Skip to main content

Adik saya ialah abang


"ibu tak belikan abang ape-ape ke?"

"eh, kenape nk belikan ape-ape untuk abang?"

"harini kn hari jadik abang.."

macam itulah perbualan adik dan ibu ana. Menurut ibu yang ana call pagi ini, si abang yang merupakan adik bongsu ana ni termenung je sebelum ke sekolah tadi .. mungkin kecewa kerana kakak-kakak die tidak call untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke-10 kepadenye ..


serba sedikit tentang insan comel yang hadir menambahkan keceriaan dalam rumah kami 10 tahun lalu ini .. Lahirnye di hospital seremban dengan penuh tragis , kelahiranye adalah pengalaman yang saya tidak boleh lupakan [ walaupun bukan saya yang melahirkan ] kerana ketika itu ibu yang sepatutnye dijangka melahirkan abang di hospital kuala pilah tiba-tiba terpaksa dikejarkan ke hospital Seremban kerana masalah yang saya pun tidak tahu.


Alhamdulillah, ibu akhirnye selamat meelahiran anak lelaki yang sangat dinanti-nantikan oleh ayah ini . Hero tunggal dalam keluarga kami ini diberi nama Azmil Yusof . Kate ibu, biarlah die ni hensome macam nabi yusof, i'allah ... Antum rase hensome ke tidak?? [ ana xreti nak jawap ape]


Alhamdulillah setelah dua kali percubaan call untuk bercakap dengan cik abang ni, akhirnye dapat jugak berbual dengan dia selepas maghrib tadi..nada suaranye kurang ceria... sebak hati ini mendengar bahawa tiada siapa yang memberinya hadiah...

"Along mintak maaf sebab along ucap lambat, xpe ke along tak dapat bagi hadiah ni ?" saya bertanye

"xpe..."abang menjawap sepatah, sebesalah saya dibuatnye..macam mane nk pujuk ye..

"abang...harini hari jadik abang kn" saya bertnya sekadar untuk memastikan die masih berada dihujung talian

"em..ape kata abang semayang hajat lepas sembahyang isyak ni, buat sembahyang macam biasa tapi 2 rakaat je, mintak la ape-ape kat Allah..ucapkan terima kasih jugak pade Die sebab dah benarkan abang hidup 10 tahun..boleh ??"

"emm..yelah.." saya pun tidak pasti sejauh mane cara saya ni berkesan pade budak berumur 10 tahun, nampak gayanye kakak die ni melayan adik bongsunye seperti orang dewasa..bukan ape,tapi besar harapan saya supaya adik lelaki ana yang tunggal ni membesar dengan didikan agama yang cukup dan dekat dengan Allah.

Andai kate die tak buat solat hajat tu, tidak ada perkara besar yang perlu ana rungsingkan... Sekurang-kurangnye die dah pernah dengar perkataan solat @ sembahyang hajat dalm usia yang saya kira muda [ sebab saya umur 10 thun tu xthu menahu pasal solat hajat, nak UPSR baru tahu]..

Perkara yang lebih penting untuk diketahui ialah , Allah adalah pemilik hati-hati manusia, Dia yang memberi hidayah kepada hamba-hamba yang dikehendakinye..jadi tidak mustahil kanak-kanak beusia 10 tahun menjadi lebih warak daripada orang dewasa berusia 20 tahun .


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Surah Yunus, ayat 57)

Comments

  1. salam.

    alala.. sweetnya soaln. haha. azmil yusof x hensem tapi comel,:) mngkin sbb muka budk2 lg kot. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...