Skip to main content

Wahai du'at, waspadalah!



Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau sedang dalam bahaya. Apabila kau diberi mandat sebagai muwajjih, beristighfarlah, kerana saat itu syaitan akan mula membisikkan hasutan bahawa kaulah yang terbaik dalam kalangan sahabatmu, kerana itu kau dipilih. Di saat itu jijiklah dengan niatmu dan lucutlah sudah ikhlasmu, maka berpalinglah dari syaitan dan baikilah hatimu.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bila kau diberikan sedikit kelapangan harta, kau kembali mengira-ngira bahagian demi bahagian dari hartamu dan kau mula berbelanja seperti orang-orang biasa yang tidak pernah tahu kisah infaq Abu Bakar dan Umar al Khattab, kisah ar-Rasul mengikut batu di perut ketika menggali Khandak, kisah Mus'ab bin Umair yang menjadi pemotong kayu selepas Islamnya. Maka saat itu bencilah duniamu, kerana ia sudah menempati hatimu. Cabutlah duri wang ringgit itu dari hatimu, dan buanglah sejauh mungkin. Agar kau dan tentera-tentera Allah yang lain tidak akan terpijaknya lagi.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bilamana kau melakukan sedikit pengorbanan dan diberi sedikit amanah, kau merasa tinggi dan menghampiri kisah hidup para sahabat yang kau ketahui. Kau mula merasakan keinginan untuk menceritakan pengorbananmu kepada manusia lain dan kau hujahkan ia sebagai perkongsian padahal hakikatnya adalah kebanggaan. Saat itu menangislah, kerana segala amalmu barangkali sudah menjadi debu berterbangan, padahal tadinya kau adalah seorang pejuang. Bersedihlah, kerana kalah sudah hatimu kepada bisikan sang seteru yang cemburu dengan segala kebaikan dan amalanmu.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bilamana setiap malammu diisi dengan solat dan zikir yang sayu. Kau mula merasa puas dan sudah cukup amalanmu. Kau bangun dari kalangan sahabat-sahabatmu yang sedang nyenyak dalam tidur mereka, kau melangkah menadahi air untuk bersuci, tapi hatimu kotor sekali. Kerana ibadahmu, sungguh, hanya seorang diri. Kau mahu diketahui bahawa kaulah orangnya yang tidak pernah meninggalkan solat malammu, tidak pernah terlewat dalam subuhmu dan sentiasa tepat waktu solatmu. Saat itu, istighfarlah dengan sepenuh hatimu, kerana sia-sialah sudah segala usahamu. Kerana redha manusia yang lebih kau buru.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana sungguh, kau dalam bahaya. Bila kau dilanda kesedihan kerana tidak diterima ajakanmu kepada Allah, kau mula memandang jauh mad'u mu. Kau merasa sudah tiada harapan lalu kau pun menjauhkan diri. Kau meninggalkan mereka dan berangkat pergi. Kau mula merasa teruknya kehidupan mereka tapi kau tidak berbuat apa-apa. Kerana hatimu berkata, mereka sudah tidak boleh diubah. Kau lebih suka dijemput-jemput menyampaikan dakwah. Kerana hakikatnya lebih mudah kerana hadirinnya sudah tersedia. Kau lebih suka mencari yang mudah-mudah sahaja, kerana kau tidak ditolak bahkan dipuji dan dijadikan contohi pula. Maka saat itu bersedih lah dengan sepenuh jiwa, kerana hilanglah sudah nikmat dakwah dari duniamu. Jauhlah sudah dirimu dari tarbiyyah ar Rasul. Tidaklah dapat kau merasai penolakan dan kebencian yang dilalui ansarullah terdahulu. Bersedihlah, kerana kau rupanya pengecut yang bermudah-mudah dalam dakwahmu.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana kita sentiasa dalam ribuan bahaya. Kerana kita sentiasa dikelilingi kaca. Setiap mata memandang tindak-tanduk dan perbuatan kita. Maka, sekalipun kita mengeluh atau berkata yang sia-sia, barangkali kita sudah mencipta fitnah kepada dakwah. Ya, hakikatnya memang berat. Kadangkala kita mahu kehidupan seperti biasa, kita mahu diizinkan untuk berperasaan seperti biasa, kita mahu diberi masa dan tidak dipaksa-paksa… Tapi kalau benar cinta kita kepada syurga, ketahuilah bahawa syurga tidak diisi oleh manusia biasa.

Kita boleh memilih untuk hidup seperti biasa dan kembali kepada kehidupan yang lama, kita tidak perlu lagi menyediakan seluruh hujung minggu kita untuk program-program, kita tidak perlu lagi menginfakkan wang kita, kita tidak perlu lagi menahan telinga mendengar kemarahan manusia sekeliling yang tidak mahu menerima dakwah kita… Ya, kita boleh memilih kehidupan begini kalau kita menginginkannya. Tapi hakikatnya terlepas lah sudah redha Allah yang kita dambakan. Kalau mahu, ar rasul dulu boleh sahaja berdoa dan minta Allah jadikan sahabat-sahabat kaya supaya tentera Islam punya banyak harta untuk berperang dan alatan perang juga mencukupi. Kalau mahu Rasulullah boleh minta dijadikan dirinya dan para sahabat kenyang sentiasa ketika tidak cukup makanan dan musim kemarau panjang ketika perang khandak dan tabuk. Kalau mahu ar Rasul boleh saja mohon Allah jadikan beliau terus dapat menawan takhta di sebagai pemerintah di semenanjung Arab agar terus dapat disebarkan Islam dengan meluasnya melalui jajahan kuasa. Tapi hakikatnya, tidak begitu. Tidak begitu.

Kerana tarbiyyah itu sinonimnya sukar. Ia anugerah, ia juga ujian. Bukanlah namanya dakwah, kalau tidak dibayar dengan tangisan dan darah. Bukanlah namanya tarbiyyah kalau segalanya mudah dan megah.

Wahai du'at, waspadalah!

Kerana pada saat kau menyangka kau sedang membantu agama Allah, kau barangkali sebenarnya hanya sedang menjatuhkannya. Kerana kelemahan jiwa dan ketakutanmu. Betapa buruknya kejadian dan kewujudanmu di jalan ini, kalau hadirmu cuma sekadar menyempitkan jalan dan melambatkan perjalanan para tentera Allah.

Maafkan aku andai kata peringatan ini pahit untuk didengar dan sakit bila dirasa. Aku khuatir sekali kerana kita sudah tidak punya banyak masa. Andaikata seorang pun dari kalangan tentera ini yang gugur diperjalanan, akan terasalah bebanan di seluruh angkatan, dan semakin jauhlah kemenangan. Ayuhlah kita benar-benar membersihkan diri dan hati, kerana inilah senjata kita untuk membentengi umat ini. Sampai suatu masa, bila kita sudah tidak punya apa-apa lagi untuk mempertahankan syahadah ini, biarlah hati yang mendegupkan nadi ini yang menjadi perisai buat umat.

Wahai du'at, waspadalah. Agar kita sempat menyelamatkan umat. InshaAllah.

klik disini sumbernye..

Comments

  1. wahai ukhti,

    can i know how to follow this blog? lets sharing knowledge :)

    ReplyDelete
  2. ukhti puteri dyla qistina,such a beautiful name,

    alhamdulillah (^_^)
    sharing knowledge is very recommended in islam, but I'm a bit unclear about 'follow' in what term that you are referring just now, maybe if you are referring to be a follower as the other blog usually have, you may do so on the right side bar of this blog..^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...