Skip to main content

UTP bersalah ??

Assalamualaikum w.b.t

Lanjutan daripada kisah ini ana terpanggil untuk mengulas isu lama yang baru dihangatkan ini. Ana juga sedia maklum bahawa banyak blogger dan pihak-pihak persendirian yang dah menulas lanjut kes ini, namun setiap manusia memiliki daya pemikiran yang berbeza dalam menganalisis sesuatu perkara.

Semestinya sebagai sebahagia daripada keluarga UTP ana berasa teramat kesal akan kejadian penipuan ini. Walaubagaimanapun ada sesetengah pihak memandang isu ini begitu kecil untuk dibimbangkan dan diperkatakan dengan serius, namun tidak sanggup rasenya ana merelakan nama baik UTP sebagai institusi pengajian swasta yang cukup dikagumi, dipijak-pijak dan dijaja-jaja sesuka hati oleh mana-mana pihak yang tidak berfikir panjang.

Alhamdulillah, dari sudut positifnye isu ini pasti membuka mata pihak pengurusan UTP khususnye dan seluruh warga UTP amnya sebagai muhasabah terhadap gerak kerja kami selama ini. Sebagai pelajar kami mungkin terlalu ralit [leka] dalam dunia ilmu semata-mata dan mengambil enteng isu etika. Begitulah hakikatnye manusia, kadang-kala lalai dan terlupa. Jesteru itu di sebalik penciptaan manusia ini allah datangkan menualnya yang menyebut

"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. "
[ali - imran :134]

Harus diingatkan bahawa aib itu umpama bangkai dan menceritakan aib tersebut seumpama memakan bangkai. Jika benarlah pihak akhbar berfikir ini kesalahan UTP dan berniat untuk mendidik atau membari pengajaran kepada pelajar yang telah membuat kesalahan ini, bukan artikel yang secara terang-terangan menyebut nama kampus sebagai medium yang berkesan. Mengapa tidak dihubungi pihak kampus secara damai tanpa perlu mengeluarkan artikel di akhbar dan website untuk menceritakan keaiban ini.

Namun dapat ana katakan, bahawa kes ini bukan lagi mengaibkan tetapi telah menfitnah UTP dan memburukkan nama baik kampus kami. Ini bukan alasan untuk UTP berlepas tangan tetapi, gambar yang dihantar adalah atas tiket sekumpulan individu. Pihak pengurusan UTP tidak dimaklumkan sama-sekali. Menyebut nama UTP seolah-olah menyalahkan seluruh warga kampus. Harus diingatkan juga sesebuah universiti dipertanggungjawapkan dengan beribu-ribu penuntut didalamnya. Maka adalah menjadi satu perkara yang mustahil untuk pihak pentadbiran untuk membuat pantauan bagi setiap maklumat dan informasi yang keluar masuk kempus setiap hari. Sama seperti pihak akhbar yang mendakwa menerima ribuan surat untuk dimuatkan kedalam ruangan tersebut dan hanya meletakkan kepercayaan tehadap semua penghantar agar belaku jujur.


Seperti yang terdapat dalam keratan tersebut pihak UTP telah membuat satu mesyuarat untuk membincangkan isu ini. Pada pendapat ana ini sudah lebih daripada baik. Ini mengambarkan betapa bertanggungjawapnye UTP walaupun hal ini luar kawalan pihak pengurusan.


Didalam akhbar terbitanya, pihak ini juga mendakwa masalah ini terjadi akibat berlakunye kekurangan dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan. Jika benar maka, sebagai pihak yang menyedari masalah ini, merekalah yang sepatutnye tampil kehadapan memulakan langkah memperbaiki sistem tersebut. Langkah itu, pasti akan memberi impak yang baik kerana mereka memiliki satu bonus yang besar sabagai organisasi yang mempunyai kredibiliti sebagai penyebar maklumat semasa.

Menyebut perihal pembentukan sahsiah pelajar, UTP juga sangat terkehadapan dalam isu ini. Jika diteliti satu persatu aktiviti dan program-program di UTP harini ana perhatikan kebanyakannye bersifat kemasyarakatan dan intelektual. Pihak pengurusan sangat menyokong malah menggalakkan lagi aktiviti seperti ini.

Jika antum pengikut setia blog ini, pasti antum perasan ana banyak menceritakan perihal aktiviti kemasyarakatan yang ana sertai, yang mana, hampir setiap minggu ana dan sahabat2 UTP turun kesekolah-sekolah untuk membantu sekadar yang mampu. Mungkin antum akan mendakwa "kamu Rakan Masjid, so memang keja RM tu baik2 je".Namun apa yang boleh antum katakan jika Sekreteriat Rakan Muda, Majlis pewakilan pelajar,Intenesional Student Concil, Residential Collage Support Unit dan Kelab Media [5 student body utama di UTP] juga menjalankan aktiviti seumpama itu.Program Semarak Mawardah, CyberGen dan bermacam-macam lagi dianjurkan yang mana sambutan daripada seluruh warga kampus tidak pernah mengecewakan. Ini cukup membuktikan bahawa mahasiswa dan mahasiswi UTP cukup cakna dalam isu pembinaan akhlak dan kemanusiaan. Ada juga sahabat-sahabat yang mengadu kekecewaan kerana tidak berjaya menyertai program seperti ini.

Contoh lain, aktiviti intelectual yang berlangsung di UTP dianjurkan sendiri oleh pelajar UTP seperti INFUD yang membincangkan isu perbazaan agama. Penonton yang terdiri daripada pelajar UTP memenuhi ruang dewan yang muatanye melebihi ribuan orang. Itu tidak termasuk lagi talk-talk mingguan yang diadakan setiap hari rabu, yang melibatkan panel-panel terdiri daripada orang-orang kenamaan di Malaysia dan luar nagara. Kalau nak disebutkan program-program diUTP yang berkait rapat dalam isu pembinaan sahsiah kearah yang baik dan profesional, mungkin tak muat blog ini. Itu mungkin baru apa yang pelajar anjurkan,belum lagi menyebut tentang program dan kursus-kursus yang PETRONAS dan UTP sendiri anjurkan.

Hal ini membuktikan kebenaran kata-kata Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom
Pengarah Perkhidmatan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS bahawa warga UTP adalah sangat berkredibiliti, berkarisma dan bertanggungjawap, dan UTP adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang berprestij, dinamik dan sentiasa melahirkan graduan yang serba boleh, berilmu, beriman, bermoral serta berguna kpd masyarakat dan negara. Staf serta pelajar UTP adalah golongan manusia yang berwibawa, bermoral, bertanggungjawab, berpandangan jauh serta patuh kepada Peraturan Universiti dan Perlembagaan Negara.

Janganlah kerana ade segelintir daripada kami yang membuat onar, seluruhnye mendapat nama buruk. Walhal selama ini UTP cukup gah di mata masyarakat. Bukan nama semata-mata yang menjadi isu tetapi maruah dan hak kami juga harus dihormati demi kemaslahatan akan datang. Dan sedikit nasihat kepada pihak bekenaan supaya berjaga-jaga dengan isu yang dimainkan, takut-takut terpalit kemuka sendiri, seperti isu ini. Maaf jika ada ada yang terguris rasa. Mungkin ini pendapat peribadi seorang mahasiswi yang dalam tempoh belajar dan mencari kematangan dalam setiap kata-kata.

wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...