Skip to main content

Ibu anugerah ALlah

"Bang-bang...harini hari jadi Mah. Takde sape-sape pun ingat. Abang tak nak cakap selamat hari jadi ke.." kata Ibu dalam senyuman.

"Selamat hari jadi..semoga panjang umur murah rezeki. Terima kasih sebab sudi jage abang" jawap ayah... Tenang dan tulus mengucapkan walaupun dalam keadaan diri yang diuji, tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri.

Sedih dan sebak mengingatkan peristiwa tahun lepas. Hari lahir ibu disamput di HKL sendirian bersama suami tercinta. Kak Ngah dan Abang dah telephone semalam. Beria-ia mengucapkan salam hari kelahiran kepada ibu yang dirindui. Along belum juga bertanya khabar...Hari rabu 15 February. Hari lahir ibu yang ke 51. Along terus senyap..

Pagi Khamis 16 February 2011 ayah akan dibedah. Ibu menemani ayah sehingga ke bilik bedah sendiri, sedang ibu juga butuh teman sebagai penguat semangat. Along resah dan selalu menghubungi ibu untuk bertanyakan perihal ayah. Dalam 5 jam 3 kali Along call ibu ..Last-last pukul 12 tengah hari Along tiba di HKL. Hati tidak senang, resah dan gelisah. Akhirnya ponteng kelas untuk menemani ibu di HKL.

Selesai operation, baru Along teringat hari lahir ibu..Tapi dah lepas...Alhamdulillah ibu tak kecil hati..Along tak bagi hadiah sebab...tapi along kesal sangat..tahun ni Along beli hadiah besar untuk ibu..Nanti cuti sem along hantar balik rumah untuk ibu..(^_^)v .....Kisah ini rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia....

Daripada Dr Fadhilah Kamsah menyatakan. Jika wajah anda iras wajah ibu anda, anda berkemungkinan tinggi mengikut sifat ibu, menyukai apa yang ibu anda suka, memiliki kemahiran yang ibu anda miliki serta berpotensi mewarisi penyakit yang ibu anda hadapi.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu, melihat al-Quran dan melihat lautan, Melihat Ka'abah".(Riwayat Abu Daud)

Comments

  1. assalamualaikum,.

    huhuu, cerita yg menyayat hati. :'(
    sedih,sedih,. :(

    ReplyDelete
  2. eh, org sedih, bls smiley plak. baru nk nangis. haha. em, wajar kot. manusia kan pelupa, so kene la ade org yg peringatkan, kan..? :D hehe.. lain kali kak long kene ingat la. hahaha. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...