Skip to main content

Kelantan bakal laksana 90 hari cuti bersalin


KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE).

Program ini turut mendapat kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan.

"Kerajaan negeri menyokong usaha ngo ini khususnya bagi mendapatkan tandatangan 1 juta rakyat di negara ini untuk dihantar pada Perdana Menteri bagi membolehkan ianya dilaksanakan di negara ini,"ujar Ubaidah lagi.

Kelantan sebelum ini menjadi negeri perintis memperkenalkan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya turut dipakai di peringkat pusat.

"Mungkin kita agak terkebelakang dari soal ini, sebab Kelantan telah menjadi perintis pada cuti bersalin 60 hari yang bertama di negara ini," katanya.

Sambungnya, jika ianya dilaksanakan di negeri ini, kakitangan awam khususnya di bahagian sokongan akan mendapat manfaatnya, memandangkan 90 peratus tenaganya terdiri dari kaum wanita.

Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden NUBE Malaysia, Daufkafli Nor Ghazali, Pengerusi Persatuan NUBE Kelantan, Azhar Yusof, Dr Rosnani Mohammad dan Penolong Kanan Sek Men Agama (A) Amir Inderaputera, Ustaz Nasir Mohammad>



"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
mane yang lebih bertepatan dengan slogan diatas , beri 90 hari cuti bersalin untuk pekerja wanita meluangkan masa dengan anak yang baru dilahirkan , yang penting sebagai generasi yang akan meneruskan pembangunan negara ke.... beri lesen judi bola supaya dapat megelakkan gejala judi terus berleluasa walhal judi tetap akan ada walaupun tanpa lesen??

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

Masak memasak

Bab memasak bukan la menda yang simple bagi aku. Salah satu sebab ialah aku sejenis yang tak suka makan masakan sendiri. Bile tak selera nak makan, maka tertutuplah selera untuk memasak. Tapi, sebb anak-anak aku rase aku dah kne ubah mindset itu. Anak-anak dah besar perlukan zat dan makanan yang sihat. So you like it or not. Masak lah dengan niat amanah dan ibadah untuk keluarga.. Insafnye la ape yang aku tulis ni.. Not easy, but insyaallah it worth. Allah tahu kamu struggle lawan nafsu kamu yang malas masak tu.. Sampai boleh nangis sebb masak je.. Ape la