Skip to main content

Belum tibakah hidayah Allah..


Assalamualaikum w.b.t

Rindu rasenye kepada blog usang ini. Semakin lama semakin jarang terupdate dek kerana kelemahan pengurusan masa pemiliknya.xpe2..perbaiki lagi. Alhamdulillah kali ini Allah panjangkan lagi usia ana untuk meneruskan dakwah di alam maya. Dengan semangat bahawa seorang individu muslim haruslah bermanfaat untuk orang lain maka ana kongsikan lagi satu tajuk menarik yang sudah sekian lama diperkatakan. Kisahnya bermula apabila lidah berkata...

“aku bukan ape, mungkin aku belum dapat hidayah Allah lagi, sebab itu aku susah nak berubah jadi baik”

Ana pasti kita selalu mendengar dialog seperti ini. Kekadang, dialog ini seakan-akan sengaja dijadikan alasan dan skema jawapan apabila diajak berhijrah kearah kebaikan. Tidak ana nafikan bahawa jemputan ke daerah kebaikan atau lebih mudah difahami sebagai hidayah Allah ini, diberikah kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Persoalanya, tahukah kita siapa hamba yang bertuah dipilih oleh Yang Maha Kuasa untuk mendapat nikmat tersebut. Perkataan “mungkin” pada dialog juga sudah menunjukkan bahawa kita sendiri tidak pasti.

Jadi wajarkah kita berkata sedemikian dan setia duduk di takuk lama? Mungkin juga kita telah dipilih Allah untuk menerimanya, akan tetapi kita yang sengaja menolak.

Adakala suara hati berbisik, “sampai bila aku harus begini..”

Kata hukama, “apabila seseorang di datangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!” Persoalanya apa tindakan yang kita ambil, setelah hati itu disuluh Allah dengan cahaya hidayahnya.

“ah, tak mengapa dah tua nanti aku pergi haji, aku sedekah banyak-banyak lepas tu aku buat masjid besar supaya dapat supply pahala masa aku dalam kubur”..begitu mudah, begitu hebat idea dan strategi kita untuk menghadapi mati.

Persoalan yang pasti, tiada siapa yang mengetahui bila nyawanya akan diambil oleh malaikat untuk menghadap Tuhan Yang Maha Kuasa kerana Firman Allah “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”. Jadi apa lagi yang dinanti, berhentilah mempersoalkan kehadiran hidayah Allah dalam diri kita. Ayuhlah berusaha bermati-matian untuk mencarinya walaupun terpaksa menjadi seperti orang yang mabuk bercinta yang mangaku kononnya “lautan api sanggup aku renangi”.

Pesanan penaja [walaupun dah agak terlewat] Sila Boikot 14 feb!! Cinta kita hanya kepada Allah dan Rasul serta orang-orang yang mencintainya.

Comments

  1. kita selalu sahaja berdoa agar diberi petunjuk taufik dan hidayah, tetapi sudah berapa kalikah kita menolak hidayah yang telah Allah berikan tatkala ianya sampai kepada kita?..

    MasyaAllah...

    ReplyDelete
  2. semoga kita sentiasa berada dlm naungan hidayah-Nya..amin~

    ReplyDelete
  3. betul2 banyak yang telah kita nafikan tanpa kita sedar..i'allah Allah Maha Penyayang..naungannya akan sentiasa diberikan kepada hamba-hambanya yang bertaubat

    ReplyDelete
  4. is..
    terima ksih sbb kluarkan artikel ni (^_^)

    ReplyDelete
  5. Ain, same2..Xde ape yang menarik pun
    pade artikel ni,tapi mungkin bermakna sebgai peringatan dlm hidup sebb kite ni mudah lupa kn2 (^_^),kata Rasulallah "Addinun nasihah" agama itu adalah nasihat..

    ReplyDelete
  6. Betul tu Is, kalau tak salah Hadis 4 dalam Hadis 40 yang menyatakan agama itu nasihat kan?

    perlulah kita sentiasa mengingati sebab iman kita senang sangat turun naik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.