Skip to main content

Pencinta sejarah dan sirah

Terasa amat lama ana tinggalkan blog ini tanpa entri baru. Mujur, ana sempat menjenguknye sekali-sekali walaupun tidak terupdate. Background telah bersalin kulit. Susah sungguh nak mencari layout yang sesuai dengan tema blog ini. Apa pun, hope this layout pleasure your eyes InsyaAllah (^_^)..

Alhamdulillah hujung minggu kemarin, Allah panjangkan langkah dan mencukupkan rezeki ana untuk menyertai Simposium Kecemerlangan Belia. Program 2 hari yang bertempat di Seminar Room Undercroft ini adalah program yang julung-julung kali dilaksanakan di UTP. Alhamdulillah, tidak terasa rugi membayar yuran kerana ilmu yang diperolehi adalah beribu kali ganda daripada wang RM25.

Sedikit perkongsian daripada ana, sebelum ana sambung buat assigment IT Project Management dan Business Cyber Law. I'allah, daripada Ustaz Syaari ketika pembentangan kertas kerja keempat bertajuk Kepimpinan Islam: Kini, Dulu dan Masa Hadapan, beliau yang memetik kata-kata saidina Umar Al-Khattab " barang sesiapa yang mencari kemulian selain Islam, maka Allah berikan kehinaan kepadanya".

Banyak contoh-contoh sejarah yang diberikan antaranya bekenaan kerajaan Turki Uthmaniah yang Allah beri kemulian memiliki tampuk kepimpinan islam paling lama iaitu ratusan tahun namun tumbangnya khilafah Uthmaniah ini apabila pemimpinnya menigggalkan islam, berlaku perebutan kuasa sehingga menyebabkan pertumpahan darah sesama saudara, umat Islam dibenarkan berkahwin dengan orang yang berlainan agama dan berlaku serangan pembaratan dan Freemason. Kisah-kisah ini, ustaz review dengan pantas, sampai ana tidak sempat nak salin, nasib baik rakam gune G502 ana ni (^_^).

Menarik sebenarnye, jika kita berpeluang menelusuri sejarah kebangkitan dan kejatuhan islam. Selama ini kite dididik bahawa sejarah adalah sesuatu yang bosan dan sesuai dibaca Sebelum tidur, namun Ustaz Syaari sarankan antara cara untuk kita mencintai sejarah adalah dengan mengambil pengajaran dan nilai di sebalik peristiwa. Kata ulama ulung Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi "sesiapa yang tidak membaca sejarah, dia tidak akan mampu mencipta sejarah". I'allah tidak semestinye kita perlu dikenali oleh seluruh dunia untuk digelar berjaya mencipta sejarah. Sekurang-kurangnya kita cipta sejarh untuk diri sendiri.

Alhamdulillah, ana puji usaha penulis sejarah islam yang semakin menempa nama di hati masyarakat iaitu Abdul Latip Talib. Ramai individu-individu yang secara tidak langsung memberi testimoni kepada ana mempromosikan buku ini. Ayah ana pun sangat minat bace buku beliau. Antara yang arwah ayah dah baca bertajuk Khalid alwalid dan Umar al-Khattab. Ayah benar-benar kagum dengan mereka. Waktu ayah sakit, ayah tetap bersemangat sebab kata ayah, ayah nak jadi pahlawan islam (^_^).. Alhamdulillah ayah memang pahlawan di mata anak dan isteri ayah...Semoga penulis mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah berjaya menambah koleksi buku sirah RM19.00. Dulu, lepas ana bace buku yang macam ni, ana akan bawa balik rumah untuk ayah ana bace pulak, then die akan cerita kat semua. Sekarang ana kene usha ajak adik-adik pulak bace. Sayanglah kalau ana sahaja yang dapat ibrah buku ini. waallahualam...

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.