"eh, un'sangke'rabla.." Tegur En. Yazarinan yang lebih mesra dipanggil En.Nan membuatkan ana tergelak kecil. En Nan Manager Business Planning yang juga merangkap SV 2 menyapa ana yang sedang khusyuk buat ketupat daripada riben-riben untuk hiasan pejabat. Mungkin tidak menyangka ana boleh mengayam ketupat. "meh la buat sekali En.Nan" ana mengajak, sekadar berbasi-basi. KLCC sekarang ini sedang meriah dengan segala hiasan untuk hari raya. Ana juga tidak ketinggalan menyumbang tenaga apa yang termampu. Pelbagai jenis hiasan dipasang di pelbagai sudut, membuatkan mood raya semakin meriah. Bagi perantau-perantau seperti ana, perasaan untuk pulang ke kampung itu semakin membuak-buak. Bak kate orang " Badan je kat office, hati dah ade di rumah". I'allah esok ana akan drive pulang ke Melaka. Bos dah bagi kebenaran keluar awal, mungkin lepas Lunch Hour. Perancangan awalnye, ana akan pulang sabtu pagi kerana bimbangkan jem di tol Sg Besi dan Nila...