Skip to main content

salam ukhuwah

Alhamdulillah harini allah memanjangkan lagi umur dan melimpahkan lagi rezekinya yang banyak lagi halal kepada ana dan mereka-meraka yang terlibat pada hari ini. Harini boleh dikatakan hari ana menyempurnakan tanggungjawap ana sebagai hamba allah yang menyampaikan seperti minggu-minggu yang sebelumnya .

Pagi dimulakan dengan tragedi pergi meeting lewat setengah jam, atas sebab-sebab yang ana sendiri tidak boleh terima[ yang pasti bukan sebab lewat bangun tido], jadi kifarah 1000 istighfar atas kesalahan sendiri...syukran kepada bunga mawar yang teman ana pergi meeting.

Agenda diteruskan dengan usrah lajnah yang sepatutnye bersempena majlis perpisahan AJK Lakad yang bakal berpindah ke matrik[seday],malangyne orang yang dirai tidak dapat hadir,tapi agenda mengeratkan ukhuwah sesama ajk tetap diteruskan..walaupun ajk yang hadir sorang je [lillahitaala]

Kemudiannya menyambung tugasan untuk menyempurnakan usaha dakwah kepada adik-adik yang baru masuk ke UTP januari 2010 baru-baru ini...Ringkas sahaja agendanya, makan-makan sambil menceritakan pengalaman ana sepanjang berada di UTP [ana paling lambat habis makan sebab paling banyak bercakap]...ana harap dengan perkongsian pengalaman itu , adik-adik dapat rasa nikmat manisnya iman yang ana rasa sekarang...

Langkah disusun ke satu lagi program sampai ke petang...

Ikan Siakap

"assalamualaikum izzati, awak kat mane??"

"kak isma zati dah ade dalam kereta dengan syafiqah ni" kedengaran suara adik usrah dihujung talian.

"eh, iye ke...okey-okey akak datang ni" ana pun segera mencabut wayar charger Sony Ericson G502 lalu bergegas keluar dari surau V4 dengan sorang lagi adik usrah ,zaimah.. menuju ke kereta myvi silver di hadapan kafe v4...

Nak dipendekkan cerita... tung tang tung tang...sampailah kami ke sebuah kedai makan yang ana panggil 'kedai basikal', sebab dihadapan pintu masuk kedai tu ade 2 buah basikal tua..tapi nama sebenarnya 'restoren kelasik' [kalau xsalah bace dan xsalah eja]...

Usrah dimulakan seperti biasa, dengan tazkirah dan disambung dengan pembentangan isu semasa oleh izati dan syafiqah [tadarus di skip]..tidak lama selepas bermulanya usrah rose pun sampai dengan skuter anggunnye [rose naqibah yang dipairkn dgn ana untuk menghandle usrah ni, tapi die lagi mantop>>(^^) xperlu ade pair pun xpe ]...dah cukup korem [maknenye dah cukup orang] kami pun terus order makanan..

Usrah disambung lagi dengan perbincangan berkaitan isu semasa, bertalu-talu soalan diajukan oleh adik-adik... ana dan rose menjawap sekadar yang yang mampu berbekalkan ilmu yang sedikit ni [eh, tapi rose banyak rasenye..ke rose goreng (^^) just kiding] alhamdulilalh semua soalan dijawap beserta dalil-dalil yang sepatutnye..

Ana suka bila ade soal jawap ni, sebab ini tandenya adik-adik usrah faham ape yang kami sampaikan...Selepas 15minit menunggu makanan sambil bersoal jawap, akhirnya makanan pun tiba [teke sape yang senyum paling lebar bile tengok makanan ?? bukan rose tapi ana, lapar sebab banyak sangat bercakap harini]

Makanan yang paling last dihidangkan ialah Ikan Siakap...kami dikejutkan dengan kehadiran ikan yang saiznye sebesar laptop ana [xde la besa mane pun, cume seingat ana tu ikan paling besa ana pernah baham]...tahniah kepada pihak kedai kerana hasil tangkapan yang memberangsangkan [padahal beli je kat kedai ]

Keberkatan ukhuwah

Masing-masing berkongsi pengalaman dalam keluarga , pahit mahu pun manis...banyak lagi rupanya perkara yang tidak dikongsikan didalam usrah sebelum ini...cuma yang ana terkilan sebab sorang adik usrah kami tidak dapat hadir sebab pulang kerumah...tapi apa-apa pun mungkin ini antara cara mengendalikan usrah dan sekali gus menyelami hati mad'u..

Alhamdulillah, ini usrah yang paling best ana pernah handle, bertemankan partner yang sememangnye rapat dan kamcing dengan ana [rumate jangan jeles], kami dapat rase kekenyangan kami pade petang itu bukan semata-mata kerana makan yang mahal ,tapi berkat ukhuwah antara insan yang tulus untuk memberi dan ikhlas menerima ilmu..

Namun perkara yang perlu dititik beratkan adalah, naqibah sendiri perlu berlapang dada dan terbuka untuk berkongsi pengalaman sendiri...apa yang baik dijadikan teladan dan yang buruk itu sama-sama kita jadikan sempadan...

Menjadi seorang naqibah, bukan perkara yang mudah, tapi apabila hati diIkhlaskan kerana allah pastinya akan dibantu olehNya untuk mempermudahkan urusan...Tidak dinafikan , kadangkala rase keterpaksaan dan kepenatan membaluti hati, namun mujahadah yang tinggi perlu diteruskan...

Nasihat untuk diri ana sendiri yang serba kekurangan...


ikan siakap yang telah dibaham oleh 5 ekor harimau


pinggan licin : bukti tahap kelaparan yang maksimum

dapur elektrik : ni kat asrama, masak sambal je boring
tapi sambal orang melake sedap tau
lain dari yang lain

maaf ana sempat ambil gambar makanan yang dah habis dimakan je
sebelum makan tak ingat nak ambil
bukti kedua ...lapar

Comments

  1. salam ..
    menziarahi blog adik SESeRI..

    salam ukhuwah..;)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    emm, lawa gmbr. clear palk tu. :) heheh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...