Skip to main content

Jemur, Angkit, Sidai, Gantung Baju

Jemur vs Angkit Baju

“angkat baju tu esok je kak long” ibu menyapa ana yang baru sahaja melabuhkan punggung dihadapanye.

Ana terpingga-pingga...wajah ibu yang sedang asyik menjahit ana tatap berkali kali, diselang-seli dengan kain baju yang tersidai di luar rumah dan jam dinding, yang sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang. Sejenak kemudian, ketawa kami kedengaran.. akhirnya ana faham maksud sindiran ibu.

“ooo..ok ok, along gi angkat ni, ingatkan ibu kate betul betul tadi” adeyh lambat sungguh ana memahami.

Begitulah yang seringkali berlaku jika kami adik beradik ada di rumah. Kadang-kadang, jiran sebelah pula yang datang mengingatkan kami untuk mengangkat kain sebab dilihatnya kain tidak berangkat walaupun hari sudah menjelang senja. Mungkin jika ibu dan abang sahaja dirumah mungkin hal ini tidak berlaku kerana ibu cekap menguruskan kerja-kerjanya. Namun apabila dah bertukar tangan kepada orang yang jarang balik rumah, inilah akibatnye. Sori ibu (^_^)v

Sambil mengangkat kain, ana teringat UTP . [Isnin lepas telah bermulanya semesta baru untuk pelajarnya, ana yang akan berpraktikal pula akan mula pada 6 Jun ini. Semoga dipermudahkan]. Di asrama, keadaanya hampir sama. Ana dapati ramai juga pelajar yang payah nak angkat kain baju kat tempat sidai. Basuh baju memang rajin sebab ada mesin, tapi bab-bab angkat ni ade problem sikit sebab selalu bajet-bajet tiada masa untuk singggah dan angkat. Sampaikan baju tu dah kering..basah..kering..basah dan kering semula, baru nak angkat. Kadang-kadang ini pengalaman sendiri juga.

Gantung vs Sidai Baju

Sekarang ana berada di kediaman baru di Kuala Lumpur bersebelahan Axis Atrium Mall dan LRT Pandan Indah. Rumah pangsa ini ana kongsi bersama 5 orang sahabat lain yang juga berpraktikal di KL dikenakan bayaran sewa RM600 sebulan. Alhamdulillah dan syukran kepada sahabat yang berusaha mencarikan rumah sewa untuk kami. Disini lain pula kisahnya. Tempat menyidai kain ada, tapi dawai tiada. Hari pertama masuk rumah, sungguh memeningkan kepala sebab kain tersidai di tingkap-tingkap sebab tiada penyidai. Hari dua juga lebih kurang, hari ketiga baru berjaya dan sedikit terurus rumah kami.

Apa-apa pun, apabila berkongsi kediaman macam ni hendaklah dilapangkan dada seluas-luasnya. Masing-masing mempunyai tabiat yang pelbagai. Alhamdulillah, housmate ana sumenya orang yang kemas dan teratur jadi tiada yang harus dibimbangkan. Tidaklah pening kepala bila pulang ke rumah selepas kerja...to all BITS selamat memulakan intern esok (^_^)v

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...