Skip to main content

Lagu Duniawi ??

Dalam kepening lalatan membuat project OOP [object oriented programming], kedengaran suara rumate menyanyi, em..dalam hati "dengar lagu sedap jugak ni" sebenarnye dari tadi lagi nak dengar lagu tapi takut menganggu rumate yang sejak tadi senyap menghadap komputernye.

Maka tetikus digerakan kearah music folder..."nak dengar lagu yang tenang ke macam mane ek".."tekan je la ikut sedap hati"...ana bermonolog sendiri...'sebelum cahaya dari letto menjadi pilihan tetikus ana...layan

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Chorus

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus

sambil dengar sambil buat OOP..tiba-tiba

"isma , jom kita dengar lagu-lagu duniawi sikit.. " rumate bersuara

"duniawi ?!!" ana sedikit kepelikan dan terkejut...tapi sebenarnye lucu dengan statement tu...seolah-olah mengeletek pencrease ana..lucu bukan main-main..

lagu duniawi..erm mungkin selama ni bilik kami suka layan nasyid dan lagu-lagu yang berkait dengan ukhrawi kot..tapi pendapat ana sendiri..tiada salahnye nak layan lagu yang rumate ana gelarkan sebagai "lagu-lagu duniawi"...as long as bertepatan dengan garis yang telah ditetapkan oleh islam

panduan lirik dalam islam

i.Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.


Bijak Mentafsir

Lagu letto -sebelum cahaya ni, alhamdulillah menepati syarat-syarat di atas . Malah jika diperhatikan lagu ini juga seolah-olah bercorak ukhrawi. Cahaya yang ana dapat tafsirkan mungkin adalah hidayah Allah dan lirik lagu ini banyak menggunakan unsur-unsur alam yang jika di perhatikan memberi ketenangan dan keinsafan berdasarkan unsur alam iaitu "angin yang berhembus" dan "embun yang bercahaya"... [mengalahkan sasterawan je ana mentafsir]

jadi nak dengar lagu atau nak berhibur tu tidak salah, tapi kita yang harus bijak memilih...Namun demikian sebaik-baiknya pilihlah lagu yang dapat mengingatkan kita pada ALLAH..."Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"..

"eh, kate nak dengar lagu duniawi.."rumate bersuara lagi tatkala terdengar lagu maher zain dari laptop ana...lucunye la sahabat ana yang sorang ni

"aku tak de lagu duniawi yang sedap-sedap la"...ana menjawap dalam keadaan ketawa yang tak habis lagi....

macam tu la ragam penduduk v4a-s1-6....gelak sokmo...


Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

Masak memasak

Bab memasak bukan la menda yang simple bagi aku. Salah satu sebab ialah aku sejenis yang tak suka makan masakan sendiri. Bile tak selera nak makan, maka tertutuplah selera untuk memasak. Tapi, sebb anak-anak aku rase aku dah kne ubah mindset itu. Anak-anak dah besar perlukan zat dan makanan yang sihat. So you like it or not. Masak lah dengan niat amanah dan ibadah untuk keluarga.. Insafnye la ape yang aku tulis ni.. Not easy, but insyaallah it worth. Allah tahu kamu struggle lawan nafsu kamu yang malas masak tu.. Sampai boleh nangis sebb masak je.. Ape la