Assalamualaikum w.b.t Entri kali in lebih besifat peribadi, namun tetap dikongsikan sebagai luahan yang boleh jadi, bermanfaat untuk orang lain. Ini mungkin salah satu motivasi buat diri ana ekoran ujian yang melanda keluarga ana kira-kira 2 bulan lalu dan insan yang akrab dengan ana, kak hazini. Memetik artikel dari majalah solusi lalu ana kongsikan dengan keluarga ana ketika berada di rumah kemarin, Sesungguhnya beruntunglah jiwa yang tetap mensyukuri Allah s.w.t walau apa ujian melanda, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan hadis secara marfu’ bermaksud : “Sesungguhnya besar pahala bergantung kepada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Sesiapa yang redha atas ujian tersebut maka dia mendapat redha Allah dan sesiapa yang berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah” Tiada yang lebih sakit melainkan Nabi Ayub a.s. Baginda diuji berupa pelbagai penyakit kulit hingga memudaratkan tubuhnya. Hinggakan ulat jijik ...