Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, dapat juga ana tulis sesuatu direct dan fresh dari kepala ana. Posting yang sebelum2 ini ana tulis di rumah dan upload bila dah ade internet di UTP. Sekali-sekala di rumah tu, idea nak bercerita datang tiba-tiba. So, on laptop dan tulis di dalam word. Duduk di rumah dalam tempoh masa yang lama kali ini, banyak memberi ana ruang berfikir dan termenung. Bukan termenung kosong tapi, ade la....mane boleh bagitahu antum(^_^). Kenape cuti panjang kali ini ana duduk rumah sahaja? Selalunya ana merantau seantero dunia. Kalau ikut plan, memang dah rancang untuk menghadiri macam-macam aktiviti, namun tidak disangka-sangka Allah telah rancangkan sesuatu untuk ana sekeluarga. Sehari selepas ana membeli tiket pergi dan balik UTP untuk menghadiri Kemah Ibadah , ayah ana ditimpa musibah. Alhamdulillah ayah selamat, cuma berlaku kecederaan di bahagian spinal cord [saraf tunjang] mengakibatkan ayah ana tidak dapat bergerak seperti biasa. Syukran kepada...