Skip to main content

pokok-pokok



Ciptaan Allah amatlah hebat. Semasa dalam perjalananku dari Kuala Nerang ke Alor Setar, aku melebarkan pandangan ke luar jendela. Aku melihat pokok dan tumbuh-tumbuhan lantas aku terfikir ;

" Apakah yang istimewanya pokok ini? "

Aku ingin menjadi seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan yang sanggup bersusah payah untuk kehidupan manusia dan makhluk lain. Aku juga ingin mencontohi sifat pokok yang tidak mementingkan diri dan sanggup berkorban untuk makhluk lain tanpa mengharapkan balasan apabila memberi walaupun sering disakiti.


Aku kagum apabila memikirkan keindahan ciptaan Allah. Aku kagum apabila berfikir tentang pokok. Pokok dan tumbuhan memerlukan Karbon Dioksida untuk menghasilkan Oksigen. Alangkah baiknya pokok yang sanggup menahan terik matahari untuk melengkapkan ‘ proses fotosintesis' dan sanggup berpanaskan matahari untuk menyediakan tempat berteduh dan berehat untuk makhluk lain. Pokok rela berkorban untuk makhluk lain.

" Tetapi manusia? "

" Sanggupkah kita berbuat demikian? "

Tabahnya pokok walaupun keseorangan namun tetap meneruskan hidupnya. Walaupun sering dilukai namun pokok tidak pula membalas dengan keburukkan bahkan dibalasnya dengan kebaikan. Pokok itu setia berdiri teguh di situ. Ingin aku contohi kesetiaan pokok itu.

Seringkali kita melihat manusia mencari pokok sebagai tempat berteduh daripada panas mentari kemudian apabila keadaan tidak panas lagi mereka akan beredar meninggalkan pokok itu keseorangan.

Begitulah sikap kita. Apabila kita memerlukan sesuatu maka kita akan mencari. Namun, apabila kita sudah memperolehi perkara yang kita inginkan kita akan meninggalkannya. Pokok pula sentiasa berada di situ apabila kita memerlukannya, sentiasa setia untuk menolong dan menemani kita walupun kita sering melupakannya dan sentiasa ada sewaktu kita memerlukannya.

Sebenarnya pokok itu mengingatkan kita kepada pencipta kita, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita mengetahui bahawa Allah sentiasa ada untuk yang mencari-Nya dan sentiasa membantu hamba-Nya. Apabila kita amati kejadian atau fenomena alam dan berfikir maka kita akan mennyedari tentang kewujudan Allah.

Comments

  1. satu yang akak suka perhatikan..

    warna daun yang hijau, tetapi begitu mcm beza hijaunya. ada yang hijau terang, hijau gelap, hijau kekuningan, hijau pucuk pisang, dll..pendek sungguh akal manusia kalaulah kita yang mewarnai alam..

    semuanya pokok, tapi setiapnya berbeza secara tersendiri. ada yang berdaun lebar, bentuk dahan yang seperti payung/awan bergantungan, lurus menjulur ke langit, melekat di bumi dsb, sehinggakan objek yang secara umumnya dikenali sbg pokok, mampu kita bezakan mengikut jenis-jenis yang pelbagai dengan bentuk dan rupa yang tersendiri...subhanallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

TAHNIAH

Terima kasih kepade semua yang mengingati hari lahir ana,yang bg hadiah,tq BITS dgn pos yang panjang dan berderet2 , sahabat seperjuangan UPSIDEDOWN (berkat hari lahir dapat jugak join gg), syukran kepada yang wish kat facebook, kat friendster , thanks jugak pade yang post lagu bestday mira dan lain2, pos gambar2 kak.ab kak.shida, yang mesej seawal 12 mlm (tapi ana dah tido),kawan2 lame kat sekolah rendah n sekolah menengah dulu, arigatok kepade haousemate yang masak macam2 tuk buka puase semalam(kenyang sgt!!), sori sebab lauk semalam xjadi sgt asam jawe terlebih(tapi tetap kenyang) , Grasais to ibu ayah adik-beradik yang call pagi2 lepas subuh je dapat call dari ibu (sebab ayah dapat kredit bonus hari jadi>>free) TERIMA KASIH kepade ibu sebab sudi lahirkan along..alhamdulilah ana beruntung jika nak dibandingkan dgn bayi2 yang ditiggalkan oleh ibunya dalam tong sampah ditepi surau,masjid ,dicampak dalam parit atau sungai ,dibalut dalam plastik dan di sumbat dalam luban...