.


apa yang ana bolah katakan , ana sendiri sebagai penghuni keluarga ini, ana dapat rasakan sesuatu yang lebih lagi dari status family ...kekayaan yang tiada nilai, harta yang tidak mampu dibayar biar pun dengan segunung emas atau selaut permata , kekayaan kasih sayang daripada kedua ibu ayah ana, bersyukur kepada Allah kerana Allah memanjangkan tempoh pinjaman kasih sayang ini pada ana dan adik2 ana...pernah ana dan adik2 nk pergi ke pakan Jasin menaiki moto...(3 orng muat je,abng kecik lg)...ayah n ibu ana tak benarkan...ana pujuk2 jugak akhirnye ayah ana jelaskan kat kami ... mereka takut kalu apa2 terjadi, mereka dah tidak ade anak lain ... sebaknye hati ana... tapi sempat jugak ana kta

"anak -anak kan pinjaman allah, bila sampai mase kena lah pulangkan "..ibu ana pun jawap
"eh, jangan macam tu long, ibu tak boleh..."ana pun paham...ibu terlalu kasihkan kami , permintaan kami selalu tertunai ..dan alhamdulillah kami adik-beradik ni paham kluarga kami ni tahap sederhana shaje jadi xpernah la nak mintak beli yng mahal2 (mase kecik lain kire>> selalu kene marah sebab masing-masing suke mintak yang bukan2;anak patung; jajan dll),sejak kecik kecilah ibu aja xboleh beli barng yang mahal2 dah besa,walaupun ibu tak marah tapi dah terbiasa(kecuali pasl buku ana xberkira sgt), kalu pasal baju raye, kami selalu meriah jugak sorng 3 4 pasang tapi ibu buat sendiri n kain yang kami pilh pun bukan la mencecah ratusan ringgit sepasang ,kalau 20-30rnggit sepasang tu pun dah dikira mahal pada kami(ibu lagi suke bali bundle->3pasang RM50->cari pulak kat Tangkak;syurga kain,lagi la murah)... ibu yang ajar untuk tak bermewah-mewah bila berbelanja (tpi ana kdng2 ikut perasaan juga->tapi tu duit sendiri la , tak berani pau ibu ayah) , kami juga diajar belanja barang murah2 tapi dapat byk...barang 2ringgit la kedai feveret kami...macam2 dapt..semua RM2 sahaja...(dah la kat jasin ade byk kedai 2ringgit)



ana sekeluarga sebenarnya baru sahaja berpindah ke Jasin ...gamba atas ni ruang dapur,baru je renovate...luas sebenarnye,boleh jadi trek ana adik beradik main keja2...ini rumah aruah nenek anak (ibu kepada ibu ana) sebelum ni ana dudk di negeri sembilan..serting felda..pulang kekampung selapas setahun ayah bersara daripada kerja dengan Felda...awal thun 2009 ana pindah(belum sethun pun) rumah ni pun bau cat lagi...



nak bercerita tantang kisah hidup kami,mmg xkan habis sampai esok pun...nak thu lagi ..tnggu mase ana free, sekarang ni exam week (org stay up stdy ana sty up tulis blog)...bukan ape ni kire spacial entry sempena hari-hari istimewa ana...inilah kisah kasih syang yang ana kate luar biasa..tapi ana pasti keluarga lain pun mcm itu...itulah tanda-tanda kekuasaan allah bagi orang yang memahami...Allah ar-Rahman ar-Rahim...lalu dari manakah datangnya kasih sayang ibu dan ayah jika allah tidak menghidupkan mereka untuk menyayangi anak-anak. "maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan"....

Comments

  1. terharu akak bace entri ni.

    btul kata isma,bkn kemewahan mengukur kebahagiaan hidup seseorang.

    walau apa pun keadaan kita,asal kita reda n sentiasa bersyukur,Allah akn tambah nikmah kpd kita.

    sama ada nikmat tu berupa kesihatan,anak2 yg soleh,kecemerlangan,kebahagian,kegembiraan,merasa cukup dgn semua nikmat Allah,dan mcm2 lg.


    =)


    pengorbanan mak n ayh kita terlalu banyak.
    insyaAllah,kita sbg anak berusaha yg terbaik utk bahagiakan mereka kelak.

    ReplyDelete
  2. teima kasih sebab sudi bace
    cerita sya yng pelik ni
    em...
    betol2..syang mak ayah
    n harap bile mereka dah tua nnati
    kite berkesempatan tuk jage mereka
    mecam mereka jage kite

    ReplyDelete
  3. Salam Isma...ermm..sampaikan ucapan selamat ulangtahun kelahiran pada ayh Isma keyh...semoga pnjg umo n mura rezki =)

    cheer up gurlz~~

    Aja! Aja! Fighting!!! (trademark sy)

    ReplyDelete
  4. anonymous....i'allah nnt dikirimkan segera guna pos laju...sape la yang aja! aja! fighting!!! ni

    ReplyDelete
  5. yups.. kalau teringt dulu kenangan masa kecik, mesti rasa bersyukur dapat ayah yg baik.. (tapi semasah kecik, xbersyukur coz masa tu xfaham lg..)

    ReplyDelete
  6. besar sungguh pengorbanan ibu dan ayah kiter..

    Allahurabbi kurniakan mereka kebahagiaan yg hakiki di dunia dan akhirat kelak..

    ReplyDelete
  7. betul2 mase kecik mintak macam2
    nak pergi jalan2 la
    kalau ibu janji nk pergi jalan2
    ingat dan mesti tuntu
    kalu ibu x bawak ..merajuk..
    ibu kate nak jimat duit..duit mkn duit minyak
    nnt lari bajet bulanan

    selalu jugak mcm tu..sampai kami dah pahm
    so ana bukan la kaki bejalan
    tq pade ibu yang aja ana xkuat bejalan

    pengorbanan mereka ni,,luar biasakn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...