Skip to main content

Kisah benar Menjelang Syawal


Peristiwa 1

“ni nak buat ape lagi ni bu ?” A bertanye,hajatnye nak tolong ibu kemas barang untuk buat kuih raye.

“sume barang ibu dah keluarkan, tinggal nak basuh-basuh bekas je..ibu nak g pekan dengan ayah kejap, nak carik tempat kuih Dahlia ni..”

“owh..ok..” jawapan feveret A..ibu terus berlalu membonceng moto yang dibawa olah ayah..tapi A yang tinggal ni, bukan terus buat kerja,merayau-rayau keliling dapur dulu [melawat site- mendapatkn mood masak] baru mula... berjam-jam jugak melawat site [safety first]

Lalu apabila mood dah menjelma, kuderat yang masih bertenaga diawal pagi itu dikerah membasuh bekas-bekas adunan kuih yang ada beratnye seberat pasu bunge.

“ini kalau tanam bunga kertas ni cantik jugak” A mengomel sendiri
Cari-cari kerja lagi....A nampak kacang dalam kuali,maka di pindahkan kedalam mangkuk dan diramas-ramas supaya tertanggal kulitnye.

“vroooom..vroooom..” bunyi moto ayah kedengaran memasuki lorong rumah.adik A yang sedari tadi terbengkalai didepan tv melompat kedapur. Tangan kanan yang tidak memegang handset dicelupkan kedalam mangkuk kacang.

“o0o0 kak ngah ngelat ae..ish..bijak betol, adik sape ni” bisik A dalam hati sambil mata memberi isyarat tidak puas hati padanye.

“kanape xletak dalam dulang..kan lagi senang, mangkuk ni kecik..” komen adik A

“em..a’ah aek..tak terfikir pulak “ A menjawap.

Macam mane nak terfikir kalau masuk dapur setahun sekali...lepas ibu balik maka projet membajak tanah, membubuh baja dan menyemai pun bermula...diserikan lagi dengan dendangan lagu raya...[bukan berkebun tapi buat kuih raye]

Kenapa kene buat kuih raya?

Bagi ana bukan hanya nak tambahkan koleksi kuih raya atau nak mengisi masa lapang sebab balik cuti awal . Tapi element paling peting ketika membuat kuih raya adalah silaturahim @ ukhuwah. Bagi anak-anak yang merantau jauh seperti ana, masa inilah kite nak meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.Masa buat kuih raya, macam-macam cerita di kongsi..masalah dan luahan perasaan didengari. Bergelak ketawa same-sama..

"Tapi kalau dah satu keluarga, xkn hubungan tak erat lg???!!"
Analoginye seperti kita nak buat kuih raye jugak. Kalau kita hanya masukkan telur, gula, tepung dan pewarna dalam satu bekas, kemudian masukkan terus kedalam oven boleh atau tidak bertukar menjadi kuih yang sedap tanpa diadun sebati mengikut tempoh yang ditetapkan?

Macam itu juga ukhuwah kekeluargaan, kalau dibiar sahaja tanpa usha mengeratkan dan mensebatikan, tidak mungkin jadi semanis kurma. Antum semestinye tahu akan perbezaan antara orang yang antum rapat dan yang kurang rapat [atau juga disebut sebagai ngam-ngam soy]

Maka, hargailah masa bersama keluarga dan ingatlah orang yang tersayang.

Peristiwa 2

“wa~~, banyaknye tahi cicak” C terkejut sendiri melihat kuih raya hasil nukilan haiwan bernama sang cicak sejurus mengalihkan meja di satu sudut rumah.

Inilah kisahnye kalau kemas rumah setahun sekali. Bukan bermakna hari lain rumah dibiarkan bersepah dan tidak dikemas tetapi, mengemas pada hari-hari biasa harap sapu-sapu bahagian yang penting dan nampak je. Dibahagian celah-celah dinding, tepi-tepi almari dan sudut-sudut tu kurang diberi perhatian.

Maka bila tiba hari-hari luar biasa seperti hari raya, open house, atau gethering kawan-kawan lame baru rumah dapat bernafas dengan lega, selepas semuanya dibersihkan. Perkara yang lebih sinonim tikala mengemas adalah lelah @ capek @ penat.

Mane tidaknye kalau rumah banglo di Ayer Keroh ade 3 tingkat tapi rumah kampung seperti rumah C ni,ade 3 bahagian [kalau ditindihkan mungkin boleh jadi banglo 3 tingkat]. Apabila siap satu part [ruang tamu] 2 part lagi menunggu, siap 1 lagi part [serambi] satu lagi [dapur] masih queue, siap tiga-tiga part masing-masing sume dah melepek.

Knape kena kemas rumah?

Bukan kerana nak menunujuk-nunjuk kepada tetamu yang hadir bahwa rumah kite ni kemas berkilat dan bersinar. Apatah lagi kerana nak menunjukkan meterial yang kita miliki seperti sofa baru, cerpet baru, meja baru dan pinggan mangkuk special edition yang orang lain tidak mampu miliki. Tetapi untuk menzahirkan keindahan agama Islam yang mengajar umatnye menjaga kebersihan serta memuliakan tetamu.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata,Rasulullah SAW telah bersabda:

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”
Riwayat al-lmam Muslim

Ditambah lagi dengan sambutan hari raya yang juga digelar sebagai hari kemenagan ini. Maka jika disebuat hari kemenangan pastinya hari yang gembira dan bahagia. Oleh itu, wajarkah rumah yang menyambut hari kemenangan bersepah dan kotor. Ini seolah-olahnye kurang menang .

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...