Skip to main content

Umat Islam perlu Kaya

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pembaca budiman? Petang yang hening, ala-ala macam nak hujan ni, tibe-tibe kepala ana berdenyut-denyut kesakitan. Boleh jadi Processor dalam kepala ana dah panas mentelaah Malaysian Studies. Subject yang menarik tetapi memerlukan mujahadah yang tinggi (^_^)..Ape-ape pun ana berehat sebentar sambil update ___HatikuBermunajat__

Berbekalkan study week lebih kurang 5 hari, i'allah 5hb Mei ini akan bermulanya Final Exam pelajar-pelajar UTP termasuk diri yang menulis. Alhamdulillah jadual ana ICT tidak begitu pack dan agak selesa cuma lewat habis, daripada pelajar BIS yang akan tamat 10hb Mei. Cepatnye diorang merdeka..tidak mengapa,pasti ade hikmah, allah nak bagi kami study sungguh-sungguh sem ini [orang klate kate- study molek(^_^)]..

Daie Perform!!

I'allah, Jihad Akademik harus dilaksanakan demi kemaslahatan umat dan agama pada masa, hadapan. Teringat ana akan satu kisah....

"Berapa harga tudung bidang 60 ni cik?" tanye ana

"30 inggit dik.." jawap pakcik di salah satu kedai menjual pakaian yang pernah ana singgah dahulu

"oo yeke..kalau tudung bidang 45 baru belas2 ringgit je" bisik ana dalam hati..

Sekarang dah ade macam-macam fesyen tudung

" baju t-shirt labuh ni berapa pulak?" tanye ana lagi, sambil membelek t-shirt labuh muslimah yang biasa designnye.

"tu 45 inggit je" kete pak cik tu dengan selamber

"mak datok..mahal jugak, 10 inggit xde ke" ana bermonolog sendiri.

Warne kesukaanku..ini blause, bukan T-shirt

Em, inilah realiti kehidupan. Wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Nak makan perlu wang, nak tidur perlukan wang, nak study perlukan wang, nak tutup aurat pun perlukan wang. Jadi siapa kata wang itu tidak penting??

Seperti yang Rasulallah telah ajarkan kepada kite. Baginda tidak hanya duduk dimasjid, beribadah dan bersolat, baginda juga seorang saudagar yang menjalankan aktiviti perniagaan dan pedagangan. Untuk apa?? bukan untuk mencari pengalaman semata, bukan juga kerana ingin dikatakan sebagai orang yang bijak berniaga dan kaya-raya, tetapi memberi tauladan supaya umatnya sedar akan kepentingan mengimarahkan dunia.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah "

Sebab itulah kite perlu perform seperti Rasulallah s.a.w. Tidaklah perform dalam kerja dakwah sahaja,malah perlu perform dalam akademik, dan perfom dimasa hadapan. Perform ni istilah budak-budak Rakan Masjid, yang lebih kurang seerti dengan Hebat!!

Apa pula kaitan cerita ana dengan tajuk?? kaitannya, antum lihat sendiri dipasaran betapa bezanya harga barang-barang product muslim dengan barangan compliment yang lain. Bukan untuk membebankan, tetapi semestinya kerana menampung kos pengeluaran barangan yang tinggi demi menjaga kualiti halal dan haram sesuatu barangan. Bukan tertakluk kepada product makanan malah pakaian dan lain-lain yang berkenaan.

Harap-harap antum faham, apa yang ana cuba sampaikan. Ana yang pada awalnya tiada idea untuk menulis, tiba-tiba membuak-buak idea datang. Namun ana kira entri kali ini agak tidak teratur dan kurang harmoni, al-maklumlah Processor dah panas..mungkin ade wayar dah putus, dan mengganggu kewarasan fikiran ketika menaip. Asif semua (^__^)v

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...