Skip to main content

Doa kepada Allah

Assalamualaikum w.b.t

Lama rasenye ana tidak menulis dan mengupdate blog...Alhamdulillah minggu exam telah pun tamat semalam, [i'allah hari ni ,kejap je lagi akan check out dari UTP]...doakan ana mendapat result yang terbaik untuk diri ana...Ana teringat pesan seseorang [lupa sape orang tu] kalau kita nak minta pada Allah jangan minta...

"ya Allah aku nak Dean List, bagilah aku jadi engineer petronas..dll"

sebaliknya mintalah

"ya Allah berilah aku result yang terbaik untuk diriku, dan rezeki yang diberkati"

Kerana apa?? kerana tidak semestinye Dean List itu terbaik buat kita boleh jadi yang sebaliknye itu adalah yang sebaliknya itulah yang terbaik untuk diri kita..mungkin jika kita Dean List kita akan riak, takbur, sumah dan lupa akan Allah. Jadi Allah kurniakan kita 3 pointer sahaja sebab Dia nak kita selalu dekat denganNya. Jadi Doa yang seperti itu akan membuat kita lebih tawakal dan berserah kepada Allah.Yakin dengan janji Allah serta berbaik sangka dengan Allah bahawa apa jua keputusan yang kita perolah adalah yang terbaik untuk diri kita.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
[al-baqarah - 216 ]

Tawakal

Hal ini berkait juga dengan konsep tawakal. Kata panulis terkemuka Amru Khalid di dalam kitabnye yang bertajuk "hati sebening mata air", tawakal itu ibadah hati ; dan tidak berkaitan dengan anggota badan. Anggota badan kita [ kaki, tangan, lisan ] harus bekerja keras seolah tiada tawakal . Sedangkan hati kita tidak memperdulikan keberadaan anggota badan itu, sehingga tidak akan memikirkan hukum sebab akibat dan hanya berkait dengan Allah.

[tiba-tiba satu mesej masuk..]ana nak tulis panjang lagi sebanarnye, tapi seruan jihad telah tiba...i'allah nantikan smbungan kisah tawakal tulisan Amru Khalid ni ..


Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...