Skip to main content

Apa yang sedang berlaku??

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia, Salam BERSIH..Syukur kehadrat Allah s.a.w kerana masih mengizinkan diri yang hina ini bernafas dan terus-menerus menagih keampunanNya dan meneruskan perjuangan dakwah yang tiada berpenghujung ini. Alhamdulillah, hujung minggu telah melabuhkan tirainya dan hari ini minggu baru menjelma. Semoga masa-masa yang telah berlalu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Hari ini, dah dekat-dekat lunch hour ana mengakses online newpaper. Bace dan terus membaca, untuk mengetahui pekembangan semasa. Klik demi klik, mata ana tertarik membaca kisah tanah kelahiran sendiri. Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan. Sedikit quote daripada artikel tersebut..

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

Dahi ana berkerut..Ditambah pula komen-komen panas yang menyentap hati seorang anak jati. Katanye "anak melaka..dot..dot" seperti gambar disebelah. Nak marah, bukan salah die...ape boleh buat sabar je la ye orang-orang melaka. Dah nasib kite bertuankan kerajaan yang nak untung dunia walaupun akhirat tergadai. Industri pelancongan harus dimajukan walau apa juga cara. Nanti diakhirat pandai-pandai la nak jawap

"Ya allah, ampunkan aku..aku terpaksa bagi pusat hiburan ni kerja overtima..Kalau tidak, miskin la negeri aku.." Nauzibillah.

Tersiat hati ana membacanye. Mengapa sanggup maju atas tiket kehancuran akhlak manusia. Yakinkah, yang masuk pusat hiburan itu orang asing, pelancong dan bukan anak tempatan MELAYU ISLAM!! Bagaimana dapat memastikan tiada gejala salah laku seperti dadah yang kononnye digelar MUSUH NO 1 NEGARA!! Bukankah ini cara halus menternak najis tersebut??!!

Keluhan yang tiada berpenghujung. Dahulu sekolah untuk wanita mengandung, kini pusat hiburan yang ditambah waktu operasi. Nampaknye ade kesinambungan untuk kedua-dua initiatif ini. Hati mengelegak tiba-tiba sayu. Doa dipanjatkan agar Allah memberi Hidayah kepada mereka..Wallualam

Comments

  1. nauzubillah min zalik...

    innalillahi wa innailaihiraju'un...

    ada juga terdengar dr radio pagi tadi, semasa tgh drive perihal hal ini...
    sgt mengejutkan, dan menyakitkan hati...

    tp, ini menguatkan lagi semangat dan kemahuan utk kita yg sudah memahami utk menjadi lagi kuat dan laju utk menggerakkan dakwah di bumi Malaysia ni....

    ReplyDelete
  2. semoga Allah berikan hidayah-Nya kepada mereka semua.. semoga hati2 masyarakat semakin dengan Islam..

    ReplyDelete
  3. astagfirullah..

    sekali lagi fitnah buat ISLAM..
    musuh ISLAM bukan lagi musyrikin atau kafir tp sesama beragama Islam..

    moga ada hidayah buat semua~ insyaAllah

    ReplyDelete
  4. :-)

    ada hamba Allah yang berkata..
    "skrg ni, sapa makan sapa? Melayu makan melayu skrg ni.."

    ini jadinya jika hanya nama bangsa dimartabatkan, hingga akhirnya Islam hanya dipandang sebelah mata..

    ReplyDelete
  5. Apabila perjuangan berpaksikan bangsa macam
    Islam letak tepi..bukan takat pandang sebelah mata,entah-entah xpandang atau pandang bile perlu..

    ReplyDelete
  6. "KUALA LUMPUR 21 Julai - Mereka yang mencari pekerjaan dijemput ke Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh mulai esok (Jumaat) hingga Ahad ini.

    Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, melalui program tersebut, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dengan 300 daripadanya adalah jawatan jurutera."

    Update: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

    Ni tindakan neutralization yang diambil..300 jawatan engineer + 4700 harapnye bukan jawatan pelayan Kelab malam..amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...