Skip to main content

Debaran Seorang Trainee

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan masa untuk ana cerita sediki pengalaman ana hari pertama bergelar trainee di KLCC. Sepatutnye, malam ini ana ade program diluar tetapi sudah ditunda, jadi berbekalkan broadband sahabat ana, Fizah ana pun online sekejap untuk menjengah blog dan berkongsi cerita dengan pembaca tersayang.

Praktikal

Subhanallah, debaran malam sebelum praktikal Allah sahaja yang tahu. Teringat pesan ibu supaya membaca zikir Al-Latif selalu. Kata ustaz ditempat ibu belajar, ustaz memberitahu bahawa zikir ini dapat melembutkan hati orang yang memandang wajah kite.Ya Latiff iaitu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut sekiranya diamalkan membacanya insyaAllah akan mudah dikasihi dan jika di tuju kepada musuh atau yang sedang marah , maka dengan izin Allah akan lembutlah hatinya terhadap kita....[p/s : bukan untuk mengorat orang..betulkan niat]

Selain itu didalam buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi katanya, InsyaAllah bagi para peniaga yang mengamalkanya, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju. Selain itu di dalam Al-quran juga Allah berfirman

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu."
(Surah Al-A'raf:180)

Makanya, malam semalam Alhamdulillah kerana tekanan dan debaran yang bakal dihadapi lidah ana dan seluruh fikiran ana, ana tumpukan kepada Allah. Berkumat kami mulut seakan-akan membaca mentra jampi serapah, beristighfar dan berzikir. Bimbang hari pertama praktikal menjadi pengalaman buruk yang tidak dilupakan. Macam-macam yang ana fikirkan.

"Boleh jadi, aku kene marah esok walaupun hari 1st keje dek kerana orang menyampah tengok muka aku hasil dosa-dosa yang menggunung dibahu aku ni..nauzubillah"


Iman terpancar diwajah

Ana selalu mendengar kata ini...

" Kalau, orang itu dekat dengan Allah, kite dapat rase aura die"
"orang beriman dan kuat ibadah ni, kata-katanye menusuk ke hati"
"redupnye wajah die, mesti budak ni baik dan solehah"

Dan macam-macam lagi...hakikatnye, kata-kata itu bukan omong kosong. Ana yakin, antum juga pernah rasai pengalaman seperti itu dan ana pasti, antum waima ana sendiri juga mahu orang selalu senang dan tenang memandang wajah kita. Bos dan rakan sekerja turut mudah menerima pendapat kita dan sedia memberi tunjuk ajar. Tipsnya tidak lain dan tidak bukan jagalah ibadah dan hak Allah!! I'allah Allah akan jaga kita. Tidak perlu membodek, mengoda apatah lagi merasuah untuk mendapatkan keselesaan di tempat kerja. Tapi janganlah jadi macam ana. Jangan hanya berzikir bila perlu, tetapi berzikirlah selalu, istiqamah dan sentiasa. Doakan apa yang ana tulis ini ana laksanakan ye sahabat-sahabat. Takut ana hanya pandai berkata-kata, tetapi gagal melaksanakanya.

Strategy Planning Department (SP)

Back to our story. Development Division dibawah naungan SP. Pejabatnye besar dan bersimpang-siur sampai tersesat ana mencari surau. Hari ini amatlah puas dan penat ana merayau dan "melawat" kawasan. Hari ini juga, wajah ana merona merah menahan malu kerana pasang PC tanpa satu lagi wayar penting. Puas ana membelek-belek monitor yang gagal di ON kan. Rupa-rupanya, ade satu lagi wayar tidak dipasang.

"Allah hu Rabbi, jatuh martabatku sebagai pelajar ICT..."bisik hati ana

Apa-apa pun, bak kate junior yang sempat chat dengan ana baru sekejap tadi.."hari 1st kak, biase la"..i'allah be positive!! esok apa pula akan berlaku...integriti!!

Comments

  1. Alhamdulillah..InsyaAllah, setiap di antara kita dah ada tanggungjawab masing2..doakan kami juga di UTP agar sentiasa istiqamah dalam melaksanakan gerak kerja dakwah..as usual, turun surau v2 and liqa al-mulk is da compulsory practise..ana selalu teringat isma ble ada kt surau v2..alhamdulillah, sekarang ana sgt gembira bersama adik2 mei2011 and rakan masjid..

    ReplyDelete
  2. Masya Allah, ana rindukan majlis-majlis ilmu..rindukan rose dan sahabat-sahabat kampus juge^^.

    Jage surau baik-baik ye..jihad dan dakwah harus terus dihidupkan dan diimarahkan walau kat mane-mane kite berada..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

TAHNIAH

Terima kasih kepade semua yang mengingati hari lahir ana,yang bg hadiah,tq BITS dgn pos yang panjang dan berderet2 , sahabat seperjuangan UPSIDEDOWN (berkat hari lahir dapat jugak join gg), syukran kepada yang wish kat facebook, kat friendster , thanks jugak pade yang post lagu bestday mira dan lain2, pos gambar2 kak.ab kak.shida, yang mesej seawal 12 mlm (tapi ana dah tido),kawan2 lame kat sekolah rendah n sekolah menengah dulu, arigatok kepade haousemate yang masak macam2 tuk buka puase semalam(kenyang sgt!!), sori sebab lauk semalam xjadi sgt asam jawe terlebih(tapi tetap kenyang) , Grasais to ibu ayah adik-beradik yang call pagi2 lepas subuh je dapat call dari ibu (sebab ayah dapat kredit bonus hari jadi>>free) TERIMA KASIH kepade ibu sebab sudi lahirkan along..alhamdulilah ana beruntung jika nak dibandingkan dgn bayi2 yang ditiggalkan oleh ibunya dalam tong sampah ditepi surau,masjid ,dicampak dalam parit atau sungai ,dibalut dalam plastik dan di sumbat dalam luban...