Skip to main content

Semuanya tidak akan kekal

Assalamualaikum w.b.t

Kira-kira sudah seminggu blog ini tidak berupdate. Al-maklumlah belakangan ini keadaan pemiliknye agak tidak terurus, serabut dan kurang sihat. Hajat dihati ana, nak bercerita panjang, ekoran idea yang melimpah ruah. Namun kekangan masa dan keadaan diri yang tidak begitu mengizinkan untuk ana lama menghadap komputer. Apa-apa pun ana bersyukur kerana sebuah hadith menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang selalu membuat manusia lalai iaitu "Kesihatan" dan "Masa Lapang".

Semuanya tidak kekal kecuali Allah s.w.t iaitu pemiliknya. Alhamdulillah, menyedari hakikat kehidupan ini ana sekeluarga tetap tabah dan sabar menerima kenyataan bahawa Allah telah menjemput salah seorang insan kesayangan kami pada Jumaat, 25 Februari 2011 jam 3 petang. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan BT19 Jasin pada malam hari yang sama.

Semuanya berlaku dengan pantas sehinggakan ana sendiri pun hanya berkesempatan menatap wajah terakhir ayah selama kurang daripada 3min sebelum kain kafan di atas kepala beliau diikat. I'allah ana redha, setidak-tidaknye ana dapat juga cium pipi ayah. Dan yang paling penting adik-adik ana dapat teman ayah selama beliau dimandikan dan dikafankan.

"maafkan Along ayah...Along tak dapat tunaikan hajat terakhir ayah...Along dah minta busu bawa Abang dan Angah datang HKL sabtu tu, tapi Allah dah jemput ayah lebih awal...maafkan along, sebab along yang tak bagi diorang datang..Along suruh diorang kemas rumah dan tunggu ayah balik

Along ingat ayah dah nak balik rumah dalam masa yang terdekat......dan ayah memang balik, tapi hanya jasad ayah sahaja yang balik...maafkan along ayah..Semoga roh ayah aman dan tenang di sana"




Comments

  1. Baru je bace Solusi 29 yg baru. Dalam tu ade tulis tanda2 husnul khatimah...salah satunya meninggal pada hari jumaat...siapa yg meninggal hari jumaat akan terlepas seksa kubur...

    Bace entri nih akk teringat saat2 cium dahi arwah ayah akk mase 10 muharam lepas...InsyaAllah...smg Allah sentiasa merahmati ayahanda kita tercinta..

    ReplyDelete
  2. subhanallah..untungnye ayah saye..
    ayah akk pun meninggal dunia pada tarikh yang mulia..alhamdulillah..

    saye sebenarnya, xsanggup nak panggil "arwah"..bak kate angah, rase ayah masih ade..ayah ade kat hospital lagi..syahdunye Ya Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

TAHNIAH

Terima kasih kepade semua yang mengingati hari lahir ana,yang bg hadiah,tq BITS dgn pos yang panjang dan berderet2 , sahabat seperjuangan UPSIDEDOWN (berkat hari lahir dapat jugak join gg), syukran kepada yang wish kat facebook, kat friendster , thanks jugak pade yang post lagu bestday mira dan lain2, pos gambar2 kak.ab kak.shida, yang mesej seawal 12 mlm (tapi ana dah tido),kawan2 lame kat sekolah rendah n sekolah menengah dulu, arigatok kepade haousemate yang masak macam2 tuk buka puase semalam(kenyang sgt!!), sori sebab lauk semalam xjadi sgt asam jawe terlebih(tapi tetap kenyang) , Grasais to ibu ayah adik-beradik yang call pagi2 lepas subuh je dapat call dari ibu (sebab ayah dapat kredit bonus hari jadi>>free) TERIMA KASIH kepade ibu sebab sudi lahirkan along..alhamdulilah ana beruntung jika nak dibandingkan dgn bayi2 yang ditiggalkan oleh ibunya dalam tong sampah ditepi surau,masjid ,dicampak dalam parit atau sungai ,dibalut dalam plastik dan di sumbat dalam luban...