Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

kenal lacturer

asslamualaikum maaf dah lame x update..busy dgn macam2 perkara dunia...berkaitan tajuk diatas,kejap lagi ana akan masuk kelas HSE, Dr Azimuddin..nak di jadikan cerita masa ana nk daftar tuk tajuk assignment, ade la seorang lacturer yang ramah tamah bertanye kapade ana nk pergi mane... ana jawap la seperti yang ana sepatutnye buat, die pun tany sape lacturer HSE tu..ana xthu name lactrer tu,nasib baik la ana tny kwan ana n die ade bg thu nam DR Azimuddin ni..and ana tulis dalam buku masa lacturer yang ramah tu tanye sape lacturer HSE, ana pun buka buku sebab xingat name die..ana pun sebut la nama Dr tu..lacturer yang ramah ni pun kate.."oo die tu baru kot,die xpenah mask kelas lagi ke?'" ana pun kate la tak..macam2 la kami berborak mase dlm lif nk pergi pejabat Dr Azimuddin ni..bile sampai depan pejabat tu,lacturer ni pun mintk tolong ana tampal kertas.. nak di jadikn cerite ..kertas tu adalah tajuk2 assignment HSE..memang sah2 la die Dr Azimuddin tu..maluny...

Sejarah Hari Valentine

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita...

Air Mata dan Tangisan

Duhai air mata yang sedang menangis.. Mungkin tika ini kau sedang bahagia,mungkin tika ini kau sedang berduka. apapun situasimu air mata mengenangi kelopakmu dan mengalir kepipi ialah anugerah Allah yang tidak terhingga. ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusili ketenangan jiwa. Bersyukurlah kepadanya kerana sehingga saat ini kau masih mampu mengangis. Aduh! Sungguhku hairan melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelamahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan, sedangkan Allah merakamkan mulia sebuah tangisan dalam firmanya "Dan mereka mensyukuri(sujud) dia atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk."(al-isra:109) Duhai air mata yang sedang menangis... Tahukah dikau jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya dijana oleh tubuh. air mata semula jadi boleh membuangnya. otak pula bekerja membuang bahan-bahan kimia daripada air mat...

khutbah jumaat 5 feb

assalamualaikum ni bukan ana yang pergi khutbah jumaat,ana copy and paste dari email ditulis oleh izhanoorzi tajuk lebih kurang: integriti ulama' dan umara' Ulama'; jama' kpd 'alim; org yg mahir; pakar dlm sesuatu bidang cthnya bidang agama; dlm hadis ada menyebut, mereka ini spt bintang; dijadikan pedoman di lautan dan di daratan Umara'; jama' kpd amir; penguasa, pemimpin yg menerajui tampuk pemerintah sesebuah negara dlm konteks negara penguasa akn bahgia jika rakyat di bawahnya bahagia, dan penugasa celaka akan menjadikan rakyatnya celaka nauzubillah bagi penguasa, jangan hidup bermewah-mewah, rakyat akan ikut Ulama' dan umara' perlu bersikap amanah dan jujur rakyat rosak kerana umara'; umara' rosak kerana ulama'; ulama' rosak kerana harta [imam al-Ghazali rahimahullah] islam menganjurkan cara hidup yg menyeluruh umara' perlu tunaikan janji, tahan risiko, x boleh ambil kesempatan atas kepentingan diri se...

Rancangan Infotainmen papar maklumat berunsur negatif

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengemukakan fatwa mengharamkan Infotainmen, rancangan hiburan yang ditayangkan di televisyen Indonesia dan ditonton berjuta peminat terutama wanita, berikutan kandungannya yang tidak membangun minda dan tidak mendidik. MUI melalui ketuanya, yang juga Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (NU), Hasyim Muzadi memberi beberapa alasan mengapa Infotainmen diharamkan. “Kami membuat penilaian ke atas Infotainmen berdasarkan kandungan dan pengisian rancangannya. Jika kandungan rancangan dipenuhi gosip, melaga-lagakan antara satu sama lain, menghancurkan kebahagiaan rumah tangga orang lain seperti yang dilakukan Infotainmen, ia amat dilarang agama,” katanya. Hasyim turut merujuk hasil Mesyuarat Kebangsaan Alim Ulama NU di Surabaya pada 2006 yang sudah mengharamkan Infotainmen berikutan kandungannya dipenuhi gosip, fitnah dan khabar angin. “Kes pertelagahan antara aktres Indonesia, Luna Maya dengan Infotainmen wajar dijadikan contoh bagaimana pr...

taubat sang pemalas

Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda. Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini. “Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat. “Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta. “Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu. “Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau. “Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab. “Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu. “Itu ...

dugaan ALLAH

Bertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu Biarpun keruh air di hulu Mungkinkah jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya