Skip to main content

Konsert Gay

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ana menghayun kaki menuju ke kafe untuk meeting project Software Engineering, jari ana seolah-olah tidak rela untuk ikut jika si jari tidak menulis berita yang baru dibaca oleh sahabatnya si mata. Antum mungkin dah sangat tahu akan isu yang "aneh" ini.


ana tidak redha sebenarnye gambar ini berada dalam blog ana tapi,
sbagai gambaran kepada pembaca, penjelasan dan muhasabah diri

Aneh tapi benar. Konsert grand yang diadakan di Stadium Bukit Jalil semalam menggambarkan betapa dahaganye rakyat Malaysia akan hiburan sehingga konsert yang mengundang artis barat yang GAY pun mendapat sambutan. Seday dan bimbang menyelubungi hati-hati insan yang selama ini berusaha keras mengajak manusia mengesakan ALLAH, akhirnye ini hasilnye.

Jika Rasulallah s.a.w berada di zaman ini pasti baginda akan berduka melihat umatnye yang tidak lagi hirau akan perintah ALLAH Yang Esa. Jika Umar Al-khattab masih lagi didunia pasti peperangan akan berlaku semalam untuk menentang makhluk-makhluk yang inggkar dan derhaka ini. Nauzibillah peringatan juga kepada diri yang tidak semestinya akan sentiasa mentaati ALLAH.

Semoga pihak yang meluluskan konsert ini, solat taubat 40 hari 40 malam. Semoga pemohonan maaf secara terbuka dibuat kerana tangan yang meluluskan itu telah berjaya dalam misinye untuk merosakkan moral umat manusia yang waras. Dan yang lebih penting semoga iman kembali menyuburi hatinye..amin..

Comments

  1. Assalamualaikum..

    Hm..kesal dan terkilan. Dengan ini, ana boleh kata bahawa Malaysia bukan negara Islam seperti yang cuba dipertahankan oleh pihak kerajaan.. Islam hanya pada nama.

    Konsert cam ni boleh lulus..? apa lagi yg kalian nak luluskan..? Nauzubillah..

    Peliharalah akidah antum sume.. Islam ini sudah sempurna, mengapa perlu mencari yg lain utk ketenangan jiwa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.