Skip to main content

Tarbiyyah OOP



"Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[ ali-imran : 26 ]

" ani [bukan name sebenar] coding oop jadik tak?" tiba-tiba timbul satu mesej gtalk daripada seorang kawan, bertanyekan perihal project Object oriented programming (oop) yang akan dibentangkan tidak berapa lama lagi.

" alhamdulillah boleh 'run' stakat ni , aisyah [juga bukan name sebenar ] punye oop ok tak? " si kawan ni menjawap sekali gus bertanye dengan penuh rase aneh.

" erm, tak boleh 'connect' dengan 'database', seday ni " si kawan mengadu, walaupun perbualan melalui alam maya tapi si kawan ini benar-benar rasa simpati.

" xpe aisyah, boleh punye tu, sabar je dulu ae..solat la hajat atau dhuha dulu sebelum pergi, mane tahu Allah bagi keajaiban lepas solat tu " nasihat si kawan dengan penuh pengharapan agar si kawan tadi itu mendapat pertolongan Allah.

" erm..i'allah, thanks ani :) " sebuah senyuman terpapar di skrin komputer, walaupun hakikatnye si kawan itu pastinya tidak mampu tersenyum memikirkan masalah projectnye yang bermasalah, tetapi harus dibentangkan kepada GA sebentar lagi..

Allah Maha Kuasa

macam itulah kisahnye dunia .. ada yang gembira dan ada yang akan berduka, namun semuanye datang dari allah yang maha memberi..

" Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. "
[al-an'aam : 73 ]

Ironinye ada project yang telah lama diusahakan akhirnya ditakdirkan oleh Allah untuk tidak berjalan seperti yang telah di programkan . Maka bersedihlah hamba Allah ini mengenangkan hasil kerjanya yang tidak menjadi . Dalam masa yang sama, ada hamba Allah yang ditakdirkan projectnye berjalan lancar bersorak gembira , bertepuk tangan meraikan hasil kerja yang memuaskan.


Subhanallah, alhamdulillah, allahhuakbar.. Dimana letaknya Allah ketika kedua-dua perkara ini terjadi .Project yang berjaya dan yang kurang berjaya mahupun tidak berjaya datangnya dari Allah. Percaya atau tidak, Allah yang maha kuasa boleh sahaja untuk mentakdirkan tatkala project oop yang diusahakan siang dan malam itu , berjalan lancar sepanjang proses pembikinannye namun apabila berada dihadapan untuk dibentangkan maka programnya tidak menjadi dan tidak mahu langsung beroperasi . Allah juga mampu membuat project yang sentiasa bermasalah ketika pembikinannye tanpa disangka-sangka berjalan lancar ketika hari pembentangan tersebut . "maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"

Allah mampu jika Dia berkehendak.. sama kisahnya sebagaimana serikandi suci, Mariam yang mengandung tanpa pernah berkahwin, melahirkan seorang nabi walhal dirinya tidak pernah disentuh oleh lelaki...

Jika Laut Merah yang luas itu, Allah mampu untuk membuatnye terbelah sehingga boleh menyelamatkan nabi musa dan pengikutnya, maka apatah lagi komputer buatan manusia ini, boleh sahaja diperintahkan oleh Allah untuk tidak memproses sebarang program yang ada didalamnya...

Kesimpulanya, syukurilah nikmat yang diberikan. Kejayaan bukan tanda kehebatan, tetapi ujian dari Allah, untuk melihat sejauh mana hambaNya itu kembali dan berterima kasih kepadaNya . Kegagalan pula bukan bermakna Allah tidak peduli akan hambaNya, tetapi untuk mengangkat darjat hamba-hambanya yang bersabar.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
[al-imran : 286 ]



Comments

  1. topik menarik, teruskan menulis!

    ReplyDelete
  2. ade satu kumpulan ni..xwat pe2 lagi..

    bermulanya apabila keesokan tarikh perbentangan.Mereka buntu. Tetapi dengan usaha yg kaw2 nya..mereka dapat siapkan..

    dihari perbentangan.satu masalah berlaku..

    "asal x kuar???"kata A kepada B.Mereka pening memikirkannya..

    ada beberapa result tidak dpt dikeluarkan dengan lengkap.mungkin salahnya pada coding.Mereka pun cuba sedaya upaya utk mengubahnya.Tekan RUN..

    hasilnya sama juga ,tidak jadi..

    akhirnya..nama mereka dipanggil..utk perbentangan..mereka pasrah..yg tidak lengkap ,biarlah..semasa perbentangan mereka sudah memikirkan akan ketidakjadian result itu dan memberitahu tutor yg bertugas.

    Dengan kuasa Allah..semasa membentangkan mengenai kekurangan itu..TIBA-TIBA benda itu berjalan dengan lancar dan dapat mengeluarkan result dengan lancar..

    Ya,Allah..kedua2 ahli kumpulan terkejut..dan sangat terkejut!..

    Tiba-tiba work pulak..so itu la dia.Allah akan sentiasa memberi yang terbaik kepada hambanya.Walaupun kita ini hamba,Allah tetap memberi sebanyak yg mungkin dan mahukan hambanya berada jalan yg betul..

    ada usaha,ada la hasilnya..


    [ini seorang hamba allah mereply dibawah tread yang ana post dalam google group kos ana...hebat-hebat kuasa allah]

    ReplyDelete
  3. subhanallah..
    Allah lah yang maha kuasa atas tiap2 sesuatu..

    ReplyDelete
  4. Hehe~ teringat mase akk pnye presentation Projek OOP dulu2...bersengkang mata tak tido malam tu nk siapkan (dengan Kak Huda)...buat sama-sama dgn satu lagi grup. Mase tu tgh tak terrer programming.

    Kebetulan pagi nk kene present, grup satu lagi dapat buat projek lagi bagus daripada kami. Kami pnye tak siap pon...last2 tawakal je present yg tak siap. End up, kami punye markah projek lagi tinggi compare dgn grup yang buat sama-sama tu...

    Allah Maha Pemurah...bile Dia nk bagi...Dia akan bagi...

    ReplyDelete
  5. salam..
    setelah merayu untuk dikomen, maka ana pun mengomen la disini.. hehe..

    amat bagus kalau kita dapat relate-kan kita punye akademik dan keadaan sekeliling kita dengan Islam dan kuasa Allah swt. Dengan kita yang sekarang ini diselubungi dunia sekular (akademik sekular, politik sekular dll), amatlah wajar untuk kita mengambil masa sejenak merenung kebesaran-Nya..

    Bak judul album NowSeeHeart,
    berjalan, melihat, mentafsir.. good post!

    ReplyDelete
  6. k.ina>> alhamdulillah kuase allah tu, berkat usaha yang diredhai allah, lagipun akk ngan kak huda mase tu mesti busy dgn gerak kerja RM dan lain-lain lagi.. saya dah rase dah, 2 benda kene buat dalam masa yang sama dan dua-duanye penting

    azalakapoor>> tiade istilah merayu, ana "menjamput" semua sahabat-sahabat ana untuk mengkomen..btw thanks keran sudi komen

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...