Skip to main content

Islam cara hidup

Assalamualaikum w.b.t

Ana kongsikan artikel yang ana temui ketika mencari bahan untuk dua slot motivasi sekolah menangah yang akan ana hadiri esok. Semoga bermanfaat..


Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri
sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang
menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini…

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang
sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut
ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini
sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang
mendengar mengucap memuji ALLAH

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling
tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah
sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa…
" Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh
yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki…

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman…cuba kita tanya diri kita sendiri…

  1. Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  2. Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  3. Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  4. Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua…

sumber daripada :
http://paat.blog.friendster.com/2007/11/kisah-anak-soleh/


Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

Masak memasak

Bab memasak bukan la menda yang simple bagi aku. Salah satu sebab ialah aku sejenis yang tak suka makan masakan sendiri. Bile tak selera nak makan, maka tertutuplah selera untuk memasak. Tapi, sebb anak-anak aku rase aku dah kne ubah mindset itu. Anak-anak dah besar perlukan zat dan makanan yang sihat. So you like it or not. Masak lah dengan niat amanah dan ibadah untuk keluarga.. Insafnye la ape yang aku tulis ni.. Not easy, but insyaallah it worth. Allah tahu kamu struggle lawan nafsu kamu yang malas masak tu.. Sampai boleh nangis sebb masak je.. Ape la