Skip to main content

Janji yang Pasti



“oak..oak..oak..”kedengaran bunyi burung dari semak belakang rumah ana pagi ini.

“teka, burang ape tu long?” soal abang kepada ana yang sedang asyik membaca buku Discovering Wildlife The Ultimete Fact File

“ em..ape aek..macam bunyi burung gagak kot ”ana meneka

“betol...”

“orang dulu-dulu kate, kalau bunyi gagak ni ade orang nak meninggal..” ibu yang kelihatan sedang sibuk menjahit baju tempahan [ 3 hari lagi nak raye ni, risau ibu tak siap baju orang ] mencelah.

“ o0o ae..”ana mengiyakan tapi hati “ ni betul ke takni ”

*****

Keluar dari bilik air, mata ana terarah pada seseorang berbaju putih berkain batik dan berserkop putih dihadapan rumah, sedang berborak dengan ibu.

“sape tu..” hati bertanye sebentar “o0o nenek Pati” ana menjawap sendiri dan terus berlalu menuju ke bilik.

“ha!....kak long..kan betul ibu dah kate tadi, ade orang meninggal..nenek Pati kate orang tu duk kat rumah awam sane tu” ibu memberitahu ana,sekaligus mengbantutkan langkah ana .

“ye ke inalillahiwainna ilaihirojiun. Sakit ape bu?”..ana bertanye dengan rase hiba

“entah..semput katenye..mude lagi long, baru 47..” ibu memberi tahu.

*****

Inilah , perkara yang harus kita fikirkan setiap hari dan setiap saat. Kita hidup sentiasa membilang hari untuk bertemu dengan mati tanpa kita sedari. Tatkala kita bersendirian dimalam hari, berjalan didalam keadaan malam yang sunyi dan gelap terbayangkah kita akan keadaan kita dialam barzakh kelak. Berbekalkan segala amalan yang kita himpunkan selama ini, hotel berapa bintang yang mampu kita miliki di alam barzakh nanti?

Kita impikan mahligai indah yang selesa kita duduki dialam sana. Ruang luas yang tidak menyesakkan dada. Teman yang baik paras rupanya sentiasa bersama kita yang ketika didunia kita baca dan hayati isi kandungannya. Cahaya yang menjanjikan ketenangan jiwa yang selama ini hidup terpenjara didunia. Persoalanya bagaimana amalan kita ? sedekah, jihad dan pengorbanan kita, ditakuk yang mana?

Terkadang terbayang diri ini disiksa didalam kubur yang sempit, ditemani kalajengking, ular-ular berbisa dan ulat yang menjijikkan. Lantas air mata mengalir, takut akan disiksa secukupnye dibarzakh. Hati tunduk mengenangkan dosa-dosa silam,maka dikerah jiwa dan raganya memohon ampun kepada Yang Esa. Alhamdulillah, hati masih lagi lembut dan berdaya bermunajat memohon ampun kepadaNYa.

Sedih, air mata yang mengalir hanya seketika. Esok kembali senario kehidupan seperti biasa. Masih lagi setia dengan dosa-dosa lama.Ibadah yang tidak dijaga, malu semakin nipis membaluti imannya. Aurat dan paras rupa yang indah menjadi kebangga diri. Amanah dan tanggungjawap yang dipikul seperti tiada harganya. Lupa akan Pencipta yang memerhati kekufuran yang dipertontonkannya kepada sekalian manusia. Lupa akan diri yang diperdaya dengan keindahan dunia.

“tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)



Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2


Kembali Oh Kembli, Kembalilah Kedalam Diri...masih tidak terlambat untuk kita perbaiki diri dan amalan. Maha Pengampun dan Maha Penyayang Allah pasti akan menerima kite, tatkala tiada lagi manusia yang mahu menjadi teman, namun Allah Akan pasti terima. Renungkan dan insafi diri....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...