Skip to main content

Role Model

"Macam mane result SPM baru-baru ni" tanye ana kepada salah seorang pelajar SMV Seri Iskandar (SMV SI) semalam ketika duduk diperkarangan surau Aspuri mereka.

"Ade sorang dapat 8a kak, die kire catat rekod sekolah tahun ni" jawap adik form5 tersebut dengan senyuman yang semakin melebar.

"oo yeke, Alhamdulillah...Tu kire straight A lah kan?" ana mendapatkan kepastian dan adik itu mengiyakan..

"Subhanallah, sape yang dapat 8a tu, entah-entah akk pernah jumpe mase progrem sem lepas?" ana bertanye lagi, hati seakan-akan tidak sabar nak berkongi gembira dengan pelajar yang bertuah itu.

"name die Faris budak EE, imam ....."

"ooooo, adik tu yang jadi ketua badar sekolah ni, tahun lepaskn?" tidak sempat adik tu menyambung ayat, ana terus potong..ana tidak terkejut kerana hati sudah dapat menjangkakan orangnya.

"a'ah" sekali lagi adik tu mengiyakan sambil senyum sumbing melihat telatah ana yang begitu excited mendengar berita tersebut.

Kehadiran ana yang pada awalnya untuk melaksanakan tugas menghantar fasilitator dan memantau Kelas Bimbingan Peperiksaan di sana, tidak disangka-sangka disajikan dengan khabar gembira. Apa tidaknye wahai pembaca budiman sekalian, ana sendiri mengakui kelebihan yang ada pada adik faris tersebut melalui Program Sehari bersama Rakan Masjid di UTP semesta lepas. Program yang ana tidak akan lupa kerana, keletihan dan keserabutan berpunca daripada kurang AJK ini menemukan ana dengan figure yang ana kira lain daripada kelompoknya.

Bercerita sedikit tentang adik Faris ini, apa yang ana dapati adik form5 ini memiliki ilmu pengetahuan am yang boleh dikatakan same taraf dengan pelajar UTP atau lebih lagi. Ilmu yang dipelajari bukan hanya dibuku tapi, boleh kait dengan alam sekitar dan real world. Ternganga jugak ana mendengar pembentangan adik ni sewaktu mewakili kumpulanya. Alhamdulillah, cikgu SMV SI berjaya menunaikan hak para pelajarnya,dengan meletakkan orang yang sesuai pada tempatnya. Selain memiliki pengaruh yang baik, adik ini juga ada mempunyai pemikiran yang Islami dan kemahiran komunikasi yang baik. Khabarnya, kerana dia selalu membari tazkirah di surau sekolah. Subhanallah, hebat tarbiyyah islam.


Disini, pembaca sekalian, dapat ana kaitkan bahawa mencari kemuliaan itu, tidak dapat tidak hanyalah dengan Islam. Bukan untuk menjadi popular dan dikenali ramai tetapi menjadi role model kepada umat akhir zaman demi mencari redha Allah kerana redha itu bukan kesan sampingan, namun ia kesan langsung daripada pencapaian matlamat sesuatu pekerjaan. Matlamat kita, bukan hanya untuk berjaya 4 flat CGPA tetapi juga mendapat cinta dan kasih sayang Allah disamping kite mengizzahkan keindahan Islam. Maka, tiada lagi alasan untuk kite menafikan gerak kerja akademik walaupun kita juga memikil amanah besar sebagai Daie..


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah."
[ali-imran : 110]

Imam Sekolah yang cemerlang>>

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.