Skip to main content

Mahu atau tidak


Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian daripada apa yang ana sempat baca dalam waktu-waktu kritikal sebagai salah seorang pelajar yang sedang menduduki final exam. Insyaallah doa-doakan kejayaan ana. Exam kali ini tidak kurang pentingnye [mane ade exam xpenting kan? ] .. sebab result ini yang akan melayakkan ana melangkah ketahun dua [mude lagi] pengajian di UTP.

Kata-kata As-syahid Imam Hasan Al-banna yang ana ambil dari buku Jalan Ke Hati tulisan Abbas Al-Sa'isi menyebut ; " Jika diletakkan di hadapan kamu dua biji buah, satu yang manis dan satu yang masam, maka bagaimana kamu dapat membezakan mana satukah yang manis dan mana satukan yang masam?Jawapannya, nak atau tidak pastilah dengan merasa kedua-dua buah tersebut barulah dapat kita dapat membezakan buah mana yang manis dan buah mana yang sebaliknya.

Mesej yang ingin disampaikan disini ialah kepentingan kite berusaha bermujahadah mendidik diri untuk merasai kemanisan iman kurniaan Allah. Hidayah, Allah diberi kepada orang-orang yang berusaha kearahnye bersungguh-sungguh.

"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."
[al-baqarah : 269 ]

Namun tidak dinafikan, seringkali diri kite lelah melawan nafsu yang memujuk untuk bersenang-lenang...syaitan pula meriah memalu gendang mengoda manusia supaya lalai dari mengingati Tuhan...Berbagai helah dah alasan yang dicipta 'kononnye' untuk melapaskan diri daripada menunaikan tanggungjawap terhadap Allah..

"erm..nak turun surau ke tak ni aek??erm..ade keja nak buat malam ni..tak pe la, esok2 pun boleh, lagi pun luse exam, xbace lagi" walhal masa antara maghrib dan isyak begitu pendek, satu topik pun belum tentu dapat dihabiskan..

"eh, mane sempat solat dhuha..kelas mula pukul 8...abis pukul 1 dah lewat tu nk solat dhuha" walhal dhuha dah boleh mula dibuat lebih kurang 1jam selepas subuh . Pernah ke subuh jam 7 pagi ??

"ade meeting kejap lagi ni,bace Quran tu nanti lepas meeting ke"
selesai meeting "eh, quran pulak tak bawak..."

"semalam meeting habis lewat tu yang tak dapat bangun Qiam"
dalam seminggu itu , xkn meeting habis lewat setiap hari
"a'ah setiap hari ".
tapi kalau tidur di masjid resenye mesti ade orang yang akan kejutkan..
"erm, masjid tu jauh, xde kenderaan"

Persoalannya disini. Kita mahu atau tidak merasai kemanisan iman itu. Mahu atau tidak kita bezakan mana satu buah yang manis lalu terus menjamunya atau melihat orang lain dinikmati buah yang manis itu. Pilihanya berada ditangan kita.

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit. "
[at-taubah : 38 ]


Comments

  1. salam..gud post isma..
    point yg baik dan bermanfaat.
    juga satu sesi muhasabah utk kita(pembaca n penulis) renung2kan..
    syukran..

    ReplyDelete
  2. wsalam(^_^)..alhamdulillah semoga kite same-same ambil pengajaran

    "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung."
    [al-imran : 104]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...