Skip to main content

Ulang Tahun Pertama


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, diam tak diam blog yang serba kekurangan ini telah menyambut hari ulang tahun pertamanya hari ini. Lahirnya blog yang diilhamkan Allah dengan nama 'hatiku bermunjat" pada 23 oktober 2009,diharap dapat sentiasa membangun dan menyuburkan iman sekalian pembacanya. Walaupun adakalanya isi kandungan blog ini kurang berilmu dek kerana penulis yang sangat cetek ilmunya ini, namun amat berbunga hati setiap kali ana sendiri dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama pembaca.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.
(Az-Zumar:9)

Firman Allah S.W.T maksudnya:
Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Firman-Nya lagi maksudnya:
Hanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.
(Al-Faatir:28)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Islam menuntut kita mempelajari dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith nabi jelas membuktikan bahawa menuntut ilmu adalah suatu perkara yang penting agar kita tidak dikategorikan sebagai umat yang mundur. Di dunia, orang yang berilmu dipandang tinggi dan di hormati oleh orang lain dan di akhirat orang yang berilmu akan diangkat darjatnya berbanding orang yang tidak berilmu.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa ikhlas menuntut ilmu agar, pekerjaan itu dapat dihitung sebagai ibadah manusia, sebagai hamba Allah yang dituntut untuk mengimarahkan dunia. Oleh yang demikian hanya orang yang beramal dengan ilmu semata-mata demi mencari redha Allah sahaja akan dipandang oleh Allah akan usahanye.Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas kita semua yang berusaha mendekatkan dirinye kepada Allah dengan mencari dan berkongsi ilmu.



Comments

  1. salam.

    em, 23 september ke 23 oktober birthday __Hatiku Bermunajat__ ni...? hahah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...